Friday, December 19, 2014

Nantilah

Assalammualaikum

Good morning everyone..
haaa
hari ini apa yang mahu kita bincangkan adalah
perkataan "NANTI"
"nanti dululah"
"nantilah,esok pun boleh"
"nanti nantilah"
lama-lama
jadilah
ternanti-nanti..
hehehee
kankankann....

yup
sebutan "NANTI"
adalah satu perkataan yang sambil lewa
satu sebutan yang akan menyebabkan kita akan terlewat
satu perkataan yang menunjukkan kemalasan kita
satu perkataan yang mengurangkan produktiviti kita
mahu kah kita bersikap begitu?
menjadi orang yang suka menangguh sesuatu kerja?

sudah tentunya tidakkan...
maka marilah kita berubah bersama-sama
tingkatkan amal dan taqwa
tingkatkan produktiviti diri..
kerana usia makin meningkat
ajal maut kian dekat
rumah kata pergi
kubur kata mari.......


Tuesday, December 09, 2014

Secebis kata - 1

Assalammualaikum

kau bermaksiat kepada Allah tetapi kau mengatakan cinta kepada Nya
itu adalah satu kebohongan yang nyata tiada duanya
mana mungkin orang yang mencintainya
akan melakukan maksiat zahir mahupun batin
seandaimya cintamu benar nescaya kau akan mentaatinya
kerana seorang pencipta pasti taat pada yang dicintainya

Saturday, November 29, 2014

NO WOMAN NO CRY

Assalammualaikum

hehe
no woman no cry yer
siapa yang berani berkata-kata begitu
ada juga lelaki menangis kerana lelaki
ada juga perempuan menangis kerana perempuan
yup
that happen to me

when the last day
before i fully resign from my job
my friend asking me to lepak-lepak minum
sebelum aku belah
petang tu
beberapa orang kawan aku gerak minum
walaupun masa itu ada kerja yang perlu diselesaikan
kene ot bagai
i don't why
berkeras jugak mahu lepak-lepak
mungkin ini adalah last day
dan nanti
aku tak jumpa-jumpa mereka.

aku bagi sedikit kata-kata ucapan
ucapan perpisahan
walaupun rasa berat nak membuka mulut
i do my best to talk that day

it happen when 3 of my friends were crying
owh no,,,,
please don't make me cry
hehehe

one of them is a boy......
he can't talking
baru start bercakap jer..
keluar air mata..
walaupun tak berapa lama nak kenal
around 7 month
but it was a good opportunity to know you all my friend...
tq to be my friend....
sobs3...hehe




Thursday, October 23, 2014

Beristighfar

Assalammualaikum

Apa itu istighfar?
istighfar adalah memohon ampun kepada Allah
lafaz yang cukup pendek
tetapi penuh makna
lebih besar dari segala harta yang kita miliki

nampak mudah untuk dilafazkan
tetapi berapa orang sahaja yang mampu melafazkan
usaha perlu dilakukan
kerana dengan beristigfar
akan mendekatkan diri kita dengan Allah

banyak sekali keuntungan yang akan diperolehi jika kita beristigfar
kalau anda rajin
cuba baca hadis
atau cerita-cerita dari ulama
tentang bertapa hebatnya
sebutan keampunan kepada Allah itu

mintalah ampun kepada Allah setiap hati
kerana kita tidak terlepas dari dosa
setiap hari pasti kita akan melakukan dosa
kerana kita adalah hamba
kita adalah manusia
kita bukanlah malaikat
mohonlah ampun kepada Allah
kerana Allah suka kepada hambanya yang bertaubat

Sabda Nabi s.a.w maksudnya:

“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bilangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertaubat kepada-Nya).” [HR. at-Tirmidzi]

Kewajipan pada diri kita
untuk sentiasa memohon ampun kepada Allah

"Jom Beristighfar"









Thursday, September 18, 2014

Rindu Setengah mati

Assalammualaikum

Rasa rindu
datangnya dengan tiba-tiba
perginya juga dengan tiba-tiba
datangnya tanpa diduga
perginya juga tanpa diduga
rindunya setengah mati
sungguh ingin kau tahu
aku rindu.........

hehehe
berpujangga cinta pulak yer.
yes...
totally...
agreed...
aku rindu.....

Tuesday, September 16, 2014

Love you more than i can say

Assalammualaikum

Berbicara kita kembali tentang cinta
sebab cinta ini adalah satu anugerah
anugerah yang telah diberikan kepada Allah kepada setiap hambanya
tetapi bagaimana kita menzahirkan rasa cinta itu
cinta adalah suci
datangnya dari syurga
maka cinta itu mesti kembali kepada syurga....

Kadang-kadang mulut tidak kata sayang
tetapi kita sayang
kekadang mulut mengata sayang
tetapi sebaliknya
hati manusia itu
berbagai bentuknya
berbagai alunannya
semoga kita ikhlas dalam bercinta...

Love you more than i can say.....

Thursday, September 04, 2014

Tolong!!!!! .Hormat waktu AZAN

Assalammualaikum

Bangun-bangun jer
terus dicampakkan oleh Allah
suatu idea untuk menaip sebuah lebaran kata-kata
sebagai ingatan kita bersama

Pernah ke tidak kita terfikir
kenapa bila masuknya waktu azan
pada ketika itu jugalah
kita akan melakukan pelbagai aktiviti
sebagai contoh
bila azan berkemumandang
kita sibuk berborak
kita sibuk makan
kita sibuk menonton tv
kita sibuk melakukan kerja
kita sibuk dengan hal keduniaan
sehingga kita lupa
untuk hormat waktunya azan
sehingga kita lupa
untuk menjawab setiap lafaz azan

Pelikkan
sedangkan lafaz azan itu
mempunyai maknanya yang tersendiri
makna yang mampu membangunkan
jiwa-jiwa kita yang tidur
hayati setiap bait-bait azan tersebut
hormatlah azan
jangan pulak nanti
Allah turunkan azab
baru ketika itu kita mahu menghormati azan.....

Tuesday, September 02, 2014

Singkirkan kebosanan

Assalammualaikum

Kalau hendak diikutkan
seringkali diri ini dilanda kebosanan
bagi pendapat aku
kebosanan merupakan satu penyakit hati
yang mana
kebosanan ini mampu melemahkan jiwa
menjatuhkan semangat mahu berjuang

Apabila kita hidup di dalam satu gaya kehidupan
acap kali diri kita ini mudah merasa bosan
pelbagaikan cara kehidupan kita
disebabkan itu juga
Allah mencipta pelbagai bentuk kehidupan
pelbagai bentuk makanan
buah-buahan
Allah ciptakan malam dan siang
langit dan bumi
pelbagai rasa
pelbgai warna
pelbagai sifat manusia itu sendiri
supaya diri kita ini
tidak cenderung kepada kebosanan

Pelbagai cara kehidupan kita
sedangkan
apabila kita solat jugak
kita melakukan pelbagai pegerakkan
bukan sekadar berdiri tegak
kita ada rukuk,sujud,dan lain-lain
begitu juga apabila
jika kita membaca Al-Quran
kita boleh membaca Al-Quran dengan pelbagai lagu
seperti Hijjaz,bayatti,jiharkah dan lain-lain

kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa
yang mengiring kehidupan,
semua itu tidak lain hanyalah sekadar hiasan waktu
 yang silih berganti,
ada hari kita manusia terselamat dari kematian,
ada hari jugak sekumpulan manusia menemui ajalnnya.......


Thursday, August 28, 2014

Oh...hiba

Assalammualaikum..

Tiba-tiba rasa nak berjiwang pulak
setelah sekian lama tidak berjiwang
di blog yang merapu ini
bila terfikir dulu
bukan sengaja nak berjauhan dengan orang yang kita sayang
orang yang kita sukalah kan
but there are some reason
why we need to be apart

bukan bermakna bila kita berjauhan dari orang yang kita sayang
kita tidak sayangkan dia
tidak sama sekali

it doesn't make you love them,any less,
sometimes
you love them more.......


Thursday, July 24, 2014

Besarkan jiwa-jiwa anda

Assalammualaikum

Di dalam kehidupan ini
berbagai cabaran yang akan kita hadapi
berbagai ujian yang kita peroleh
semata-mata untung mematangkan diri kita
mendekatkan diri kita kepada pencipta
lagi soleh atau solehah seseorang itu
lagi besar ujian yang akan di hadapi
tanda sayang Allah kepada hambanya
apabila Allah s.w.t memberi ujian kepada hambanya
untuk kita ingat kepadanya
untuk kita lebih dekat kepadanya

maka disini
besarkan jiwa anda
apabila dicaci
di hina
di keji
biarkan
selagi kita berada di landasan yang betul
kerana dunia ini sementara untuk kita tangisi
akhirat itu kekal abadi...


Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Datang Lagi

Assalammualaikum

Alhamdulillah
Ramadhan lagi
bersyukur kita kepada Allah
kerana kita masih diberi peluang lagi sekali
untuk menjadi tetamu Ramadhan
semoga Ramadhan kali lebih sempurna
lebih diredhai Allah
semoga kita dapat mengekang hawa nafsu
dari pelbagai sudut

Alhamdulillah
Ramadhan tahun 2014 ini
aku menyambut kedatangannya di rumah
rasanya
sudah lama tak menyambut Ramadhan di rumah

pejam celik
pejam celik
sudah 24 kali aku diberi peluang menjadi tetamu Ramadhan
tetapi kali ini
mungkin berlainan
kerana
aku sudah bekerja
dek kerana kesibukkan kerja
aku harap
tidak mengganggu aku
beribadat kepada Allah..............

Selamat menyambut bulan Ramadhan........

Monday, June 16, 2014

Engineer = solve problem

Assalammualaikum

HOHO
dulu-dulu
punyalah belajar bersungguh-sungguh
kena paksa belajar
semestinya
sebagai mak ayah
mesti depa nak kita berjaya
senang di masa hadapan
secara amnya
kalau nak berjaya
mestilah ada ilmu
ada pengetahuan
yang dapat membantu manusia lain
yer tak
makanya
proses belajar itu
tak terhenti sampailah kita bekerja
menuntut ilmulah sampai ke liang lahat yer tak

ok
masa kecik-kecik dulu
belum matang lagilah
aku ingat
bila belajar
jadi pandai
bila da kerja nanti senang
mudah dengan kerja kita
tetapi
apa yang aku fikirkan
langsung tidak sama
belajar pun susah
kerja pun susah
belajar oklah lagi
ada waktu-waktu gembira dengan kawan
ini lain jadinya
bila masuk jer alam pekerjaan
nak tido pun dapat call

Assalammualaikum mizi
da tido ke?
ada problem dekat kilang tu
design salah?
program salah?
machine error?
check sheet tak xder?
dimension out?
tolong tengok-tengokkan ehhhh

ehhh waklu
hahahahaha

itulah
orang bekerja
kalau cerita pasal balik itu
lagi laaa
masuk pukul 8pagi
balik pukul 10 mlm
sampai rumah
mandi-mandi
solat
dapat call balik
apa citer
sabtu ahad pun kerja
apa citer
hahahaha....
stress oooooooooooooo

aku manusia kot
bukan machine
letihlah macam ini
tiap-tiap hari.....
letih......
letih...

jab3
bangun mizi
terlalu awal untuk mengalah
sabar
ingat Allah
mesti ada jalan penyelesaiannya
setiap masalah
ada jalan penyelesaiannya

ketika masalah datang
jangan fikirkan masalah
tetapi
fikirkan jalan penyelesaian
then
jadilah
orang yang berbahagia
hoohohohohohohi

Friday, May 30, 2014

Hamba kepada Allah

Assalammualaikum...

Hamba
kita adalah seorang hamba
jenis hamba yang manakah kita?
apakah kita ini adalah hamba kepada Allah?
pasti?
adakah kita betul-betul hamba kepada Allah
adakah kita mendahului Allah dalam setiap perkara
apakah kita menjaga amal ibadah kita
apakah kita sentiasa berusaha untuk mengurangkan maksiat yang dilakukan kita
apakah kita sedar yang mana kita sering lalai dalam mengingati Allah
adakah kita mendahului urasan akhirat berbanding urusan dunia
kita muhasabah kembali
banyakkan selfie pada diri
yang mana selfie yang terbaik
adalah muhasabah diri kita sentiasa



Friday, May 23, 2014

Kellie Castle

Assalammualaikum

Kali ini
aku nak bawak engkau orang jalan-jalan ke Kellie Castle
Kellie Castle ini apa?
boleh sendiri google
rasanya ramai yang sudah tahu cerita disebalik Kellie Castle ini
siapa pemilik Castle itu
dan bermacam-macam persoalan yang bermain di minda berkaitang Kellie Castle
bolehlah sendiri datang melihatnya yer
nak masuk bukan percuma k
sekarang ini
mana ada benda percuma
ada memang ada
itu semua Allah yang bagi
bersyukur ke?
semoga kita bersyukur dengan segala pemberian Allah

Antara gambar-gambar yang sempat aku ambil :























Thursday, May 22, 2014

Kalau awak menakjubkan

Assalammualaikum...

Kalau kamu seorang yang menakjubkan
kamu bukanlah mudah untuk di dapati
kalau kamu mudah untuk didapati
kamu bukanlah seorang yang menakjubkan
kalau dia seorang yang berharga
kamu tidak akan mengalah
kalau kamu mengalah
kamu tidaklah berharga
kebenaran adalah
setiap orang akan menyakiti kamu
kamu hanya perlu mencari
seseorang yang sanggup menderita bersamamu.........

Sunday, May 18, 2014

Bertaqwalah

Assalammualaikum..

Bertaqwalah di mana kita berada
bertaqwalah di mana bumi kita pijak
bertaqwalah di setiap  nafas yang kita sedut
bertaqwalah di setiap masa,setiap jam, setiap minit mahupun setiap saat
kerana sifat taqwa itu adalah kebaikan
sifat taqwa itu adalah nur

manakala sifat dosa itu adalah kegusaran
keresahan dengan kelakuan
ketidakselesaan dengan perilaku
kebencian melakukan kebaikan
itu adalah sifat dosa

bila mana kita merantau
bila mana kita berada di tempat yang asing
bertaqwalah
bersolatlah 5 kali sehari
jangan ditinggalkan kewajipan yang ditetapkan Agama Islam
jadilah manusia yang mampu menjadi contoh kepada masyarakat
jadilah manusia yang mampu mengubah corak hidup kekafiran
kepada hidup Islam yang sebetulnya
mulakan dari diri kita dahulu
amalkan ajaran Islam
amalkan undang-undang Islam
jauhi diri dari perbuatan dosa
sentiasalah bertaubat kepada Allah
kerana setiap daripada cucu Nabi Adam
tidak terlepas dari dosa....
kecuali Nabi Muhammad s.a.w
yang bersifat maksum....



















































































































Friday, May 02, 2014

Zaman Sekolah - Part 5

Assalammualaikum

Cikgu BM anda siapa?
jab3
BM tu apa
tipulah kalau tak tahu
kalau terlupa pun
macam sukar untuk percaya
lainlah kalau kita ini
sudah ada penyakit lupa
yang itu aku yakin

BM  stand for Bahasa Melayu
siapa cikgu Bahasa Melayu anda
masa di sekolah rendah dulu
aku ingat lagi
engkau orang ingat tak?
ramai yang ajar subjek bahasa melayu?
cikgu yang mana satu?

Ok..
Cikgu Khaidar
kalau tak silap aku
ejaan nama dia macam itulah
kalau salah
tolong betulkan

Banyak jugak kenangan aku dengan cikgu ini
maaflah cikgu
kalau bahasa melayu yang aku tulis ini
kurang cantik
kurang enak di baca
kurang garam
kurang gula
blah3......

Cikgu Khaidar ini
guru kelas bagi 6 Arif
lagi sekali
kalau salah
tolang bagi tahu
banyak memory yang kian hilang
kian lupa
di mamah masa
itu sebab nak tulis dekat blog ini
supaya aku tak lupa
akan kenangan yang dahulu

aku suka belajar dengan dia
sebab apa?
sebab dia ini sporting
suka buat lawak
kalau engkau orang ingatlah
dia akan tiru gaya Apek senario itu
apa yang cikgu selalu cakap
apa perkataan yang cikgu Khaidar sebut
akan membuatkan kita gelak apa dia?

"Janji Rock"
yuppp
perkatan ini
kata-kata ini
kalau tidak silap aku
interesting right?
awesome right?
bila kita ingat balik memories yang lalu
mesti murid-murid kelas itu
akan gelak
ikhlas gelak ataupun tidak
terpulang pada individu masing-masing
aku?
Allah saja yang tahu...

Untuk maklumat
Bm aku A ( UPSR.)
(hahaha)
kecoh nak bagi tahu yer

sekarang ini
aku nak cerita pengalaman pahit dengan cikgu khaidar ini
aku  pernah kena tampar dengan cikgu k....
sebab apa?
khemah
khemah patah
orang lain patahkan
kami yang kena

ceritanya bermula begini
sedang kami bertiga sedang rehat
disebabkan panas tengahari yang agak menggelegak
kami mengambil keputusan untuk berehat sementara
sementara menunggu aktiviti lain yang akan di jalankan sebentar lagi
malang tidak berbau
apabila
ada di kalangan murid lain
yang bergurau di luar khemah
sehinggakan
mematahkan khemah kami
tetapi kami tidak tahu siapa yang melakukannya
siapa?
baik mengaku?
cepat2?

selepas itu
cikgu berjaya mengesani
di mana
khemah kami tidak menegak dengan betul
seolah2 berat
sebelah
ini di sebabkan faktor
faktor-faktor khemah kami yang telah patah

lalu kami di panggil berdiri
kami bertiga berdiri
lalu di soal siasat
bagai watak yang di mainkan oleh
polis dengan penjenayah
macam mana boleh patah?
siapa yang buat?
siapa nak ganti?
and so many question?
tetapi bukan kami yang melakukan

apakan daya
kami tidak mampu melakukan apa-apa
kerana khemah itu di bawah jagaan kami
we take our responsibility
we take that slap
to our face
that was a very good-good moment to remember.....
wuuuuuuuuuuuuuuuuu







Sunday, April 27, 2014

Kurang Ajar - Part 1

Assalammualaikum

Siapa dekat sini pernah parking motor
dekat parking kereta punya kawasan
ataupun
parking kereta
dekat motor punya kawasan
faham?
ataupun
tidak ayat aku yang merapu ini

kalau faham katakan YA!!!!!
kalau tidak katakan TIDAK!!!!!

agak kurang ajar
kalau kita melihat perbuatan tersebut
kurang ajarkan

ada sesiapa ke
yang katakan tidak
bagi perbuatan di atas?

perbuatan di atas boleh dikategerikan sebagai zalim
apa itu zalim?
zalim iaitu
tidak meletakkan
sesuatu pada tempatnya..
see???????

ok..fullstop
i'm finish now
see you again....




Tuesday, April 22, 2014

Salah Tarikh

Assalammualaikum

Hari ini memang hari yang pelik
takdir rasanya benda ini berlaku
setiap perkara yang berlaku
mesti ada hikmahnya

ceritanya bermula begini
aku dapat panggilan untuk interview
pada tarikh 23.4.2014
makanya sepatutnya aku interview pada tarikh tersebutlah kan
tetapi aku telah melakukan kesilapan
aku pergi interview pada tarikh 22.4.2014
wahhhh
aku sudah salah tengok tarikh beb
(hahahhaha)
takkan aku nak balik macam itu sahaja
duit minyak dah keluar
duit tol dah keluar
cuti pun sudah apply

pada saat inilah
aku cuma mampu buat adalah berdoa dan bertawakal
yang aku still boleh ditemuduga

Alhamdulillah
dengan izin Allah s.w.t
dapatlah jugak di interview
takdalah terasa macam pengorbanan sia-sia macam itu

Alhamdulillah
dapat kerja masa itu juga
siapa sangka
takdir Allah
Kalau Allah menghendaki sesuatu itu terjadi
terjadilah
tiada tangan yang mampu mengubahnya.....

kenapa aku nak tukar kerja lain?
sebabnya
aku nak cari kerja paling dekat dengan rumah aku
senang sikit nak balik rumah
tengok mak ayah kn....





Monday, April 21, 2014

Zaman sekolah - Part 4

Assalammualaikum

haaa
siapa tak kenal dengan Adam
dan siapa juga tak kenal dengan Syazwan
macam anjing dengan kucing
tak boleh berjumpa
berjumpa jer nak bergaduh

ehhh
meh sini engkau orang
nak jer aku hempuk kedua-dua orang masa sekolah
pagi-pagi lagi dah bercakaran
nak cakap badan besar taklah pun
cute-cute jer
tetapi hati tetap besar
(hahahah)
itu banyak aku respect

tetapi satu jerlah
selamatlah anta berdua tak cari pasal dengan aku
dengan aku bukan perang mulut daa
bagi jer sekali
ini perang mulut jer kerja
aksinya tak mula-mula jugak
(hahahha)

lai..lai..lai..
zaman sekolah
pagi-pagi bising
sebising-bisingnya.....

Gua Tempurung

Assalammualaikum

Gua Tempurung
tak disangka-sangka
impian aku
nak sampai buat kali kedua tercapai
Alhamdulillah

Kali pertama dulu
aku sampai dengan budak-budak elekta UiTM
student
yang ambik course electrical engineering
kali ini
aku sampai dengan student INSEP pulak

dipendekkan cerita
kami ber8
memilih untuk menerokai gua
dengan pakej tour 3
iaitu tour : Top of the world and short river adventure
boleh tahan cabarannya

untuk detail lebih lanjut
tentang tour gua ini
bolehlah melayari web di bawah ini:

http://www.perak.info/kinta/Gua_Tempurung/Gua_Tempurung_Tours.htm

bagi yang memilih tour 3 dan 4
bawak-bawak simpan camera
tak pun
pandai-pandai cover camera
supaya tak kena air
aku ambil jalan selamat
dengan tak bawak camera
simpan jer camera (sobs)
tetapi ada juga beberapa keping gambar aku ambil
sebelum masuk ke kawasan yang ada air








ini di antara gambar yang sempat aku ambil
gambar-gambar yang lain
biarlah rahsia aku
dengan orang yang pegi tahu..
lalallalalal.....

Sunday, April 20, 2014

P.H.D

Assalammualaikum

Siapa tahu P.H.D apa?
P.H.D nie sejenis penyakit
bukan PHD lepas master tu yer
P.H.D ini amat popular dalam kalangan bangsa..dot3
sendiri boleh fikirlah yer
nama panjang dia
penyakit hasad dengki

tak tahu lah kenapa PHD nie
amat popular di kalangan bangsa dot3
agak-agak kamu semua lah
sebab apa?
sebab apa popular?
sendiri mahu fikir jugak ke?
kalau macam itu
buat apa aku menaip ayat-ayat poyo ini
ayat-ayat bajet ini

baik
di sini aku ingin menegaskan
bahawasanya
mempunya sifat hasat dengki ini adalah sangat tidak baik
nampak orang itu pakai kereta besar sikit jer
mulalah nak mengata
nak mengutuk bagai
nak menjatuhkan orang
bila perniagaan makanannya menjadi
mulalah datang mulut-mulut busuk
mengatakan orang
menfitnah
dan berbagai-bagai tuduhan yang tidak sepatutnya dilemparkan
ok..stop
perbuatan tersebut tidak baik ok
ada buktinya?
bersenang lenang nak menuduh orang
bersenang-lenang nak menfitnah orang
sudah banyakkah amalan kamu.....

kalau tidak
baik duduk-duduk senyap
jangan mengeruhkan lagi keadaan
jangan jadi penyebar fitnah
tak tahu senyap!!!!
jangan bajet hero
hero apa?
hero taik kucing ada laa......





Thursday, April 17, 2014

Zaman Sekolah - Part 3

Assalammualaikum

Aku lupa nak bagi tahu sesuatu
sekolah rendah mana dulu aku belajar
aku belajar di sekolah kebangsaan jasin (S.K.J)
rindu suasana sekolah rendah
tak tahu kenapa
setiap hari
mesti rindu zaman-zaman dulu
zaman-zaman masa belajar
terasa macam cepat saja masa berlalu
tengok2 umur da tua
tetapi perangai macam budak2 lagilahkan

Sekarang ini
aku nak bercerita tentang cikgu Citra
aku bengang jugaklah dengan dia
asyik aku jer kene rotan
markah math rendah kene rotan
(hahahah)
bukan aku fail subject dia
cuma tidak memenuhi apa yang dia targetkan

sejak aku jer kene rotan dekat tangan
aku mulalah giat belajar math ini
cikgu Citra cikgu yang mengajar Math
markah kalau rendah
tidak mengikut apa yang dia nak
mesti kene
disebabkan aku tak suka kene rotan
aku pun belajar betul-betul
disebabkan dia jugaklah
aku mula minat dengan pelajaran math ini
aku kene banyak berterima kasih dekat dia
terima kasih cikgu Citra......


Zaman Sekolah - Part 2

Assalammualaikum

Maaflah
kalau aku punya cerita ini
berterabur
sekejab darjah 6
sekejab darjah 4

Semasa aku berada di darjah 4
aku ada minat dengan seorang budak nie
namanya Fatimah
muka memang solehah habis
cair beb kalau tengok

Tetapi Allah bagi ujian dekat dia
kecik-kecik lagi
dia sudah menghidap penyakit Asma
agak kritikal jugak
sebab Fatimah itu sentiasa kelihatan lemah semasa berada di kelas
tetapi dia sentiasa tidak menunjukkan aksi yang lemah tak bermaya
dia sentiasa hendak menunjukkan yang dia sihat juga seperti orang lain
orangnya cerdik
comel
pakai kaca mata
tutur kata memang lembut
tak sama dengan budak-budak perempuan yang lain
yang seusia denganya
fatimah kelihatan agak matang dari sudut usianya
mumgkin disebabkan penyakit yang dihadapinya

rasanya dia pindah sekolah selepas darjah 4
sebab dia pindah sekolah aku kurang pasti
kenangan dengan dia tak banyak sangat kot
sebab aku pendiam orangnya
itu sebab aku rasa
agak menyesal tak buat hiruk-piruk masa kecik-kecik dulu..
hahahaah



Wednesday, April 16, 2014

Zaman Sekolah - Part1

Assalammualaikum

Alang-alang tiada kerja nak buat
baik aku update aku punya blog ini
walaupun tiada orang yang baca
biar aku baca sorang-sorang
nanti da lama-lama
boleh la tahu aku mengarut apa
mesti ada kelakar dekat situ
mesti ada benda yang busuk dekat situ
macam-macam lagilahkan
yer tak?

ok
hari ini
tetiba jer aku rindu zaman sekolah aku
tak tahu kenapa rindu
terasa mahu balik zaman sekolah
jadi nakal2
buat sesukahati apa yang kita nak buat..
macam seronok yer tak
tak baligh lagi takpa
kalau nak nakal2..hahaha

ok2
Pernah ke tidak
tengok cerita puberty medly
aku pun tak tahu
setiap kali tengok cerita tu
mesti nak gelak
lepas tu
teringat tentang zaman-zaman sekolah
rasa nak buat macam meraka
happy go lucky saja

Kalau sekarang ini
zaman sekolah tak tahulah macam mana
sebabnya  aku bukan seorang guru
masa sudah kahwin
dan mempunyai anak
mungkin kita akan tahu
keadaan zaman sekolah sekarang
seronok atau tidak

yerlaa
kadang-kadang teknologi baru ini
membunuh semangat berkawan
'berkawan hanyalah di alam maya
best ke macam tu?
rasanya tidak
sunyi
sepi
lepas tu gelak sorang-sorang
bila baca status..
apa pun tak bolehkan

Masa zaman sekolah aku dulu kala
ada seorang girl ini
pindah sekolah aku
aku pun tak tahu
apa punya perasaan
apabila melihat dia

kalau nak ikutkan
ada seorang girl nie
minatlah dekat aku
tetapi masa tu
kecik-kecik lagi
darjah 5 atau 6
macam itu
takde lah aku nak bercinta bagai
takut oooo
nanti mak ayah bising
kena menganjing dengan adik-beradik lagi
hahahaha
tetapi masa aku zaman sekolah lagi
sudah mula ada perasaan suka itu
mungkin disebabkan banyak tengok cerita
inilah jadinya(hahaha)

berbalik kepada cerita budak baru pindah itu
yup
masa itu
tetiba aku ada perasaan dengan dia
aku pun taktahu perasaan apa
yang pasti
perasaan nak berkenalan tu sangat tinggi
terasa macam-macam perkara yang aku nak tahu dari dia
it was special for me...i think

selepas itu
dia memperkenalkan diri dia
nama saya.......
saya asal.......
blah3....

ok..nanti sambung.
waktu kerja da masuk da...

Friday, April 11, 2014

Harapan selalu ada

Assalammualaikum

Harapan sentiasa ada
selagi jantung masih berdenyut
selagi diberikan kudrat oleh Allah
selagi kita sentiasa mengingati Allah
selagi kita terikat dengan Allah
harapan itu sentiasa ada

baik pemikiran,baiklah keputusannya
buruk pemikiran,buruk jugaklah keputusannya
jangan berputus asa daripada rahmat Allah
Allah maha pengampun
lagi maha penyanyang
masih ada jalan keluar bagi sang pendosa
harapan masih ada untuk kita bertaubat
harapan itu sentiasa ada.......

Sunday, April 06, 2014

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Assalammualaikum

Mesti di antara kita pernah terdengarkan
perpatah yang berbunyi
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
haaaa
mesti pernah dengarkan
bak sini aku bagi satu contoh;
masa kecik-kecik dulu
mesti susahkan untuk kita berjalan
kita bermula dengan merangkak
lepas itu kita cuba untuk bangun
kita jatuh,kita bangkit balik
kita dapat luka
kita menangis
tetapi kita tetap tidak mahu berputus asa
kita bangkit untuk belajar bejalan
sehingga kita mampu untuk berlari

Lagi satu contoh untuk pepatah ini:
kita sebagai fresh graduate
baru hendak mulakan kerja
mesti sebelum memulakan kerja
bermacam-macam andaian yang kita buat
lepas kita masuk kerja
hari pertama sudah rasa membebankan
terasa macam nak mengalah
tetapi cuba kita bersabar sedikit
kita cuba adopt dengan budaya baru ini
kita berusaha
kita jangan kenal erti putus asa
tak tahu sesuatu perkara jangan malu untuk bertanya
jangan bodoh sombong
lebih baik kita bodoh 5 minit
dari bodoh selama-lamanyakan

Sebagai penutupnya
bila kita belajar sesuatu benda yang baru
mesti pada awalnya sukar
dan sampai pada masanya
mesti kita akan terasa mudah
ini adalah pendapat
mungkin ada pendapat yang lebih bernas
yang boleh dikongsi
janga mudah berputus asa
orang yang mati saja boleh berputus asa...





Tuesday, March 25, 2014

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum

The Opening of Surah Al-Fatihah
sangat penting untuk kita menghayati
maksud
maknanya
bertapa dengan menyebut
Bismillahirrahmanirrahim
yang bermaksud
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani"
akan hadir satu perasaan yang positif di dalam diri kita
kita melakukan sesuatu dengan nama Allah
secara tidak langsung
semestinya setiap perbuatan yang di mulai dengan bismillah
adalah semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah
untuk mendapat Rahmat Allah itu sendiri

Inilah kunci rahsia yang bila dibaca
dengan hati yang terikat kepada Allah s.w.t
maka ia akan mengubah segalanya
kemiskinan anda menjadi kekayaan
kesedihan anda menjadi kegembiraan
ketakutan anda menjadi keamanan
penderitaan anda menjadi kemakmuran
keburukkan anda menjadi kebaikan
dan kesakitan anda menjadi penyembuhan anda.......




Wednesday, March 19, 2014

Malacca River International Marathon 2014


Assalammualaikum

Asyik-asyik lari dekat negeri orang
mai kita lari dekat negeri sendiri pulak
yeahhhh
FM again..



Tuesday, March 18, 2014

Berfikir dulu

Assalammualaikum

Apapun perkara yang hendak kita lakukan
seharusnya kita berfikir
think first before you act
sebagai contoh yang terbaru
tersebarnya video raja bomoh teropong
kadang-kadang bila difikirkan
bagaimana ianya tersebar
how?

The power of sharing
kalau benda yang kita sharing tu bagus
memang tidak menjadi masalah
masalah yang akan datang
bila benda yang kita sharing itu
benda yang tidak elok
ia boleh menjadi viral
semua orang dok sharing

Bila semua orang sudah mula sharing
maklumat itu akan tersebat dengan luas
dengan mudah akan sampai
ke seluruh dunia
hanya tekan butang sharing sahaja
dengan tidak semena-mena
orang itu menjadi terkenal
itu sebab ada orang kata
stop making stupid people famous

Siapa yang malu?
kita juga
negara kita juga
orang beragama Islam macam kita juga
itu sebab
sebelum nak lakukan sesuatu
kita kene fikir dahulu
kelakuan kita mendatangkan faedah
ataupun tidak

Lagi satu yang aku dok sangsi
mudah sangat manusia zaman sekarang ini
mempercayakan sesuatu maklumat
kaji dulu maklumat tersebut
sebelum berkongsi maklumat
takut-takut nanti menjadi fitnah
ingat fitnah itu
berdosa besar
siapa yang nak tanggung dosa tersebut
siapa yang nak bertanggungjawab diakhirat kelak
diri sendiri jugakkan....


Firman Allah s.w.t:

A006

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat 49:6)


Sunday, March 16, 2014

Memories remain same

Assalammualaikum

Maaflah
kalau english aku teruk
baiii
aku akan try harder
to improve my english pronounce
or other thing

What?
Memories remain same!!!
i love memories

aku suka pada kenangan
dan aku tidak akan biarkan
waktu yang ada ini
terbuang begitu saja
dan
masa yang dikurniakan Allah
sangatlah bernilai

shared something with other
to make your life more meaningful
sharing is the best right

dan aku tidak suka duduk seorang diri
aku suka berteman
teman untuk gembira
teman untuk bersedih
teman untuk berbicara
teman untuk mendengar
teman untuk mendapat nasihat
teman untuk meluangkan pendapat
teman untuk bersama-sama ke jalan yang diredhai
teman sepejuangan jihad ke jalan Allah

that why
i love to making a friend
i want to be meaningful to my friend
to enjoy our life
don't be sad my friend
life is temporary
but 
there are another life
which more lasting
ready with that time......

ok
kenangan ini
ada yang baik dan sebaliknya
adapun kenangan yang buruk
jadikan ia satu pengajaran
supaya kita tidak mengulanginya lagi
kenangan yang baik pulak
jadikan ia sumber kekuatan kita
pada masa akan datang
dan semestinya
sumber segala kekuatan
adalah Allah s.w.t






10 Rancangan Kuffar Untuk Umat Islam

Assalammualaikum..

1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.

2) Menghapuskan Al-Qur'an.

3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.

4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.

5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.

6) Lemahkan bangsa Arab.

7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.

8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.

9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.

10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.

dari page PU.....

Wednesday, March 12, 2014

Hikmah di sebalik hilangnya MH370

Assalammualaikum

Bila hilangnya pesawat MH370
berbagai-bagai andaian telah diperlihatkan oleh manusia
berbagai rupa bentuk manusia yang muncul
pakar ekonomi muncul
pakar kapal terbang muncul
pakar agama muncul
dan berbagai-bagai pakar
hilangnya pesawat tersebut pada tarikh 8 Mac 2014
dan sudah tentunya
ia akan menjadi satu sejarah bagi rakyat Malaysia terutamanya
misteri kehilangan pesawat MH370

Berbalik kepada hikmah yang aku rasakan adalah
kita boleh lihat
bertapa lemahnya iman umat Islam di Malaysia (segelintir)
berbagai-bagai perkara khurafat yang muncul
seperti maharaja bomoh muncul dengan bubu dan teropong buluh kencing
pentafsir Al-Quran yang sesat
dan yang terbaru
tak tahu nak panggil apa
bomoh bawak kelapa dengan beg
macam-macam
entah apa lagi perkara khurafat
yang kita sendiri yang tidak tahu

Kita orang beragama Islam
tetapi kita tidak mengamalkan Islam dengan sepenuhnya
bahkan sesat lagi menyesatkan
bagaimana kita hendak berdakwah kepada non-muslim
kalau kita sendiri sudah menunjukkan contoh yang tidak baik
kita kena bersama-sama semula
mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya
jauhkan dari mensyirikkan Allah
kita sudah terlalu lama terlena
dek kesenangan yang kita perolehi
kita kene bangkit semula
semoga Islam terus subuh di seluruh pelusuk dunia....

"Semoga pesawat MH370 di jumpai semula dan selamat seluruh penumpang..Insya Allah"


"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

Menyeru kepada kebaikan

Assalammualaikum

Didalam setiap organisasi
di dalam keluarga
di sekolah
di masjid
di kampung-kampung
di setiap pelusuk dunia
perlulah ada orang yang menyeru kepada kebaikan
kerana manusia bersifat lalai
perlu ada orang yang bertegur sapa
jangan melakukan kebaikan seorang-sorang
buatlah kebaikan bersama-sama
kebaikan mestilah dikongsi bersama-sama orang lain
berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan
kerana Allah suka
orang yang menyeru kepada kebaikan
Allah cinta kepada orang yang mengajak kepada kebaikan....

Wednesday, March 05, 2014

Di manakah doaku

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ini
perkenalan dunia masa kini
yang melibatkan bertapa pesatnya
perkembangan penggunaan internet
pada kadar yang tinggi
bagai cendawan tumbuh selepas hujan

perkenalan juga kepada alat
yang menghubungkan manusia dengan manusia lain
seperti fb,tweeter,instragram dan sebagainya
yang melibatkan pelbagai kaum serta etnik

dengan berbekal penulisan di fb contohnya
ramainya dikalangan manusia
yang sering menjadikan status fb mereka seperti diari
dan ada juga di antara mereka yang berdoa di fb
yang ini pelik sikit

apa yang peliknya
kenapakah
empunya fb itu
tidak berdoa saja di tikar sembahyang
wahal
itu ada sebaik-baiknya
bahkan menggantikan dengan berdoa di fb

mungkin trend zaman sekarang
berdoa di alam maya
untuk mendapat tatapan umum
atau pun
pujian umum?
bersangka buruk sudah (hahaha)
tetapi itu realitinya
bila ditikar sembahyang
cepat saja kita angkat kaki
meninggalkan tikar sembahyang
tetapi bila menggunakan medan internet
duduk menunggu likes orang
comment orang
dan sebagainya

what is the point for your Doa?



Tuesday, March 04, 2014

Gunung Angsi

Assalammualaikum

Kali ini
aku nak share sedikit
perjalanan aku
dalam mendaki Gunung Angsi
bersama-sama
adik dengan abang aku

kami mengambil keputusan
untuk mendaki Gunung Angsi
melalui Bukit Putus

Dengan melalui Bukit Putus
perjalanan untuk capai ke puncak
akan menjadi pendek
makanya cepatlah untuk sampai
ke puncak Gunung Angsi

Hendak dipendekkan cerita
that day
ada majlis kenduri kahwin
that why
we think
we should
climb from Bukit Putus
daripada mendaki melalui Ulu Bendol

Aku ada sertakan
beberapa gambar jalan
yang kami tempuhi


























Lakukan Kebaikan

Assalammualaikum

di mana kita berada
ketika kita masih diberi peluang
untuk bernafas
lakukanlah kebaikan
kebahagian itu juga datang
apabila diri kita ini
memberi manfaat kepada manusia mahupun makhluk ciptaan Allah
membantu manusia lain meringankan beban
memberi nasihat dan teguran
tidak membiarkan saudara seIslam kita melakukan perkara mungkar

bukan bermakna kita mempunyai harta yang banyak
kita adalah seorang yang hebat
bukan bermakna kita mempunyai pangkat yang tinggi
kita adalah seorang yang  hebat
tetapi
mukmin yang hebat
adalah mukmin yang paling bertaqwa di sisi Allah
bagaimana mana kita ingin mendapat taqwa itu
perkara paling mudah untuk mendapatkan taqwa
adalah dengan melakukan suruhan Allah s.w.t
dan meninggalkan segala kemungkaran....

lakukan kebaikan
walaupun hanya sekadar memberi makan kucing
kerana setiap kebaikan yang dikukan
mungkin dipandang tinggi pada pandangan Allah
ikhlaskan diri dalam melakukan kebaikan
niatkan kerana Allah....

Sunday, March 02, 2014

Kesusahan itu indah

Assalammualaikum

Ramai yang mengatakan
kesusahan itu satu musibah yang menimpa diri
satu azab yang hadir ke dalam diri
tetapi kesusahan itu adalah indah
kesusahan yang hadir itu
akan membuatkan kita gembira
setelah kita berjaya
dalam mengharungi segala kesusahan yang menimpa
setiap kesusahan itu
datangnya dari Allah
untuk menguji seorang hamba itu
betul-betul beriman ataupun tidak

seringkali aku berfikir
bila mudahnya kehidupan kita
bila tiadanya ujian  yang hadir dalam kehidupan kita
kita sebenarnya
seakan-akan hilangnya manis kehidupan
mudah mendapatkan sesuatu
nak itu dapat
nak ini dapat
boleh beli dengan mudah
boleh memiliki dengan mudah
bila mudah untuk memiliki
mudah jugak untuk kita tinggalkan
sama jugak seperti mencari pasangan hidup
kalau mudah sangat dapat "bakal bini"
it's was something wrong
maybe
there are some stories need to be know
behind the fake face
hati-hati juga dalam mencari bakal isteri mahu pun suami
selidik latar belakang
dengan siapa dia berkawan
dan sebagainya
dalam erti kata lain
jangan tangkap muat

dah lari topik rasanya
jangan marah
jangan mudah emosi
bilamana
kesusahan itu menimpa berkali-kali
banyakkan bersabar
seperti mana kata pepatah
sudah jatuh ditimpa tangga
ini kerana
setiap kesusahan
disusuli dengan kemudahan
seperti firman Allah yang menyebut
di dalam surah Al-Insyirah



Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

(al-Insyirah  94:5)

Buatlah kerana Allah

Assalammualaikum

setiap perbuatan kita
mestilah di mulai dengan niat
dengan niat tersebut
melambangkan kearah mana
tujuan kita
ke arah kebaikan
ataupun kearah yang sebaliknya

dalam mencari keredhaan Allah
niatkan setiap perbuatan kita
kerana Allah
dengan meniatkan setiap perbuatan kita kerana Allah
kita akan berhati-hati
dengan perbuatan kita
kita tahu yang Allah s.w.t
suka akan perbuatan yang baik
dan mungkar pada perbuatan maksiat
dengan itu
niatlah akan setiap perbuatan kita
kerana Allah
semoga Allah reda
dengan apa yang kita lakukan
menuju kepada Allah
dengan hati yang tenang...

Sunday, February 23, 2014

Tenang dan Zuhud


Assalammualaikum

Siapa yang tidak kenal dengan empunya nama
iaitu Imam Hassan Al Basri
pernah suatu ketika dulu
beliau ditanya tentang dirinya
iaitu
mengapa beliau kelihatan
tenang dan zuhud
sepanjang masa
lalu apa yang dijawab oleh beliau?

jawapan beliau adalah,
kerana aku tahu:

Rezeki aku yang telah ditetapkan oleh Allah
tidak akan diambil oleh orang lain
kerana itulah hatiku selalu tenang

Manakala,amalanku pulak

tidak boleh dilaksanakan oleh orang lain
kerana itu aku sibuk mengerjakannya

pada setiap saat pula Allah sentiasa melihatku

lalu aku merasa malu jika Dia melihatku dalam keadaan maksiat. 

Yang lebih Aku mengerti, saat kematian itu sedang menungguku pada bila bila masa sahaja

lalu aku menyiapkan bekalan untuk menemui Tuhanku.

Bagaimana pulak dengan kita?

Gunung Tok Wan

Assalammualaikum

Gunung Tok Wan
adalah gunung yang pertama yang aku daki
sebelum tu
aku naik Broga
aku tidak pulak mengkategorikan Broga Hill sebagai gunung
sebab namanya adalah bukit Broga
jadinya
Gunung yang pertama telah aku daki adalah Gunung Tok Wan
seperti biasa
tidak ada banyak yang dapat aku ceritakan tentang Gunung Tok Wan
cumanya
bila kita sudah sampai ke puncak Gunung Tok Wan
kita akan rasa sejuk
seolah-olah ada aircond dekat atas sana
aircond semula jadi kot
besttt,

Seingat aku
perjalanan nak naik ke puncak Gunung Tok Wan ini
agak turun naik sedikit
tidak mencunam sangat
kene bawak air lebih sikit

First time:








Second time:





(T.kasih jugak dekat brader ini sebabnya mengemas dekat puncak sana)

Goodluck bagi sesiapa yang hendak mecuba Gunung Tok Wan