Thursday, September 04, 2014

Tolong!!!!! .Hormat waktu AZAN

Assalammualaikum

Bangun-bangun jer
terus dicampakkan oleh Allah
suatu idea untuk menaip sebuah lebaran kata-kata
sebagai ingatan kita bersama

Pernah ke tidak kita terfikir
kenapa bila masuknya waktu azan
pada ketika itu jugalah
kita akan melakukan pelbagai aktiviti
sebagai contoh
bila azan berkemumandang
kita sibuk berborak
kita sibuk makan
kita sibuk menonton tv
kita sibuk melakukan kerja
kita sibuk dengan hal keduniaan
sehingga kita lupa
untuk hormat waktunya azan
sehingga kita lupa
untuk menjawab setiap lafaz azan

Pelikkan
sedangkan lafaz azan itu
mempunyai maknanya yang tersendiri
makna yang mampu membangunkan
jiwa-jiwa kita yang tidur
hayati setiap bait-bait azan tersebut
hormatlah azan
jangan pulak nanti
Allah turunkan azab
baru ketika itu kita mahu menghormati azan.....

Tuesday, September 02, 2014

Singkirkan kebosanan

Assalammualaikum

Kalau hendak diikutkan
seringkali diri ini dilanda kebosanan
bagi pendapat aku
kebosanan merupakan satu penyakit hati
yang mana
kebosanan ini mampu melemahkan jiwa
menjatuhkan semangat mahu berjuang

Apabila kita hidup di dalam satu gaya kehidupan
acap kali diri kita ini mudah merasa bosan
pelbagaikan cara kehidupan kita
disebabkan itu juga
Allah mencipta pelbagai bentuk kehidupan
pelbagai bentuk makanan
buah-buahan
Allah ciptakan malam dan siang
langit dan bumi
pelbagai rasa
pelbgai warna
pelbagai sifat manusia itu sendiri
supaya diri kita ini
tidak cenderung kepada kebosanan

Pelbagai cara kehidupan kita
sedangkan
apabila kita solat jugak
kita melakukan pelbagai pegerakkan
bukan sekadar berdiri tegak
kita ada rukuk,sujud,dan lain-lain
begitu juga apabila
jika kita membaca Al-Quran
kita boleh membaca Al-Quran dengan pelbagai lagu
seperti Hijjaz,bayatti,jiharkah dan lain-lain

kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa
yang mengiring kehidupan,
semua itu tidak lain hanyalah sekadar hiasan waktu
 yang silih berganti,
ada hari kita manusia terselamat dari kematian,
ada hari jugak sekumpulan manusia menemui ajalnnya.......