Monday, September 14, 2015

hp vs ibadah

Assalammualaikum

Terbantut lagi nak cerita tentang cendawan
hahaa
itulah
ada jer cerita lain nak diceritakan

ok
hari ini ana rasa
macam tak best je
ada benda penting yang ana rasa
ana perlu tulis diblog ana
supaya menjadi peringatan pada ana juga

ceritanya bermula begini
kenapa yer
setiap kali selesai solat wajib
ada sesetengah di antara kita
gemar melihat hp
habis jer salam
masuk kocek
terus tengok hp
apa penting sangat ke sehingga tak boleh tunggu hingga wirid dan doa habis

ana cukup kagum
orang yang buat begitu
ana tabik spring ke kaki
kagum(kecewa)

tak cukup lagi ke
masa yang Allah taala beri
sehinggakan
waktu dalam beribadat
sibuk dengan dunia
bila da sampai jadi macam ni
boleh la kot
ana kategorikn hp ni syaitan (bila berkeadaan begini)

dunia akhir zaman agaknya
beginilah caranya



Saturday, September 12, 2015

Musim Jerebu

Assalammualaikum

Pada mulanya
ana nak sambung tentang cendawan
tapi disebabkan sekarang ini
Malaysia sudah sampai "MUSIM JEREBU"
ana mahu jugalah conteng blog ana ini
tentang jerebu

Memang ana kagum sungguh
Malaysia sekarang ini
sudah ada musim jerebu
tiap-tiap tahun sudah ada
sejak akhir-akhir ini

ana tak tahulah
apa yang terjadi yang sebenarnya
ana pun tak kaji habis

ana tak naklah buat andaian
berdosa
kalau perkara yang ana andaikan itu tak tepat
jadi ana ambik pendekatan...........
kita tunggu dan lihat

but
seriously
kalau ada pembakaran terbuka disebabkan
untuk mengurangkn kos operasi sesuatu perniagaan
ana boleh anggap itu adalah satu kepentingan yang tidak wajar

tidak wajar ok!!!
kalau jerebu ini disebabkan
kepanasan yang melampau lalu membakar hutan-hutan,rumput-rumput
itu kita tidak boleh pertikaikan
itu urusan alam...

jadi
apa yang perlu kita buat
untuk mengatasi masalah jerebu ini?
atau mengatasi daripada menghadapi penyakit yang berkaitan jerebu?

pakai mask bro...
minum air masak bro..
kurangkan aktiviti luar bro...
kurangkan pembakaran sampah bro...
kurangkan penghasilan asap batang rokok bro..

banyak lagi la kot
itu cuma pendapat ana saja...


Thursday, September 10, 2015

Projek Cendawan

Assalammualaikum

ok..sekarang ini ana dalam mood serius
mood yang amat serius
jangan tak percaya ok
mood yang sangat-sangat serius...

baiklah
ana ingin sambung
apa yang berlaku kepada diri ana
selepas ana berhenti kerja di ruffntuff
rasanya
sudah lebih dari 9 bulan begitu
rasanya macam tu laa
cuma ana nak recall balik
memory ana

sebelum ana nak berhenti
ana ada terfikir
untuk berniaga
ada perniagaan sendiri
tapi projek apa?
banyak yang ana fikirkan
tetapi ada suatu perniagaan yang bermain didalam fikiran ana
setelah ana melihat sendiri projek tersebut
yang telah diusahakan kawan ana sendiri
ana namakan kawan ana itu dengan panggilan wan

wan seorang yang sangat baik
tidak kedekut ilmu dalam mengajar orang
tentu ilmu dunia mahupun akhirat

berbalik kepada topik yang kita bincangkan tadi
projek tersebut dinamakan projek menanam cendawan

ketika ana menuntut di universiti lagi
wan sudah pun mengusahakan
tanaman cendawan tersebut

jadi terdetik dalam hati ana
untuk sama-sama mengusahakan tanaman cendawan tersebut
jadi
apa yang ana lakukan
ana cari orang yang boleh mengajar ana
ana cari kursus2 yang terdekat
yang  boleh menambahkan pengetahuan ana
yang pasatinya!!!
sebelum untuk menghadiri kursus
pastikan antum semua
sudah tahu serba sedikit tentang tananman cendawan ini
asal usul cendawan
jenis-jenis cendawan
dekat internet
kalau taip cendawan saja
mesti banyak
ada lah history masing-masing
nanti ana akan sharekan
serba sedikit
apa yang ana belajar
ketika menghadiri kursus tersebut....
buat maklumat antum
ana sudah pun mengusahakan tanaman cendawan.
secara part time...heheh


Wednesday, September 09, 2015

Diari

Assalammualaikum..

Ana kembali lagi setelah lama menyepi
bukan bermaksud ana ingin menyepi
cuma kekangan masa sedikit

dah ana, ana pulak yer
bolehlahkan
kadang-kadang
kene jadi orang arab pulak
bahasa arab
bahasa syurga
hehe

ana disini
bukanlah nak bercerita panjang
cuma ana rasakan (pendapat ana)
setiap seorang perlu ada diari sendiri
dari situ
kita boleh tahu
perjalanan hidup kita
kita boleh kaji balik perjalanan hidup kita
bagaimana kita habiskan waktu yang diberikan kepada kita
ada manfaat atau tidak
ada kebaikan atau tidak
atau  apakah masa kita berlalu dengan sia-sia

dari penulisan diari
kita boleh baca
semula kelemahan kita
yang perlu kita baiki
apa kebaikan yang telah kita lakukan
apa keburukkan yang kita lakukan
itu semua perlu di nilai semula
sebelum kita bertemu dengan pencipta kita

kita tulis sejarah hidup kita
for your own reminder

GOOD LUCK FOR WRITING YOUR DIARY