Tuesday, January 28, 2014

lurah oh lurah

Assalammualaikum

minggu lepas bersamaan dengan 24.1.2014
berlaku peristiwa di mana aku mendengar Kutbah yang bertajuk budaya menuntut ilmu
pencerahan yang baik dari imam yang membaca kutbah tersebut
mudah difahami dan penuh manfaat
peristiwa tersebut berlaku di masjid MSU

ok,
di sini bukan niat aku
membincangkan tentang tajuk kutbah tersebut
tetapi nasihat yang di sampaikan oleh imam tersebut
sebelum bermulanya solat jumaat

apakah nasihat yang di sampaikan oleh imam tersebut?
yeahh..nasihatnya berbunyi begini
"di harap para jemaah menjaga aurat ketika solat, jangan sampai nampak lurah"
lebih kurang begitulah nasihat yang  disampaikan oleh imam tersebut

apakah yang di maksudkan "lurah" oleh imam tersebut
mesti fahamkan
baiklah
lurah yang dimaksudkan oleh imam tersebut
adalah lurah buntut anda

sering kali bagi kaum lelaki
yang memakai baju kecik
mahupun seluar yang londeh
sering menampak aurat ketika sujud
bila aurat terdedah ketika solat
maka bantalah solat kita secara tidak langsung

disini peri pentingnya
bagi kaum lelaki terutamanya
menitik beratkan
etika berpakaian ketika solat
semoga solat kita di terima Allah s.w.t.






Thursday, January 16, 2014

Prevention is better than cure

Assalammualaikum

Mencegah lebih baik dari mengubati
yer semua orang tahu tentang
frasa kata ini

frasa kata yang penuh bermanfaat
penuh dengan kebaikan kalau kita ikuti
namun manusia sering mengikut
kata-kata nafsu
yang mahukan keseronokkan duniawi
yang sementara ini

berbalik tentang frasa kata tersebut
ingin aku memberi beberapa contoh
untuk anda menilai tentang frasa kata tersebut

begini ya
ada sebuah jalan yang agak lurus
maka di jalan tersebut
ada jalan yang mempunyai lubang yang berbahaya kepada pengguna
apa yang patut anda lakukan?
baiki terus
ataupun tunggu ada orang da cedera baru hendak baiki
yuppp
kita kena cegah secepat yang mungkin
jangan ada mangsa yang menjadi sasaran lubang tersebut
begitulah masalah yang di hadapi kita sekarang


kita da tahu yang hisap rokok tu
mendatangkan pelbagai penyakit
tetapi tetap di antara kita masih menghisap rokok
walaupun da keluar fatwa
tentang pengharaman menghisap rokok
yer..kenapa masih ramai yang menghisap rokok?

pokok pangkalnya
kita kena tahu root cause
penyebab kepada masalah
kalau kita tahu menghisap rokok itu mendatangkan penyakit
haram
kenapa masih ada penjualan rokok di kedai-kedai
kenapa mesti ada kilang yang menghasilkan rokok
kenapa tidak tutup sahaja kilang rokok tersebut

kalau kita lihat
ada juga kemalangan jalanraya yang berlakunya
disebabkan dari budaya meminum minuman keras
ramai yang tahu
side effect meminum minuman keras
sudah tentu
bagi umat Islam haram meminum minuman keras
tetapi ada juga segolongannya yang masih degil dengan perintah Allah
berbalik kepada masalah ini
kenapa tidak kita haramkan penjual minuman keras di pasaraya dan sebagainya
kenapa kita tidak tutup sahaja kilang-kilang yang menjual minuman keras?

main no. ekor
main apa lagi
main yang melibatkan perjudian
ada juga orang yang beragama Islam yang terbabit dengan gejala yang tidak sihat ini
tetapi masih juga berlaku
kenapa masih berlaku
tiada kuatkuasa undang-undang?
kita berbalik kepada root cause
penyebab kepada masalah
ketua kepada masalah
kita da tahu berjudi itu haram bagi umat Islam
tetapi kenapa mesti ada kedai no ekor
tetapi kenapa mesti ada pusat perjudian
kenapa kita tidak tutup sahaja

lagi apa
mencuri
ini lagi satu kes yang agak parah di Malaysia
serius
bagi aku
Malaysia bukan lagi negara yang aman
cuba tengok
rompakkan bersenjata
kes ragut yang menyebabkan kehilangan nyawa
berapa ramai lagi nyawa yang hendak di ragut
kita kembali kepada root cause
kenapa benda-benda ini
makin menjadi-jadi
bagaimana hendak membanteras jenayah
mungkin penjenayah tersebut ada sebab-sebab tertentu
tetapi masakkan boleh dibiarkan benda ini terjadi
sampai bila
sampai kita pula menjadi mangsa
sampai ahli keluarga kita pulak?
cuba kita ambil contoh negara Brunei
bilamana Sultan Brunei telah melaksnakan hudud
apa yang berlaku
kadar jenayah di Brunei telah menunjukkan angka menurun
difahankan sebanyak 50 peratus kadar jenayah dapat diturunkan
selain itu
negara Brunei telah menemui telaga minyak yang mampu digunakan selama 600 tahun lamanya
barangkali bumi Brunei telah mendapat barakah
daripada perlaksanaan undang-undang huduh
negara Malaysia sepatutnya menjadikan Brunei sebagai contoh

berbalik kepada isu semasa
buang anak
rogol sana-sini
pakaian yang mendedahkan aurat
budaya couple
apa bende ini
tak takutkan dengan seksaan Allah
banyakkan bertaubat kepada Allah
berbalik kepada root cause
punca kepada masalah
barangkali kurangnya perhatian ibubapa kepada anak
lalu anak mencari kasih sayang di tempat yang lain
barangkali mudahnya mendapat sumber video lucah
barangkali pemakaian yang menjolokkan mata
mengiurkan kepada buaya darat yang mencari sasarannya
lemahnya iman di hati
mungin tiada iman langsung
nur iman yang telah hilang sejajar dengan ledakkan maksiat yang dilakukan
oooooo negara Malaysia
sampai bila masalah gejala sosial ini ingin berlaku
kenapa accecss internet berbentuk lucah masih boleh di access di Malaysia
kenapa di youtube masih ada lagi
video yang boleh menaikkan nafsu shawat
kenapa mesti ada lagi artis-artis yang membuka aurat
kenapa tidak berlakon dengan menutup aurat
tak boleh ke?
kenapa mesti banyaknya lambakkan filem-filem sampah
di manakah filem-filem yang mampu melahirkan Al-Fateh
di manakah filem-filem yang mampu menguatkan lagi hubungan kita dengan pencipta
di manakah filem-filem yang mampu menjadi inspirasi yang baik kepada anak-anak muda
sepatutnya
di Malaysia
mesti ada pemantauan dalam pembikinan sesebuah filem
kita pantau dan kaji sebelum
ada badan-badan yang bertanggungjawab dengan tegas
jangan ambil endah tak endah jeeee

ooooo
dunia yang kian menjadi sarang maksiat
jika kita tidak sama-sama membendung masalah ini berlaku
siapa lagi yang akan membendungnya?
bermula dari diri kita
kita laksanakan syariat Islam
ikutilah Al-Quran dan As-Sunnah
semoga mendapat syurga itu nanti....





Monday, January 13, 2014

Please silent your handphone

Assalammualaikum

Pernah dengar ke tidak
semasa kita menunaikan solat berjemaah
di masjid mahupun di surau
akan ada satu bunyi musical
yang sering mengganggu
perjalanan kita
menunaikan solat
dan apakah bunyinya?
haaaaaa
iaitu
bunyi ringtone
hp masing-masing

Cop2
sebelum kita menunaikan solat
kadang-kadang
imam ada menekankan
tentang ini
apa yang imam katakan?
di harap makmum semua dapat offkan henset atau tukar mode kepada mode silent
tetapi
masih ada juga yang berdegil
untuk tidak berbuat begitu
ataupun
dengan erti kita bersangka baik
terlupa

yurp
kita perlu hormat kepada jemaah2 yang lain
kene ambil serius
nampak seperti hal remeh temeh
tetapi mempunyai impak yang sangat besar
iaitu
kurang kusyuk ketika solat
dengan gangguan
muzik yang tidak menyenangkan
cuba bayangkan
ketika mana
kamu sedang menjawab soalan peperiksaan
tiba-tiba ada gangguan dari luar
tidak kisah gangguan apa
maka terjadilah hilangnya tumpuan
dalam menghadapi kertas peperiksaan tersebut
maka result kamu dalam exam tersebut
mungkin tidak mengikut
selera kamu (tidak mencapai result yang baik)


bahkan
ada juga antara kita yang mana
muzik-muzik yang dimainkan oleh hp
amatlah tidak sesuai
kadang-kadang berunsur
lucah dan taksub pada wanita juga ada

kepada ibu bapa juga
perlu mengambil perhatian
nasihat kepada anak-anak
tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak
jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan

ada cara lainkah
untuk sama-sama kita
mendisplinkan diri
untuk mematuhi peraturan
yang cukup mudah
tetapi
sukar untuk dilaksanakan

ok
begini dan begitu
bagaimana?
yerrr
kita kene mulakan dengan diri kita
kita tarbiayah diri kita
dengan bahasa lebih mudah
ajar, didik setiap masa
dan bagi para imam
ambil sedikit masa
untuk saling ingat-mengingat
mungkin ada di antara
para jemaah yang terlupa


k..bye


Sunday, January 12, 2014

Lazy

Assalammualaikum

Lazy
dan dalam bahasa melayu adalah malas
dan dalam bahasa arab pulak disebut sebagai al-kaslu
ehhhh
lupa pula nak bagi tahu yang lazy itu perkataan dalam bahasa inggeris
mesti semua tahu knknkn

ok
tahukah anda?
malas juga adalah satu penyakit?
ehhhh
yer ke?
(hahahaha)

bagi pendapat aku malas ini adalah salah satu penyakit
kenapa aku cakap macam ini?
sebabnya
sifat malas menyebabkan kita akan menunda akan sesuatu pekerjaan

let me give you some example (chewah hahaha):

"ain, tolong mak kupaskan bawang" sambil membelek2 samsung s3 yang baru dibelinya

lalu ain menjawab di dalam hatinya " malasnyaaaaaaaaaaaaaaaaa"

di sambung dengan "ok, baiklah kepada maknya"

2 jam kemudian

"ain da siap kupas ke tidak bawang?"

"opss, terlupa la mak"

ok..
nampak ke tidak permainannya disitu
sebelum itu
engkau orang faham ke tidak cerita ni
(hahaha)

begini ceritanya
daripada cerita tersebut dapat disimpulkan
yang sifat malas ini
boleh mendatangkan kepda sifat yang menunda-nunda
bila kita sudah mula menunda sesuata
maka setiap pekerjaan yang kita buat akan menjadi lewat
yang paling teruk
terus kita tidak buat pekerjaan tersebut

engkau orang tahu ke tidak munafik itu apa
yang banyak juga orang menyebunya
tidak kira di dalam berita,di dalam youtube dan media lain
apa definasi munafik itu?
kalau ikut pak cik google
munafik ini di sama ertikan dengan
mereka yang berpura-pura mengikut ajaran agama
namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hati

sifat orang munafik adalah bersifat malas
(opss)
faham-faham jer laaa
jika kita nampak jer diri nak start dengan sifat malas
cepat-cepatlah kita beristigfar
supaya dijauhkan dari sifat malas ini
takkan kita hendak meniru sifat-sifat orang munafikkan

bersesuaian dengan firmannya :



Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

(QS. An-Nisâ’ [4]: 142)


Rasulullah juga berlindung dari sifat malas
sesuai doa yang dilafazkan oleh Rasulullah
iaitu dari
Zaid bin Arqam radhiyallahu 'anhu
bahawasanya
Rasulullah s.a.w
bersabda :


اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa lemah dan malas, dari rasa takut, tua, dan bakhil. Dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur dan fitnah hidup dan kematian.”
sebenarnya
banyak intipati
yang tidak baik
apabila kita bersifat malas
jauhlah sifat malas
tanam sifat rajin di dalam diri
gunakan masa yang diberikan Allah
dengan sebaik-baiknya



ok....bye..



Sunday, January 05, 2014

Gunung Datuk

Assalammualaikum

Sehari sebelum pilihan raya
aku,abang aku dengan adik aku
merancang untuk mendaki ke Gunung Datuk
malam rancang
pagi itu terus gerak pergi ke Gunung Datuk

ini kali kedua aku mendaki Gunung Datuk
yang pertamanya ketika aku join event
Yam Tuan Antah Challenge
kiranya aku sudah ada pengalaman sedikit
berbanding abang dengan adik aku
memang nampak mereka agak keletihan
mungkin tidak cukup latihan

Cerita banyak pun tak gunakan
biarkan gambar yang berbicara

kelihatan awan yang agak mendung



Adik dengan abang aku

makanan dan minuman sebagai tenaga tambahan(hahaha)

kucing ini pun nak ikut sekali

comel gila kucing ini

mak dengan anak mungkin





sudah sampai kemuncaknya

sapa budak ini?

setelah mendaki hampir 2 jam,akhirnya sampai juga bermandikan hujan lagi..(haha)


ok bye...

Saturday, January 04, 2014

Mati

Assalammualaikum.

Berbicara tentang kematian
mesti di antara kita cuba mengelak
isu ini
kalau tidak seorang
mungkin 2,3,4,5,6,7,8,............

Apa yang dapat kita gambarkan pada pemikiran kita
jika kita berbicara tentang kematian?
menuju ke alam lain?
berseorang?
kebahagian?
seksa?
soal jawab?
dan macam-macam lagi

jab3
soal jawab?
soal jawab apa yer?
pernah ke engkau orang tahu tentang hadis yang membicarakan tentang soal jawab pada hari kiamat nanti

jom kita tengok sikit hadis ini
manalah tahu dapat menyentuh sedikit hati-hati engkau orang
tidak banyak, sedikit pun jadi
'Hidayah Milik Allah'


Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Mas’ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Tuhannya sehinggalah ditanya tentang 5 perkara :
Umurnya kemana ia dihabiskan?
Masa mudanya kemana ia dihabiskan?
Hartanya diperoleh dari mana?
Hartanya kemana ia dibelanjakan?
Ilmunya apa yang diamalkan?
(Riwayat At Tirmizi)
terasa takut ke tidak bila di tanya soalan yang sebegitu rupa?
baru 5 soalan ditanya
tetapi rasa tidak mampu untuk menjawabnya
soalan yang membunuh
lebih dasyat dari soalan-soalan Exam dunia ini

ok

berbalik kepada topik kita
mati
kematian
death
setiap benda yang bernyawa pasti akan mati
tetapi bagaimanakah
untuk kita hadapi kematian itu
apakah persediaan kita

mesti engkau orang da ada persedian masing-masingkan
macam-macam cara yang kita boleh buat
untuk merebut syurga itu
dan macam-macam cara juga
untuk kita merasa seksa neraka itu
mestilah kita tidak mahu merasa seksa neraka itu
seksaan Allah amatlah dasyat

ceritanya bermula begini
mesti engkau orang pernah tengok
pencetus ummah
hari itu peringkat separuh akhir rasanya
bilamana
PU kene bergabung
menyampaikan tazkirah masing-masing

sedang mereka sibuk memberi tazkirah
antara salah seorang PU
telah membicrakan
tentang hadis yang berbunyi seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya

(HR. Muslim no. 1631)

bila aku terdengar PU tersebut melafazkan hadis tersebut
tiba-tiba hati aku bergetar
minda aku mula mengorak langkah
berfikir tentang hadis tersebut
memikir tentang hikmah
disebalik hadis tersebut

ermmm????
daripada tiga amalan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w
anak yang soleh itu
aku tak kahwin lagi
maka tiada anak hendak mendoakan aku
kalau sedekah jariah itu
mana yang aku mampu
mana mungkin untuk menandingi Abu Bakar As -Siddiq
ilmu yang bermanfaat
mana-mana yang boleh kita kongsi
kita kongsi...ler

bersiap sediakah kita?
sob3

ok bye...