Sunday, November 27, 2011

jangan bersedih


Kalau kamu-kamu semua berasa dalam kesedihan, cuba dengar video ini. perhatikan dan hayati. Insyaallah anda akan menemui sesuatu. Selamat mendengar. Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama dengan kita.

Thursday, November 24, 2011

bagaimana untuk menahan nafsu

sekadar gambar hiasan

Sebagai manusia, jauhilah diri kita daripada godaan nafsu. Jangan jadikan nafsu yang mengawal diri kita. Apabila nafsu mengawal diri, pelbagai perkara maksiat yang akan terjadi. Jadikan iman sebagai ketua diri untuk mengawal nafsu. Berdoalah kepada ALLAH S.W.T agar iman kita sentiasa tetap kepada ALLAH S.W.T. Mengikut buku yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali, nafsu terbahagi kepada empat bahagian iaitu harta benda, sifat amarah, kesenangan dunia dan nafsu syahwat. Berhati-hatilah dengan keempat-empat nafsu ini.

Baiklah di sini aku ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak mengawal nafsu:
  • Apabila kita terasa mahu melakukan maksiat, maka ingatlah kepada diri kita bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan oleh hambanya. Ingatlah setiap perbuatan kita sentiasa dicatat oleh malaikat tidak kiralah sebesar mana pun perbuatan maksiat yang dilakukan.
  • Mengingati mati. Sesungguhnya orang-orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Ini kerana ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita tidak mengetahui bila waktu ajal kita akan ditarik. Apakah kita semua mahu mati dalam melakukan kemaksiatan? Sudah semestinya kita mahu mati dalam keadaan beriman bukan?
  • Jangan sesekali mencuba menonton filem porno. Menonton filem porno atau lucah juga boleh menaikkan nafsu syahwat. Sebagai umat Islam, kita diharamkan menonton filem porno atau lucah ini. Menonton filem lucah boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat.
  • Berpuasalah. Sesungguhnya nafsu akan menjadi lemah jika berpuasa. Ini kerana lapar akan menyebabkan nafsu menjadi lemah.
  • Berdoa dengan penuh yakin kepada Allah agar sentiasa menjauhi diri kita daripada godaan syaitan yang direjam.
  • Ingatlah kepada ibubapa yang telah membesarkan kita. Jangan mengecewakan ibubapa dengan perbuatan yang menjatuhkan maruah keluarga.
  • Sibukkan diri kita dengan urusan yang bermanfaat. Jangan biarkan diri kita berfikiran kosong.
  • Banyakkan amal jariah, membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan dan sebagainya.
  • Sebelum melakukan sesuatu perbuatan, lakukan dengan ikhlas dengan niat kerana Allah.
  • Mulakan setiap perbuatan kita dengan membaca Bismillah
  • Banyakkan amal ibadat kepada Allah

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita mengawal nafsu.

Tuesday, November 22, 2011

kata-kata semangat ong kim swee kepada anak buahnya?

sumber gambar(nst)

"THEY DON'T RESPECT YOU. THEY DON'T RESPECT YOUR FLAG, THEY DON'T RESPECT OUR KING AND THEY DON'T RESPECT YOUR PARENTS. IF YOU ALLOW THIS HAPPEN, THEN YOU ARE COWARDS. YOU MUST TEACH THEM BEING MALAYSIAN IS ALL ABOUT"

Inilah kata-kata semangat yang menyemarakkan semangat pasukan HARIMAU MUDA sebelum bermulanya perlawanan....

Tahniah buat pasukan HARIMAU MUDA dan semua yang terlibat dalam membentuk pasukan ini. SYUKUR diucapkan kepada yang MAHA ESA..

pakwe yang harus ditinggalkan?



Siapa di antara anda mempunyai pakwe atau teman lelaki yang istimewa? Tapi kalau ada!!!!!!!!! Berhati-hati!!!!!!!!! Baiklah, di sini aku nak kongsi tentang bagaimana nak mengetahui sama ada 'pakwe' anda itu betul-betul mencintai anda atau sebaliknya. Jangan tertipu dengan kata-kata manis si dia.. Anda harus berhati-hati ok? Ok jom baca ciri-ciri tersebut:

  • Sering mengganggu dengan menelefon atau sms ketika anda sedang mengulang kaji
  • Sering mengajak anda ke tempat yang sunyi
  • Cuba mencium anda
  • Suka memegang tangan anda
  • Selalu meminta tolong untuk menyiapkan assignment (bagi yang sama fakulti)
  • Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
  • Selalu minta dibelanjakan makan tengahari
  • Sering mengajak ke tempat-tempat yang tidak elok (tempat maksiat)
  • Bercakap-cakap isu-isu lucah
  • Tidak berminat membincangkan soal pelajaran
  • Tidak penah melihat menunaikan solat
Jika pakwe anda ada ciri-ciri yang tersenarai seperti di atas, baik anda tinggalkan je... Jangan marah-marah kalau ada yang terasa...:)


p/s: aku pun kene baiki diri...:)

esok dapat cuti sebab menang bola sukan sea?


Baiklah, perdana menteri kata tidak boleh cuti sebab boleh merugikan negara. Kita perlu bekerja keras k. Terima kasih. Heheheheh....

Friday, November 18, 2011

Example of Japenese Peer Oral Test

  1)Amar-san wa doko de benkyo o shite imasu ka
àUiTM de benkyo o shite imasu

 2)Uchi kara UiTM made donogurai kakarimasu ka
àOtobai de 10-fun gurai kakarimasu ka

 3)Amar-san wa Nihon-go ga dekimasu ka
àHai, yoku dekimasu

 4)Mizi-san wa doko de sunde imasu ka
àShah Aramu ni sunde imasu

 5)Doyatte shah aramu no yubinkyoku e ikimasu ka
àAsoko de basu ni notte, PKNS de orite kudasai. Yubinkyoku wa PKNS no naka ni arimasu.

Thursday, November 17, 2011

malaysia 1-indonesia 0 sukan sea ke-26 2011


Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Walaupun baru jer peringkat kumpulan, Malaysia sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Tahniah kepada skuad bawah 23 malaysia.

amalan yang dapat mengelakkan hati menjadi 'batu'




Alhamdulilah, syukur di atas pemberian nikmat Tuhan yang tidak terkira, dapat juga kita bertemu kembali. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Bila kita melihat dari pelbagai sudut, sungguh banyak amalan yang menyebabkan hati menjadi 'batu' dan hari ini dapat kita lihat penyebaran bahan-bahan berbaur maksiat yang berleluasa. Hal ini amat membimbangkan buat generasi kini serta yang akan datang.


Baiklah hari ini aku hendak berkongsi bagaimana cara untuk mengelakkan hati menjadi batu. Diharap penerangan di bawah dapat membantu anda serba sedikit tentang kehidupan.

Empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

Jika solat lima waktu kita tidak dijaga, ia akan menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu. Ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah .

Jagalah hati kerana hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat. Baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.


Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim di mana apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk. 


Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: 
“Wahai Luqman, sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.”
Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.


Disamping itu, berlebihan dalam berkata-kata juga menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa kerana dikhuatiri semakin banyak seseorang itu berkata-kata, semakin banyak fitnah atau pembohongan yang terkeluar. 


Dalam sebuah kisah, ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar,Nabi kemudian menjawab: 
“Beristighfar dahulu sebelum bercakap.” 
“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati." 
Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya:
“Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.” 
Luqman memberi petua, 
"perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” .
Selain itu, bagi wanita yang sudah berumah tangga, mereka perlulah mengingatkan kepada suami agar membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.


Ada sebuah kisah tentang seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya, kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh. Rasulullah berkata:
“Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.” 
 Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki, salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber yang haram.


Selain itu, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.


Untuk menjadi suami contoh, perlulah bertanya kepada diri mereka. Adakah mereka sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Oleh itu, binalah keluarga sehingga ke syurga dengan menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan. Melakukan solat berjemaah dapat menambahkan keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.


Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari.


p/s:sumber diedit dari mymetro

Wednesday, November 16, 2011

tips agar doa dimakbulkan

Assalammualaikum, diharap para pembaca semua sihat selalu. Hari ini aku hendak berkongsikan tentang tips agar doa kita dimakbulkan. Tips ini aku ambil dari rahsia cemerlang ipt yang ditulis oleh dato dr.hj.mohd fadzilah kamsah. Aku harap tips ini dapat membantu kalian semua.


  1. Berdoa dengan ikhlas dan jujur kepada Allah SWT.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  4. Berdoa dengan khusyuk dan merendah diri
  5. mengangkat kedua-dua belah tangan
  6. berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru menanti jawapan
  7. berdoa dalam keadaan senang ataupun susah
  8. jangan sesekali mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri dan orang lain
  9. menghindari berdoa ditempat maksiat
  10. berdoa dengan suara yang rendah dan tawaduk
  11. menghadap ke arah kiblat
  12. berdoa dalam keadaan berwuduk
  13. bertaubat kepada Allah sebelum berdoa
  14. menyeru allah dengan nama yang mulia
  15. berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain
  16. merapatkan jari-jari kecuali ibu jari
  17. menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  18. mengaminkan doa yang dibaca

Tuesday, November 15, 2011

Funny red card to Ronaldinho


Tengok dulu baru tahu. Setiap kali aku tengok video ni memang aku akan gelak sakan. Aku cuma nak kongsi apa yang aku rasa seronok bila tonton.Agak kelakar melihat pengadil dengan Ronaldinho. Melihat raut wajah pengadil tu selepas tersalah bagi kad (gelak guling-guling). 

Lagi satu,aku memang minat Ronaldinho ni sejak die main kat Bacelona fc lagi. Sangat-sangat minat cara die bermain di atas padang dan sangat terhibur melihat gelagat die.Ok,itu je la yang aku nak membebel.. :) Assalammualaikum

Saturday, November 12, 2011

kami kanak-kanak riang dan comel

cita-cita saya nak jadi model

  
sy pulak bile dah besar,sy nak jadi ustazah, impian saya juga nak masuk dalam rancangan ustazah pilihan
sy kememeh sikit,xpi cita-cita saya hendak jadi perdana menteri

 sy nak jadi pemain bola macam safee sali..hehe

sy nk jadi katakman

 
sy nak jadi ustaz,bleykn

 
kalao diizinkan saya nak jadi juruterbang.kehkehkeh


 sahabat selamanya


p/s :ada masa lagi aku tambahkan gambar lagi

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Disebabkan tarikh hari ini adalah 11.11.11 dan jatuhnya pada hari jumaat, maka mulalah terdetik hati untuk mengupdate blog yang tak seberapa canggih ni. Kita mulakan pembacaan kita dengan bismillahirrahmanirrahim... Semoga kita mendapat reda dari Allah. Bila kita fikirkan semula waktu yang lepas-lepas, setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Maka kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT yang Maha Pengampun setiap hari dan setelah itu hendaklah muhasabah diri sendiri.

Muhasabah diri sangatlah penting kerana dengan muhasabah diri kita dapat merasa bersyukur kepada Tuhan. Dengan bermuhasabah jugalah kita akan tahu dan sedar betapa pentingnya masa, dan apa yang telah kita lakukan pada masa yang lepas. Adakah mendapat reda dari Allah ataupun sebaliknya? Dan apakah masa yang akan datang ini akan kita gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat keredaan dari Allah?
"Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran" ~Surah Al-Asr~
Muhasabahlah diri kita dari apa yang kita miliki, bersyukurlah dengan seadanya.

Sebelum kita memikirkan hendak berkata yang tidak baik,
Berfikirlah tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata.

Sebelum kita mengeluh kita tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat,
Berfikirlah tentang manusia-manusia yang tidak mempunyai makanan langsung.

Sebelum kita mengeluh ibubapa kita tidak mempunyai harta yang banyak,
Berfikirkanlah manusia yang tidak mempunyai ibubapa.

Sebelum kita mengeluh kita tidak mempunyai kenderaan untuk ke sesuatu destinasi,
Berfikirlah tentang manusia yang tidak mempunyai kaki untuk berjalan.

Sebelum kita mengeluh tentang tempat tinggal kita,
Berfikir tentang manusia yang langsung tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Sebelum kita mengeluh tentang karenah adik-beradik kita,
Berfikirlah mereka yang tidak mempunyai adik-beradik yang merasa kesunyian.

Sebelum kita mengeluh tentang betapa susahnya belajar,
Berfikirlah tentang manusia yang walaupun sudah berumur tapi masih mahu menuntut ilmu.

Sebelum kita mengeluh tentang perbuatan rakan-rakan terhadap kita,
Berfikirlah manusia yang kesunyian tiada berkawan.

Sebelum kita mengeluh tentang kehidupan kita,
Berfikirlah kita masih beragama Islam dan masih bersujud kepada Allah yang Maha Besar.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah yang memberi kita nikmat yang tidak terkiranya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ~Ar-Rahman: 13~


p/s: hari-hari pun kena muhasabah diri..:)

Terbaek vs abi_aboy

Assalammualaikum, 

ok hendak dipendekkan cerita, aku baru sahaja mencuba video recorder yang baru didownload. Aku pun cuba dengan bermain chess secara online. Dalam perlawanan tersebut, aku mungkin sekadar bernasib baik memenangi perlawanan tersebut walaupun sudah beberapa hari tidak bermain chess dek kenara telah kecundang berkali-kali sehingga menyebabkan aku berehat dalam arena chess. heheh.. Nak cakap aku handal main tu xder la, cuma aku reti ler jugak main chess ni daripada tak tahu main langsung. Chess ini jugaklah salah satu permainan wajib yang akan aku main tiap-tiap hari selain melayari internet.. :) Baiklah kawan-kawan, kamu-kamu semue boleh melihat video perlawanan tersebut di bawah. Sebelum itu, aku nak minta maaf diatas kekurangan kualiti video ini.


p/s : terbaek = aku.. hehe
.

Wednesday, November 09, 2011

Jenama-jenama seluar di bundle

Pada Jumaat lepas, aku sempat melawat ke kedai bundle. Sesampai je di sana aku menangkap beberapa jenis jenama seluar yang ada di bundle tersebut. Jom lihat gambar di bawah.

Ade jugak jenama seluar 'something' dalam bahasa melayu adalah sesuatu.





Kalau macam nie pulak, "bobson raja chess". 
Kalau rasa nak pandai main chess pakai la seluar jeans nie. hehe







p/s: kalau aku terjumpe jenama seluar laen pulak, aku akan tambah lagi.. :)

Saturday, November 05, 2011

lab report: sprinkler system



INTRODUCTION
Fire sprinkler system is a system of piping designed in accordance with fire protection engineering standards and installed to control or extinguish fires. A sprinkler system works as the water from a network of overhead pipes is released through nozzles that open automatically with the rise in temperature. The basic components of sprinkler system are the sprinklers, system piping and a dependable water resource. Most systems also require an alarm and system control valves.

Sprinklers may be required to be installed to reduce potential property losses or business interruption. There are two installation systems for the sprinkler which is wet pipe system and dry pipe system. By a wide margin, wet pipe sprinkler systems are installed more often than all other types of fire sprinkler systems. They also are the most reliable, because they are simple, with the only operating components being the automatic sprinklers. When an automatic sprinkler is exposed for a sufficient time to a temperature at or above the temperature rating, the heat sensitive element releases allowing water to flow.

Dry pipe systems are installed in spaces in which the ambient temperature may be cold enough to freeze the water in a wet pipe system, rendering the system inoperable. Dry pipe systems are most often used in unheated buildings, in parking garages, in outside canopies attached to heated buildings. Dry pipe systems are the second most common sprinkler system type.

There are several types of sprinkler head;
  1. Quartzoid Bulb Type Head
  2. Fusible Soldered Strut Type Head 
  3. Duraspeed Soldered Type Head 
Common building used Quartzoid Bulb Type Head with red colour of liquid. For the red colour, the temperature required to shatter the glass is about 68˚C.

OBJECTIVE 
  1. To understand how the fire sprinkler systems operate.
  2. To recognize a various types of sprinkler head. 

APPARATUS
Fire sprinkler system, stopwatch, lighter, fire starter 

METHODOLOGY
  1. Automatic sprinkler head system unit has been prepared.
  2. A fire starter was burned by using lighter.
  3. Stopwatch was started when finish placed the fire starter.
  4. The stopwatch was stopped when the sprinkler head is shattered the glass, the valve was opened and sprayed to the water.

RESULT

TEST

1

2

COLOR OF SPRINKLER

RED (68°C)

RED (68°C)

PRESSURE IN THE PIPE

60 psi

60 psi

TIME

37s

60s










DISCUSSIONS
The experiment that we done show that the time was taken start from the burning of a fire starter on steel net below the sprinkler head until the sprinkler head is shatter the glass. The pressure gauge reading and the pressure in the pipe were setting before the starting of burning.

For the first test, the time is shorter than the second test that is 37 s for the first while the second test is 60 s. The different of the time is because of the fire burning below the sprinkler head for the first test is much larger than the second test.

From this experiment, it shows that the Red color type of sprinkler is suitable used in office building. This is because the minimum heat that will shatter the glass is 68°C. It is not suitable to use in factory building. This is because the heat in the factory is higher than in office building.

Besides that, it shows that the efficiency of liquid in the glass is important to make sure the glass was shattered in the right temperature. When the temperature was achieved its limit, the liquid in the glass will expand and make the glass shattered. So that, the glass will lost its function to stop the water flow from the pipe to let it out and spreading by the sprinkler head to decrease the burning.

CONCLUSION
From the experiment that we have done, we can get know about the types of sprinkler. Actually, the sprinklers have many types and each type have their own characteristic. The color in the sprinkler can be determining the degree celcius of heated. For example, blue color (141°C), green (93°C), red (68°C) and others. We are also know that the sprinkler important to use anywhere for our safety. It is especially for the building like office, hospital, store, factory, school, or others place that involved human safety and things.

The different place have difference sprinkler. It is because; the sprinkler will put in the suitable place. For example, the red color of sprinkler not suitable to put in the factory or cooking place such restaurant. It is because; the degree celcius of heated is minimum 68°C. While, in the factory or restaurants have the higher of heat. So, the suitable colors that can use in those places are blue color. So, for the conclusion we can conclude that the sprinkler will detect the heat using their own colors.

RECOMMENDATION
  1. The fire sprinkler system must be checked regularly by scheduled maintenance
  2. Every building must install the sprinkler system as their fire fighting system
  3. The appropriate colour of liquid must be suitable with the function of the place. 

REFERENCES
  1. Building Services and Equipment, Second Edition
  2. Building Services ECM 216 Text Book
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Fire_sprinkler
  4. http://goliath.ecnext.com/coms2/gi_0199-2295132/Review-on-the-design-and.html
  5. http://www.articlealley.com/article_249368_27.html
  6. http://www.wisegeek.com/what-is-an-automatic-sprinkler-system.htm 

Thursday, November 03, 2011