Thursday, September 29, 2011

best ke menipu?



Kalau kita lihat gelagat manusia sekarang, kita dapat lihat banyak antara mereka yang selalu berkata dusta. Untuk apa manusia itu berkata dusta? Apakah menipu itu mendatangkan kebaikan? Apakah menipu itu satu lumrah? Apakah menipu itu untuk mendatangkan kebahagiaan? Atau sebaliknya...?

Bagi pendapat aku, kita sebagai manusia yang duduk di muka bumi ini, jauhilah dari sifat menipu. Sifat menipu ini adalah salah satu sifat yang tercela yang sangat-sangat buruk untuk kita ikuti. Kalau kita lihat semula hadis, sifat menipu juga tergolong diantara sifat-sifat munafik. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )“
Konklusinya, sama-samalah kita berusaha untuk menjauhi sifat berdusta ini agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang munafik.

Monday, September 12, 2011

Perlawanan yang paling dramatik

Apa yang anda lihat di atas adalah perlawanan chess yang sungguh sengit. Dalam perlawanan ini, aku hampir-hampir kalah, tetapi berjaya juga menang akhirnya.

Pengajaran: Berjuanglah hingga ketitisan darah terakhir. Jangan mudah mengaku kalah walaupun kita rasa kita tidak mampu. Buang pemikiran yang negatif. Sentiasa berfikiran positif.

p/s: aku suka maen chess!

Friday, September 09, 2011

seram: Hantu Bonceng


Hehe, mesti ada dalam kalangan kita yang sudah pun menonton cerita hantu bonceng kan? Kalau dah tgok, mesti korang akan cakap cerita ni kelakar kan? kehkehkeh.. Tapi aku bukan nak cerita pasal hantu bonceng yang ni. Yang aku nak cerita ni kisah pasal hantu jugak. Tapi hantu jalan.............  weeeee....... Segalanya terjadi pada bulan lepas. Aku ngan adik aku tengok midnight movie kat melaka. Dalam perjalanan balik ke rumah tu, lebey kurang dalam jam 12.30am (kalo xsilap aku laa..)

Dalam perjalanan di mana kiri kanan jalan tu ladang kelapa sawit, aku terpandang satu kelibat seorang perempuan. Elok berdiri terpacak kat tepi jalan. Tanpa berfikir yang bukan-bukan, aku sempat gak usha 'minah pacak' tu. Aku tengok 'minah' tu seakan2 sedang menunggu sesuatu. Tunggu bas kot..kehkehkeh

Muka 'minah' tu aku nampak samar2 je, yang aku tahu 'minah' tu punye rambut punye laa panjang. Aku pon buat2 cool je laa. Konon tak de apa2 yang jadi..

Agak2 da jauh sket, aku tanye adek aku, "ko nampak tak ape yang aku nampak?" Rupe2nye adek aku pon nampak 'minah' yang aku usha tadi... 

Jantung aku mula dupdapdupdap berdegup laju sebab 'minah' yang adek aku nampak ni bukan setakat berdiri kat tepi jalan je, tapi tengah terbang dengan gembiranya kat sebelah aku. Rasa seram sejuk tu tok sah nak cakap laa. Nak terkencing pun ade gak. kehkehkeh.. Hampir tak tidur malam aku dibuatnya dek terbayang aksi ghairah 'minah' tu.

p/s: kalo dah tahu jalan tu memang ade 'minah', tok sah la tunjuk berani nak usha si minah..hahah

Tuesday, September 06, 2011

sifat mahmudah

10 sifat mahmudah

Mengikut kitab HIDAYATUS SALIKIN yang dikarang oleh imam al-Ghazali telah mengupas yang mana terdapat 10 sifat mahmudah iaitu :

  1. Taubat
  2. Takut akan ALLAH
  3. Kasih akan ALLAH
  4. Zuhud
  5. Syukur
  6. Ikhlas dan benar
  7. Tawakal
  8. Reda dengan qadak Allah
  9. Sabar
  10. Mengingati mati
Pada masa akan datang saya akan cuba mengupas serba sedikit sifat-sifat mahmudah yang dinyatakan di atas.