Assalammualaikum
di mana kita berada
ketika kita masih diberi peluang
untuk bernafas
lakukanlah kebaikan
kebahagian itu juga datang
apabila diri kita ini
memberi manfaat kepada manusia mahupun makhluk ciptaan Allah
membantu manusia lain meringankan beban
memberi nasihat dan teguran
tidak membiarkan saudara seIslam kita melakukan perkara mungkar
bukan bermakna kita mempunyai harta yang banyak
kita adalah seorang yang hebat
bukan bermakna kita mempunyai pangkat yang tinggi
kita adalah seorang yang hebat
tetapi
mukmin yang hebat
adalah mukmin yang paling bertaqwa di sisi Allah
bagaimana mana kita ingin mendapat taqwa itu
perkara paling mudah untuk mendapatkan taqwa
adalah dengan melakukan suruhan Allah s.w.t
dan meninggalkan segala kemungkaran....
lakukan kebaikan
walaupun hanya sekadar memberi makan kucing
kerana setiap kebaikan yang dikukan
mungkin dipandang tinggi pada pandangan Allah
ikhlaskan diri dalam melakukan kebaikan
niatkan kerana Allah....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan