Sunday, February 16, 2020

Mencari isteri yang solehah

Assalammualaikum,

Carilah isteri yang solehah,bertapa pentingnya seseorang hamba itu mencari isteri yang solehah.Jika tidak mahu murung di lain hari.Saya seorang lelaki semestinya ingin mencari iseri yang solehah.Jikalau anda seorang wanita,semestinya ingin mencari lelaki yang soleh.

Disini saya menulis berdasarkan pengalaman saya yang tidak seberapa.Mencari isteri yang solehah amatlah penting.Ikutlah turutan apa yang telah di ajar oleh Rasullulah.Lihatlah ibubapa mereka bagaimana.Lihat perwatakkan ibubapa mereka.Keturanan mereka.

Saya melihat,perwatakan ibubapa mereka mempengaruhi anaknya sendiri.Jika kita lihat ibubapanya panas baran,begitulah anaknya.Jika kita lihat ibubapanya malas, begitulah anaknya.Semestinya,mesti ada sikap yang ada pada ibubapa tersebut, mengalir ke zuriat mereka.Ke mana tumpanya kuah,kalau tidak ke nasi.

Sebelum dan selepas kahwin adalah wanita yang berbeza sikap.Berbeza sama sekali.Kalau lihat dulu sangatlah rajin,itu hanyalah poyo.Kalau lihat dulunya kelihatan lemah lembut,itu juga adalah poyo.

Kalau hendak tahu sikap yang sebenar,tanyalah orang yang terdekat dengannya.Orang yang selalu menghampirinya.Itu barulah cara yang betul.Jika tidak, anda hanya melihat sikap yang plastic.Tipu daya semua.

Apa guna wajah yang cantik,kalau tidak dapat menyenangkan hati suami.
Apa guna mempunyai duit yang banyak kalau tidak dapat membantu suami
Apa guna kerja yang hebat kalau tidak menghormati suami
Apa guna rajin berkerja kalau tidak melayan suami

Saya memohon,kepada semua.Jika mahu berkahwin,telitilah sebetulnya.Fikirlah sehabis baik.
Takut memakan diri di lain hari.Minta pendapat ustaz.

Tetapi ada juga wanita yang mampu berubah ke arah yang lebih baik.JIka suami itu membantu iseri tersebut ke jalan kebenaran.Penting juga seorang suami itu,sentiasa bersabar dengan ujian yang menimpa mereka.Banyakkan bersabar.Bukan senang mencari permata yang cantik,di bawah timbunan pasir yang banyak..