Wednesday, March 12, 2014

Hikmah di sebalik hilangnya MH370

Assalammualaikum

Bila hilangnya pesawat MH370
berbagai-bagai andaian telah diperlihatkan oleh manusia
berbagai rupa bentuk manusia yang muncul
pakar ekonomi muncul
pakar kapal terbang muncul
pakar agama muncul
dan berbagai-bagai pakar
hilangnya pesawat tersebut pada tarikh 8 Mac 2014
dan sudah tentunya
ia akan menjadi satu sejarah bagi rakyat Malaysia terutamanya
misteri kehilangan pesawat MH370

Berbalik kepada hikmah yang aku rasakan adalah
kita boleh lihat
bertapa lemahnya iman umat Islam di Malaysia (segelintir)
berbagai-bagai perkara khurafat yang muncul
seperti maharaja bomoh muncul dengan bubu dan teropong buluh kencing
pentafsir Al-Quran yang sesat
dan yang terbaru
tak tahu nak panggil apa
bomoh bawak kelapa dengan beg
macam-macam
entah apa lagi perkara khurafat
yang kita sendiri yang tidak tahu

Kita orang beragama Islam
tetapi kita tidak mengamalkan Islam dengan sepenuhnya
bahkan sesat lagi menyesatkan
bagaimana kita hendak berdakwah kepada non-muslim
kalau kita sendiri sudah menunjukkan contoh yang tidak baik
kita kena bersama-sama semula
mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya
jauhkan dari mensyirikkan Allah
kita sudah terlalu lama terlena
dek kesenangan yang kita perolehi
kita kene bangkit semula
semoga Islam terus subuh di seluruh pelusuk dunia....

"Semoga pesawat MH370 di jumpai semula dan selamat seluruh penumpang..Insya Allah"


"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."
[Riwayat Imam Ahmad]

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan