Tuesday, September 02, 2014

Singkirkan kebosanan

Assalammualaikum

Kalau hendak diikutkan
seringkali diri ini dilanda kebosanan
bagi pendapat aku
kebosanan merupakan satu penyakit hati
yang mana
kebosanan ini mampu melemahkan jiwa
menjatuhkan semangat mahu berjuang

Apabila kita hidup di dalam satu gaya kehidupan
acap kali diri kita ini mudah merasa bosan
pelbagaikan cara kehidupan kita
disebabkan itu juga
Allah mencipta pelbagai bentuk kehidupan
pelbagai bentuk makanan
buah-buahan
Allah ciptakan malam dan siang
langit dan bumi
pelbagai rasa
pelbgai warna
pelbagai sifat manusia itu sendiri
supaya diri kita ini
tidak cenderung kepada kebosanan

Pelbagai cara kehidupan kita
sedangkan
apabila kita solat jugak
kita melakukan pelbagai pegerakkan
bukan sekadar berdiri tegak
kita ada rukuk,sujud,dan lain-lain
begitu juga apabila
jika kita membaca Al-Quran
kita boleh membaca Al-Quran dengan pelbagai lagu
seperti Hijjaz,bayatti,jiharkah dan lain-lain

kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa
yang mengiring kehidupan,
semua itu tidak lain hanyalah sekadar hiasan waktu
 yang silih berganti,
ada hari kita manusia terselamat dari kematian,
ada hari jugak sekumpulan manusia menemui ajalnnya.......


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan