Assalammualaikum
Ramai yang mengatakan
kesusahan itu satu musibah yang menimpa diri
satu azab yang hadir ke dalam diri
tetapi kesusahan itu adalah indah
kesusahan yang hadir itu
akan membuatkan kita gembira
setelah kita berjaya
dalam mengharungi segala kesusahan yang menimpa
setiap kesusahan itu
datangnya dari Allah
untuk menguji seorang hamba itu
betul-betul beriman ataupun tidak
seringkali aku berfikir
bila mudahnya kehidupan kita
bila tiadanya ujian yang hadir dalam kehidupan kita
kita sebenarnya
seakan-akan hilangnya manis kehidupan
mudah mendapatkan sesuatu
nak itu dapat
nak ini dapat
boleh beli dengan mudah
boleh memiliki dengan mudah
bila mudah untuk memiliki
mudah jugak untuk kita tinggalkan
sama jugak seperti mencari pasangan hidup
kalau mudah sangat dapat "bakal bini"
it's was something wrong
maybe
there are some stories need to be know
behind the fake face
hati-hati juga dalam mencari bakal isteri mahu pun suami
selidik latar belakang
dengan siapa dia berkawan
dan sebagainya
dalam erti kata lain
jangan tangkap muat
dah lari topik rasanya
jangan marah
jangan mudah emosi
bilamana
kesusahan itu menimpa berkali-kali
banyakkan bersabar
seperti mana kata pepatah
sudah jatuh ditimpa tangga
ini kerana
setiap kesusahan
disusuli dengan kemudahan
seperti firman Allah yang menyebut
di dalam surah Al-Insyirah
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan
(al-Insyirah 94:5)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan