Monday, December 30, 2013

Bangkitlah wahai umat Islam

Assalammualaikum.

Ini adalah salah satu idealogi yang dilihat oleh mata aku sendiri
aku cuba menilai dari segi mana kita lemah
dari aspek mana yang menyebabkan umat Islam dilihat mundur
terutamanya di Malaysia

aku tidak mahu melihat jauh
tidak mahu menilai negara lain
hanya mahu menilai pada negara Malaysia ini sendiri

seperti mana keratan akhbar
tidak kira surat khabar edisi mana pun
keluaran manapun
banyak menceritakan
kerosakkan orang kita
kemunduran gaya kita berfikir
kerosakkan akhlak
berpegang-pegang tangan
berpelukkan tanpa rasa malu
ada juga yang cuba menjadi orang barat
berciuman
berdua-duaan
beromen
merempit sana-sini
berjudi
minum arak
penagih dadah
pornografi amat mudah didapati
kerosakkan jiwa para remaja
mahupun kerosakkan jiwa para pak cik dan mak cik juga turut serta
mendendangkan gejala-gejala yang tidak sihat
menjadi firaun pada abad modern ini
menjadi hamba kepada harta benda
kemana hilangnya sifat kemanusiaan
sifat tamak yang menjadi-jadi
hasad dengki sana-sini
gejala buang anak
seks song-sang
yang cetek akal menjadi pemimpin
artis dipuja-puja
hiburan yang melalaikan begitu banyak sekali
perbalahan antara ustaz-ustaz
fitnah berluasa
percubaan menjadi nabi melayu
percubaan menjadi tuhan
mencuri serata Malaysia
peperangan
tipu daya berluasa
rasuah kian menjadi barah dalam masyarakat
yang kaya terus kaya
yang miskin terus berusaha
mencari sesuap nasi
di manakan nilai kemanusiaan
apabila kita melihat
ada di antara rakan-rakan kita
saudara seIslam kita
adik-beradik kita
jiran-jiran kita
mak ayah kita sendiri
mahupun berlainan agama juga
tidak mahukah kita untuk menghulurkan tangan
membantu?

KEGILAAN APAKAH YANG SEDANG BERLAKU INI?

Apa milik kita?
kita tidak punya apa-apa
semuanya milik Allah
semuanya adalah pinjaman semata-mata

tegur
jangan takut untuk menegur
apabila melihat kemungkaran
benci pada kemungkaran
jauhi maksiat
pelihara mata
pelihara pandangan dari maksiat
kerna
maksiat boleh menggelapkan jiwa
menyebabkan hati menjadi keras

hidayah itu milik Allah
jangan sombong ketika menegur
jangan memalukan seseorang ketika menegur
jaga aib seseorang
Allah akan menjaga aib kamu

pelihara lidah
pelihara mata
pelihara kemaluan
pelihara tubuh badan
pelihara telinga
pelihara setiap anggota badan kita
jangan pulak menjadi sebab turunnya musibah daripada Allah
jangan pula nanti menjadi sebab tercampaknya diri ini kelembah neraka

yang mana neraka mempunyai 7 pintu
begitu juga syurga mempunyai 7 pintu
pilihlah pintu yang bahagia
jangan pula dipilih pintu keseksaan

bacalah Al-Quran
fahami setiap kalam Allah
hayati dengan hati yang ikhlas
bacalah As-Sunnah
yang mana sunnah itu
sebagai pengukuh (ta'kid) terhadap ayat-ayat Al-Quran
sebagai penjelas terhadap maksud ayat-ayat Al-Quran
sebagai menetapkan hukum yang tidak disebutkan di dalam Al-Quran

bermula dari diri kita
barulah orang-orang yang terdekat
barulah negara kita
kita kene ubah diri kepada menjadi hamba Allah
menjadi hampa yang mengikut SOP
apa SOP kita
iaitu buku panduan kita
apa buku panduan kita itu
iaitu Al-Quran dan juga As-Sunnah

kita perlu menjadi contoh
tauladan yang baik
maka di situ
kita dapat memupuk
sifat mahmudah
insyaAllah
orang lain juga akan turut terkesan
lalu mengikut apa yang kita lakukan
contohi peribadi Rasulullah saw
akhlak baginda iaitu Al-Quran itu sendiri..


"HIDAYAH MILIK ALLAH"



k..bye






Kambing ku berlari gagah berani

Assalammualaikum.

Kali ini aku ingin berbicara tentang kambing
mungkin aku ada sedikit rindu pada kambing yang ayah aku pelihara
kerana semua kambing tersebut telah dijual
kalau kita tahu
kalau kita ingat
kalau kita selidik dengan baik-baik
Rasulullah saw pernah membela kambing
ataupun mengembala kambing
tidak kira milik keluarga ataupun mengambil upah mengembala kambing
secara tidak langsung ia telah menjadi sunnah
bagi orang yang mengembala kambing
wowww
dapat pahala sunnah kot
(hehehe)

sekarang ini
aku nak tunjukkan sedikit koleksi gambar kambing-kambing ayah aku

Jom kita layan:









Sebenarnya banyak jer gambar kambing ini lagi
lain kali aku upload lagi

ok..bye



Saturday, December 28, 2013

Cara-cara mengisi masa lapang

Assalammualaikum..

Hari ini aku hendak kongsikan sedikit tip bagi mengisi masa lapang tidak kiralah hujung minggu atau tidak
mana-mana yang sesuai bolehlah engkau orang ikut
mana-mana yang tidak sesuai dengan jiwa engkau orang
kau orang boleh letak tepi jauh-jauh
ataupun hanya sekadar membaca tip ini
ataupun hanya membaca buah fikiran aku yang tidak berapa nak macam jepun itu

boleh jadi tip ini agak pelik
boleh jadi tip ini agak ketinggalan zaman
boleh jadi tip ini melangkaui pemikiran engkau orang semua
boleh jadi tip ini hanya sekadar borak kosong semata-mata
boleh jadi tip ini boleh menyihatkan tubuh badan engkau orang
boleh jadi tip ini boleh mendatangkan wang
boleh jadi tip ini boleh menjadi penyebab kepada kebaikan
boleh jadi tip ini (banyak sangat boleh jadi daaa)

ok....

jom membaca tip ini dan hayatinya:

Yang Pertama

Membaca Al-Quran beserta maknanya.Bukan semua orang boleh buat,walaupun nampak mudah membaca Al-Quran beserta maknanya.Hayati setiap kalam-kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Yang Kedua

Membaca buku.Membaca lagi. Seperti mana yang kita tahu membaca ini dapat menambahkan pengetahuan dari tidak tahu kepada tahu. Lagi banyak membaca lagi bagus. Tetapi kena ingat pastikan bahan bacaan itu mempunyai kandungan yang menepati syariat Islam.

Yang Ketiga

Beriadah.Beriadah ini dalam erti katanya bersukan.Tidak kiralah sukan apa yang ingin engkau orang cuba.Sebagai contohnya jogging,futsal,berbasikal,badminton dan sebagainya.

Yang Keempat

Mengemas rumah.Tidak kiralah sapu sampah ke atau buang sampah.Mana-mana yang sesuai.Mengemas rak buku pun boleh

Yang Kelima

Membantu ibubapa.Berikan kasih sayang.Urut badan mak ayah itu! dan juga memudahkan urusan mak ayah.Macam-macam cara kita boleh membantu mak ayah.

Yang Keenam

Travel.Sesungguhnya melancong ini boleh membuka minda kita.Melihat benda-benda yang baru. Dari situlah kita boleh melihat keindahan alam ciptaan Allah. Kita juga dapat mengenal pelbagai kaum yang diciptakan Allah s.w.t supaya kita saling mengenal antara satu sama lain.

Yang Ketujuh

Membasuh kereta atau pun motorsikal.Bagi yang mempunyai kenderaan bolehlah membasuh motor supaya tidak nampak buruk pulak nanti.

Yang Kelapan

Menulis.Menulis adalah salah satu cabang untuk kita berdakwah.Tulisan juga mampu mengubah pemikiran seseorang dari negetif ke positive dan juga dari positive ke negative.Maka berhati-hati dalam menulis.

Yang Kesembilan

Tidur.Tidur ini aku tidak berapa hendak setuju sangatlah tetapi kalau memang sudah letih sangat tidur boleh menjadi ubat atau terapi diri.(wakaka)

Yang Kesepuluh

Mengisi masa lapang dengan keluarga.Tidak kiralah apa aktiviti, janji isi masa bersama keluarga semoga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Yang Kesebelas

Bermain permainan digital.Contohnya bermain PS.XBOX,komputer game dan sebagainya.Jangan bermain terlalu lama sehingga melalaikan.Kalau boleh hanya bermain dalam 1-2 jam sahaja.

Yang Keduabelas

Belajar memasak. Lebih diutamakan adalah perempuan, tetapi kalau lelaki hendak belajar pun apa masalahnya.Boleh jugak nanti bila sudah kahwin bolehlah tolong isteri memasak sekali gitu.

Yang Ketigabelas

Mendengar tazkirah ataupun majlis ilmu. Disitukan terletaknya taman-taman syurga.Jangan malu-malu hendak menghadiri ke majlis ilmu.Perkara yang disukai oleh Allah s.w.t.

Yang Keempatbelas

Jalan-jalan cari makan.Benda ini pun aku suka.Kita mencuba makanan yang pelbagai rasa.Etnik pun pelbgai. Semua etnik ada keistimewaan dia sendiri tetapi pastikan makanan yang kita makan itu adalah halal yer.

Yang Kelimabelas

Bermain muzik. Kita boleh mengisi masa lapang dengan bermain muzik. Tidak salah rasanya bermain alat muzik tetapi jangan sampai melalaikan perintah agama. Boleh jadi kita boleh berdakwah melalui muzik. Sebagai contoh penyanyi nasyid ataupun abang sham kamikaze.

Aku rasa itu jer kot..

Ok da..bye..











Monday, December 23, 2013

Si kura-kura

Assalammualaikum...

Pernah ke tidak pembaca semua mendengar cerita tentang si kura-kura dengan si arnab
cerita yang mudah untuk difahami
tetapi penuh ibrah(pengajaran) di dalam cerita tersebut

apa yang aku hendak sembang bukan cerita tentang si kura-kura dengan  si arnab
tetapi kura-kura yang abang aku jumpa
kura-kura tersebut dijumpai ketika abang aku pulang dari kerja
hampir-hampir dilenyek kereta ketika itu
abang aku datang menyelamatkannya(hahaha)

nama kura-kura itu belum diberi
tetapi aku sebagai adik kepada abang aku
mungkin ada sedikit kuasa veto untuk memberi nama pada kura-kura tersebut

ok....

nama kura-kura tersebut adalah si Kupit
apa macam
best ke tidak?
senang untuk disebut
lidah pun tidak terbelit-belit
hahahaha

kalau engkau orang  perasan
kura-kura ini mempunyai kulit luar yang keras(kulit ke?)
aku pun tidak tahu kulit ke apa
kalau aku..
aku panggil tempurung kura-kura
betul ke tidak itu tak pastilah
itu istilah yang digunakan oleh aku adalah tempurung kura-kura

tetapi bila aku google info tentang kura-kura
badan yang keras itu dikenali sebagai kerangka
istilahnya adalah kerangka bukan tempurung k (malu sekejab)

apabila difikirkan semula
ada fungsinya kerangka tersebut
seperti yang kita tahu kura-kura ini bukanlah haiwan yang pantas
untuk melarikan diri dari musuh
maka disini kita dapat melihat yang kerangka tersebut mempunyai fungsi yang sangat hebat
sebagai pelindung untuk kura-kura
bila ada musuh yang menyerang atau mengganggu
kura-kura tersebut akan memasukkan dirinya ke dalam kerangka tersebut
ini adalah kelebihan yang ada pada kura-kura

setiap makhluk yang diciptakan Allah s.w.t mempunyai kelebihan masing-masing
mana mungkin ia diciptakan dengan sia-sia
termasuklah kesemua alam semester

seperti mana yang disebut di dalam Al-Quran:

A190

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

 [Ali ‘Imran/3:190-191]


seperti biasa aku nak tunjukkan sedikit gambar si kupit dan juga video si kupit :





itu dia gambarnya

dan videonya



kkbye...

Saturday, December 21, 2013

Cadangan hadiah kahwin

Assalammualaikum....

Ini satu kes yang memeningkan kepala aku
kena memerah otak yang geliga ini
memikirkan hadiah yang sesuai untuk kawan akak aku yang hendak mendirikan rumah tangga
dia punya kawan
aku pulak kena fikirkan
part yang paling best sekali
bila dia suruh aku pergi beli
tetapi apa ada hal
kecik punya hal
boleh settle bro
lu kan engineer
(hahahaha)

Bila aku fikir-fikirkan balik
biar hadiah itu sesuai digunakan oleh kedua-dua belah pihak
tidak kiralah lelaki mahupun perempuan
kan itu lebih cun(lebih baik)
kalau bagi dekat hadiah dekat pengantin perempuan
pengantin lelaki pun boleh menggunakannya
dan sebagainya

Ini adalah list-list hadiah yang aku rasa sesuai diberikan kepada mempelai pengantin:

1) Set pinggan mangkuk (yang ini biasa orang bagi)
2) Set sudu (biasa gak)
3) Set cawan (biasa gak)
4) Langsir
5) Selimut
6) Set DVD Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau ceramah-ceramah agama yang lain
7) Frame gambar
8) Cadar katil
9) Set pisau
10) Periuk dan kuali
11) Barangan elektrik(iron baju,blender,etc)
12) Buku (yang paling aku rasa nak bagi)
13)Thermos
14)Jam bingkai
15) Frame ayat-ayat Al-Quran
16) Rak buku
17) Dapur Gas
18) Sejadah
19) Set baju tidur
20) Lesung batu
21) Penimbang berat badan
22) Alatan bersukan (dumble,etc)
23) Tupperware (bekas simpan makanan)
24) Cermin
25) Rak buku atau rak kasut
26) Mangkuk tingkat

dan macam-macam lagi laaa
lagipun akak aku sudah memberi tahu tentang bajet hadiah itu
tidak melebih dari RM 50.00
tetapi aku terlebih bajet sedikit
sikit jer
tidak banyak manapun

apa yang telah aku beli ialah termos
aku rasa termos ini kegunaannya lebih lama
lebih tahan lama,lasak,sesuai di bawa ke mana-mana
yang pastinya membawa manfaat kepada si pengguna
semoga mendapat redha Allah

rancanglah hadiah apa yang patut dibeli
jangan main beli jer (hahaa)
Kita merancang,tetapi Allah adalah sebaik-sebaik perancang

Seperti mana yang disebut di dalam surah Al-Anfal ayat ke-30:

A030

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya


Hadiah yang telah siap dibalut:








Friday, December 20, 2013

Oh my menteri-menteri

Assalammualaikum

Seiring dengan kenaikan harga minyak di Malaysia
hampir keseluruhan harga barang naik
termasuklah makanan harian kita

kalau kita lihat
bila harga minyak turun
harga barang-barang lain tidak akan turun
itu adalah beban yang ditanggung oleh rakyat
bukan pada kerajaan

kenapa mesti perlu naikkan harga minyak?
dan bukan benda lain?
ataupun kurangkan kadar belanja menteri-menteri
kurangkan hiburan yang melalaikan di Malaysia ke
apa-apalah
janji bukan menaikkan harga minyak

arghhh
xfaham aku politik ini
xfaham aku politik dekat Malaysia ini

(bah kata jambu MLM)
pening3

Apa yang naik?

ayam
sayur
ais
tambang moneral,lrt,bus,taxi
tol
gula
petrol
diesel
elektrik
dan sebagainya

sesuai dengan kenaikan harga minyak
ramai peniaga juga turut serta
menaikkan harga jualan masing-masing
gaji tidak naik
tetapi barang-barang keperluan naik

arghh
aku pun xfaham
dengan kerajaan yang memerintah sekarang ini
seperti perpatah melayu
'sudah jatuh ditimpa tangga'

manusia semakin ramai
persaingan mencari kerja semakin sukar
banyak  fresh graduate yang menganggur
belajar lama-lama,tetapi peluang mendapatkan pekerjaan pun semakin nipis

kadang-kadang kesian pulak pada orang yang menyokong parti tersebut
ingin dilhat memudahkan rakyat
tetapi sebaliknya
menyusahkan rakyat

politik pada dasarnya
adalah benda yang baik
politik sepatutnya membantu masyarakat menyelesaikan kemelut masalah yang mereka hadapi
kalaulah politik itu bertindak balas menjadi kepada keburukkan
aku rasa
itu bukan politik
itu adalah satu jenayah
jenayah yang lebih kejam

apa kata menteri kita:

Bila harga gula naik dikatakan untuk mengawal penyakit diabetis
Bila tol naik dikatakan guna jalan biasa
Bila ayam naik disuruh makan daging
Bila minyak naik dikatakan rasionalisasi
Bila tambang LRT naik dikatakan masih termurah di dunia
Bila harga sayur naik dikatakan tanam sayur sendiri
Bila harga elektrik naik dikatakan.......

Kadang-kadang tengok menteri ini komen
macam budak sekolah rendah punya jawapan pun ada
kadang-kadang terfikir
apa kelayakan dia menjadi menteri
layak ke digelar menteri?

Aku harap sangat pemerintah yang zalim
dapat berubah menjadi insan yang berdiri di atas ajaran Islam
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
dan juga banyakkan dekatkan diri dengan agama Islam
dekatkan diri dengan Allah s.w.t
semoga mendapat taufiq dan hidayahnya...


Seperti mana kata-kata Mahatma Ghandi yang cukup popular:

"To fight for the people,You must live like the people.Then you know their heart and needs."

Begitulah dengan pemimpin kita
memang mereka tidak akan rasa
apa yang rakyat di bawah rasa
jikalau mereka tidak merasa kesusahan yang dihadapi rakyat
jikalau mereka tidak pernah hidup seperti rakyat yang susah
bagaimana cara mereka mendapatkan rezeki
bagaimana mereka meneruskan kelangsungan hidup
bukan hanya pandai berkata-kata
bermadah pujangga dan sebagainya

tiba-tiba aku merasakan negara Malaysia patut mengubah sistem pemerintahan
dari sistem demokrasi ke sistem KHALIFAH
kan lebih berkat di situ
kita ikut cara sistem pemerintahan Islam dan bukannya sistem pemerintah yang diciptakan oleh orang barat iaitu sistem demokrasi
'tepuk dada tanya Iman'
ermmmm

haaaaaaaaaaaaa
REFORMASI
(hahahahaha)

kbye...


Monday, December 16, 2013

Memberi bukan memiliki

Assalammualaikum..

Mengambil ungkapan dari

Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin
mengatakan:

Nilai kita bukan apa yang kita ada
Tetapi nilai kita apa yang dapat kita berikan

Ungkapan di atas sungguh jelas
sudah terang lagi bersuluh

betul!!!! kita kene mengubah diri kita
bukan sekadar memiliki tetapi memberi apa yang kita miliki
bukankah itu sesuatu sifat yang lebih terpuji
yang lebih disukai Allah

seperti mana hadis yang menyebut:

Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya,  “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”

memberi tidak semestinya dengan harta benda
kita juga boleh memberi dengan ilmu pengetahuan
tidak salahkan kalau kita hendak mengajar kawan-kawan kita
tentang ilmu dunia bahkan akhirat sama sekali

pernah ke tidak masa kita berada di zaman persekolahan
atau pun zaman ketika menuntut di Universiti
kita terdengar ungkapan seperti begini:

"kedekut ilmu"
"sombong belajar sorang-sorang"
"tanya sikit pun xboleh"
"tak tahu(malas nak ajar)"

macam-macam lagi laa kan
mesti pernah dengarkan

tetapi itulah hakikatnya
hakikat sebuah kehidupan
bila timbul perasaan
pentingkan diri
pentingkan kejayaan sendiri
tidak mahu berjaya bersama-sama
lupakan orang lain

dan

amatlah rugi bagi orang-orang yang kedekut ilmu
sedangkan ilmu Allah itu amatlah luas
kita hanya sekerdil hambanya

apakan daya
kita hanya manusia biasa
yang mampu kita buat
kita kene bersangka baik
dengan kawan-kawan kita
dengan sesiapa pun sahaja
jangan sampai memutuskan silaturrahim
seperti biasa
mesti ada hikmah disebaliknya berlaku

kadang-kadang
ada juga kawan-kawan kita yang memang tidak mengetahui
yang mana berusaha bersama-sama kita untuk menyelesaikan masalah
apa-apa jenis masalah yang kita hadapi
yang pentingnya
niatnya yang cuba bersama-sama untuk membantu kita
kan itu lebih mulia
berusaha membantu orang lain yang dalam kesusahan

kadang-kadang
kita kene faham
kadang-kadang kita menolong orang lain
yang sebenarnya kita menolong diri kita sendiri

mungkin dengan sebab kita membantu orang lain
segala urusan kita dipermudahkan
siapa tahu
ini semua kerja Allah

jangan pentingkan diri
kebiasaannya orang yang pentingkan diri ini
hatinya sempit
hati susah nak rasa lapang
nampak orang lain
pandang serong
pandang negative
bahkan jauh dari kebahagian

maka ubahlah diri kita bersama-sama
semoga kita tidak tergolong
dalam kalangan orang yang mementingkan diri

Amin...






Sunday, December 15, 2013

My lovely Ex 5

Assalammualaikum..

hari ini aku nak bercerita sedikit tentang motor kesayangan aku ini

buat hal pulak dia

masa aku xda duit juga dia nk buat 

Tetapi tidak mengapa

mesti ada hikmahnya

kita sebagai orang yang beragama Islam

kene sentiasa bersangka baik

Allah akan menggantikan sesuatu dengan lebih baik

peristiwanya berlaku

ketika aku baru pulang dari kerja part time

harap maklum laaa

duit elaun xmasuk lagi

sengsara seketika juga laaa

nak cari duit

duit nak makan,bil2 semua

dengan harga makanan semua daa naik

duit petrol naik

ikat perut la jawabnya

ok

semasa aku hendak pulang

malam itu memang aku press minyak total

nak cepat laa kan

hari da jauh malam

perjalanan masih panjang

memang laa aku bawa motor laju selaju yang boleh

otw naik ke satu jalan yang inclined,,mungkin dalam 30 degree maybe

tiba-tiba motor yang aku naiki kekurangan kelajuan

seakan-akan rantai mula ketat sebab da lama xadjust rantai?minyak hitam berkurang?

entah

macam-macam andaian yang aku buat

makanya

aku pun membawa motor pada kelajuan yang sesuai

slow pun slow laaa

janji sampai

kelajuan masa itu

dalam lingkuangan 60 km/h

sesampai jer dirumah

aku terus masuk rumah

malas nak fikir fasal motor

bila penat badan

rasa nak rehat-rehat jer

paginya

baru la aku check motor aku

apa masalah yang berlaku

bunyi engine motor pun makin pelik

aku cuba start motor

masyaAllah

berasap motor aku

hahaha

lepas tu

dekat kelas

aku tanya member aku aidil

fasal apa yang berlaku

dia cakap

asap yang keluar tu

asap minyak hitam

mungkin valve motor aku da terbakar or bocor

then

balik rumah jer

aku terus check minyak hitam motor aku

ternyata 

memang benar

minyak hitam motor aku da berkurangan

arghhh

hahaha

masalah sudah maiiii

buat masa ini

aku xhantar dekat kedai

sebabnya aku tahu cost nak baiki motor aku itu
mesti mahal harganya

sebagai solution yang sementara 

aku hanya tambahkan minyak hitam semula

sementara menunggu duit elaun masuk

'Ya Allah permudahkan urusanku jangan dipersulitkan Ya Allah'

dekat bawah ini aku ada sediakan sedikit sedutan video kerosakkan motor aku

kalau waktu pagi

memang kita akan nampak dengan jelas asap berkupul-kupul keluar dari motor aku

video ini aku ambil ketika waktu tengahari

lihat dan perhatikan...





Gunung Berembun

Assalammualaikum..

di sini aku hanyalah ingin menyampaikan sebuah coretan hidup yang bersahaja

yang aku mampu hanya ingin berkongsi

sebuah pengalaman

sebuah bibit-bibit cerita

yang seakan-akan panjang tetapi tidak panjang mana pun

(hahahahaa)

lemah

di buai ayat-ayat

yang mengelirukan

memeningkan

seakan-akan

malas ingin bercoretan

biar gambar menceritakan

apa yang berlaku di sana

mungkin ada juga mengikuti perjalanan tersebut

mungkin hanya terdengar cerita

mungkin hanya memandang

dan sebagainya

kecewa

sedih

pilu

apabila

tidak mampu untuk 

sama-sama mengambil

gambar ketika berlakunya

peristiwa tersebut

hujan

seakan-akan

cuba menghalang

tetapi apakan daya

mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku

let go to the main topic 

yang sebenarnya

aku nk share

gambar-gambar

semasa aku join climbathon dekat gunung berembun ni

secara keseluruhannya

seronok laa

join climbathon ini

dengan budak2 URC(Uitm Runner Club's) dgn budak2 kresma

aku enjoy

sangat mencabar

cuma yang kecewanya

xsempat nk shoot gambar masa event

sobs3

ini ada beberapa gambar dari page fb Terengganu Mount Berembun Challenge







gambar sebelum bermulanya larian

gambar yang di bawah ini yer

cuba cari aku yang mana

haha

kalau jumpa

memang aku respect



jom mengembara

lalalala

bermula peperangan










View dekat sini pun memang cantik

itu lah

yang xpuas hati

tak dapat nak naik sekali lagi

nak ambik gambar sendiri

sebabnya

hujan da mula turun

masa event pun

da mula hujan renyai-renyai

lagi pun

memang da penat sangat

kaki cramp dekat atas lagi

makanan tenaga yang tak mencukupi

air xcukup

minum air terjun jer

jumpa air

terus minum

tanpa ada rasa

was-was

haha

ok

sekarang ini

gambar after event

yang ini

barulah

gambar aku dengan member aku shoot

let go

to see what we have























hakikatnya...

memang rasa nak naik lagi sekali

mungkin 5 tahun akan datang

banyak gunung lagi ingin ku daki

kehkeheh

semoga impian aku tercapai...

mount Kinabalu

in 2014

amin...

ok..sampai sini sahaja

sekian..

terima kasih....

ops lupa nk bagi tahu

tarikh peristowa ini berlaku pada 16.3.2013

saja mahu bercerita semula....



Saturday, December 14, 2013

Jom berjemaah

Assalammualaikum..

nampak senang

tetapi susah nak buat

aku pun xfaham kenapa

kadang-kadang

aku sendiri pun malas nak buat

buat apa

solat berjemaah

agak-agak laa

mana silap kita

aku sendiri pun masih memikirkannya

sedangkan

kita tahu

yang solat secara berjemaah ini

banyak keuntungannya

malahan tiada keburukkannya

arghhhhh

jom berdoa

semoga kita diperlembutkan hati

supaya mampu

untuk solat berjemaah

'Ya Allah tetapkan hati-hati kami ke jalan yang lurus,jalan yang diredhai mu, jalan yang mampu membawa kami ke syurgamu'

Amin...

Friday, December 13, 2013

Badminton time..

Assalammualaikum..

penat

tangan main badminton

rasa lemah je tangan ni

baru main 4 set game

tangan da lenguh2

tangan da sakit2

rasanya

kene training tangan

bagi tangan kuat sikit

mungkin kene push up

kuatkan tangan yang lemah ini

baru seronok main badminton...

hehehe

ok daaaa

bye

Assalammualaikum...

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13

Assalammualaikum

sekali lagi

baru jer post fasal tentang rindunya mendaki

tetiba jer baru perasan

hari ini

11.12.13

tak ada apa pun yang istimewa tentang tarikh ini

mungkin pada angka

istimewa la kot

peristiwa penting hari ini?

wow

mungkin cik ta kawen

sapa cik ta tu?

artis

tu jer pun

bukan istimewa mana pun...

ops

silap

bukan kawen

majlis berinai jer..

ops

mungkin silap lagi

bukan tarikh 11.12.13

tetapi semalam

wakaka

apa pun xboleh daaa.

ok

tu jer gossip

haha

tata

Assalammualaikum..






Hiking,Climbathon...wa rindu sama lu..

Assalammualaikum...

Rasanya sudah lama aku tak mendaki gunung

Paling latest pun aku da lupa

Rindu juga nak join climbathon

Mungkin 22 Disember 2013

aku akan join climbathon

dekat mana?

ok

dekat jer

dekat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan dekat mana?

dekat gunung Angsi..

bila aku google

Gunung Angsi ini

Tak tinggi mana pun

boleh kot kalau nak mendaki suka-suka

tetapi kita tengok nanti

cabaran apa yang akan aku hadapi dekat sana

semoga mencabar...

icecececeh..

ok daaa

bye

Assalammualaikunm


Saturday, August 10, 2013

don't give up...

Bismillah,

Assalammualaikum,

Ini bukan cerita aku,aku ambil dari forum-forum tentang pekerjaan oil n gas..tetapi menarik..jom baca..



2009 is right tots.

i was once working at malay kilang as engineer cap ayam. 1.5 half years enduring pain. now i am oil n gas engineer.:)

think positive bro. think that they (ong managers) are loser if they do no want to hire u. :) keep on searching and applying while learning the best you can at current place. 

ko igt lagi tak tots aku bukak thread aku kerja kilang kat meru dulu? hehehe. 2009 dulu pun start ngan keje kompeni kilang gak. mmg ada orang start2 keje dah gempak gile, tapi tak semua tots. believe me tots, pengalaman sukar akan lebih byk membantu ko bangkit. gud luck bro!:kopi:

aku terpaksa setuju dengan korang berdua...
aku pulak asalnya dari academic... sekarang walaupun tak direct dengan ong, but at least join kontraktor construction untuk ong sebagai HSE exec.. 

jadilah..

mana la tau kot ada rezeki pas ni masuk jadi client pulak ke...
yang penting tak mengalah dalam berusaha, doa dan tawakkal :)

i was once working at malay kilang as engineer cap ayam. 1.5 half years enduring pain. now i am oil n gas engineer.:)

think positive bro. think that they (ong managers) are loser if they do no want to hire u. :) keep on searching and applying while learning the best you can at current place. 

ko igt lagi tak tots aku bukak thread aku kerja kilang kat meru dulu? hehehe. 2009 dulu pun start ngan keje kompeni kilang gak. mmg ada orang start2 keje dah gempak gile, tapi tak semua tots. believe me tots, pengalaman sukar akan lebih byk membantu ko bangkit. gud luck bro!:kopi:

Aku tak keje kompeni kilang laa dulu... 

Aku keje lagi hina kot masa tuh, dimata bebudak batch aku... :frust:

First job lepas abis belajar: Keje kat forwarding company, jadi tukang angkat/packing barang. Gaji hari. First day, flat habis sebab lapar/dehydrated... Cuba la korang isi barang kat dalam trailer panjang masa matahari dok atas kepala... Tahu la nanti, langit tu tinggi ke rendah...


Second job: Dapat jadi sales engineer. Ni aku selalu consider as 'zaman gelap'... Ketuk pintu kilang-kilang kat area Shah Alam, Klang, Port Klang (Northport) and PJ. Gi jual and market some stupid valves, tanks etc. Kena maki ngan racist boss aku everyday... Everyday for the whole 2 months, dia panggil aku ngan kawan aku 'You two stupid monkeys!'... Sabar je la selama 2 bulan, sebab pikirkan duit yang cuma masa tuh less than gaji cikgu sekolah. (yes, gaji aku murah gilaa... tapi aku ambik gak job sebab nak breakthrough... gaji cukup makan je walaupun ada degree... budak technician lagi banyak duit dari aku. Aku kena pikir bayar study loan lagi... 

Ye la, aku tak dapat scholarship sebab dulu tu aku ni consider as taraf bodoh kot. Belajar pakai loan beb... Tapi dapat gak jadi Top 3 student dalam course aku... tapi memang takde keje sebab compete ngan those yang ada scholars, those yang ada cable, those yang balik overseas... Kekadang tu dok termenung rasa cam dunia ni gelap je, sebab tu ni aku consider as 'zaman gelap'... (Btw, aku berenti sebab aku nyaris nak belasah boss racist tu and nak gi bakar kereta dia... so sebelum jadi kes polis, baik aku berenti... Hahaha!)

Pastu member aku suggest gi join oil and gas industry. Masa tu email takde (tak mampu pasang kat rumah nenek aku)... So resort to snail mail. Aku print-out dekat 80 keping application letters with full CV. Aku pos je kat mana-mana address yang ada kat luar KL. 

Bagi yang kat KL, aku naik bas gi KL. Jalan kaki almost the whole KL, sending CV one by one to those companies be it operator (cam Murphy, Lundin etc) or even small seller/agent jual O&G equipment... Gi mintak jumpa HR Manager or even letak je CV kat receptionist, pesan kat dia suruh kasi kat HR. Mana yang tak leh nak lepas security/receptionist (macam kat Petronas Twin Towers tuh), aku pos kan... Security situ keras sikit. 

Teringat lagi masa hantar CV kat one company tu, aku dapat lepas kat security, tapi bila nak jumpa HR Manager tuh, receptionist tu pandang lekeh je kat aku... Tapi aku tebalkan je muka. 

Finally aku dapat job kat O&G, syukur sangat-sangat. Ada la few big companies call for interview, and aku secure one job. Arwah nenek aku happy je masa aku bersorak lepas dapat phone call job offer tuh... (Mak Bapak aku pun happy gak, tapi diorang tak dok ngan aku, aku dok ngan arwah nenek, so kat dia je la yang aku dapat celebrate jap)... 

Tapi masa tu O&G tak top, masa tu yang top ialah Electrical Engineering, Computer Engineering/Science, Civil etc... Semuanya part IT, computer or construction... So aku yang gi dok offshore untuk training ni dipandang rendah je oleh some of kawan-kawan aku... Kononnya keje taraf kuli je... Takpe la, rezeki aku kat situ. Proud to be oilfield thrash! 

Ada sorang kawan aku selalu support aku, first day aku gi join O&G, malam sebelum tu, dia datang rumah kasi aku pinjam RM100... Tau je dia yang aku dah takde duit langsung... So aku tekad yang aku takkan kalah...

So for years la, aku cuba survive dalam oil and gas... Dari offshore, dapat masuk ofis. Pastu gi oversea keje sana-sini... Dok offshore balik for few years, and balik ofis balik. Tukar companies. 

Ada few pahit manis... :frust: :hohoho:

Gaduh ngan HR. Nyaris kena backstab by some people. Having a very good boss/mentor. Nenek meninggal masa aku kat Vietnam, cuma sempat sampai masa orang dok tahlil. Tak sempat balik tengok bapak aku kat hospital lepas dia accident patah kaki (Twice! Both time aku tak dapat balik/takde...). 

Jadi one of the youngest achiever at my own small line of duty... Having assets more than what I can even imagine di 'zaman gelap' dulu... Income tax aku kat Malaysia ni (masa aku dok Malaysia) every month tu boleh bayar gaji sorang budak engineer muda... Alhamdulillah... Sekarang ni aku berani cakap camni je la 'keje carik aku'... Of course la aku carik kerja gak, tapi problem aku sekarang ialah nak choose mana satu job yang aku nak accept... Sekarang aku nak blah and gi job lain plak, and I got few offers yang aku tak tau mana nak pilih... Sorry la, kalau ni bunyi cam bongkak... Cukup la takat nih. Hehehe!

So bro, DO NOT GIVE UP! Kalau budak kampung yang dok belajar kat local U ni, yang tak dapat scholarship ni boleh buat, KAU MESTI BOLEH!

As I have always mentioned to all my trainees and younger generation of engineers/supervisors, "You guys the new generation are much smarter than me when I was your age..." They have all those technologies, networking etc... Information at their finger tips. The systems are there to assist them, what are their excuses? 

Cukup la cerita kisah lama nih... Kang aku nangis sorang-sorang plak kat ofis nih... :hohoho:

Thursday, August 01, 2013

Zulhuzaimy - Merah (OST Bunga Merah Punya) Chord


Bismillah,

Assalammualaikum,


Intro: G D C

G D G Indah harumnya bungaku C D G D merah dikelopak madu G D G tanya hati siapa mahu C D G bila cinta diam membisu C D G F# Em Kau bunga yang penuh durinya C D G G7 ku selalu memuja... C D G Bm Em Biarpun terluka diriku C D namun bungaku tetap dihati G G7 selalu... C D G F# Em Kau bunga yang penuh durinya C D G G7 ku selalu memuja... C D G Bm Em Biarpun terluka diriku C Cm namun bungaku tetap dihati G D selalu... C Cm namun bungaku tetap dihati G selalu..

Wednesday, July 31, 2013

Sampaikan Rindu Chord (Bunga Merah Punya)

Bismillah,

Assalammualaikum,..

Dm E Am
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku 
Yang hilang pastikan bersatu 
Oh sayang di dalam mimpimu

Dm E Am
Oh bulan sampaikan rinduku
Oh bintang kirimkan cintaku 
Yang hilang mungkinkah bersatu 
Oh sayang di mana dirimu 

E Am
Malam ini aku sendiri 
Menanti dan terus menanti 
Malam ini aku sendiri lagi 
Menanti dan terus menanti 

Dm G C Am Dm E Am
Usah ditangis lagi 
Usah dirindu lagi 
pasti kita bertemu nanti 
Usah ditangis lagi 
Usah dirindu lagi 
Pasti kita bertemu pasti 

Dm E Am
Pejamkan matamu kasih

Sunday, July 28, 2013

10 Malam terakhir Ramadan

Bismillah,

Assalammualaikum,

Cepat sungguh masa berlalu
begitu juga berlalunya waktu-waktu di bulan Ramadan
hanya tinggal beberapa hari lagi
sebelum berakhirnya bulan Ramadan pada tahun ini
adakah kita akan dipertemukan pada bulan Ramadan pada tahun hadapan?
tanya iman di hati...

Berbalik pada tajuk di atas ' 10 Malam terakhir Ramadan'
apakah yang kita akan lakukan
apakah tindakan kita
masih berusaha meningkat iman di hati?
masih berusaha membaiki bacaan Al-Quran kita?
masih berusaha mendekatkan diri kita pada Allah?
masih berusaha terus sujud dengan Ikhlas kepada Allah?
masih berusaha menjadi muslim dan muslimin yang diredhai Allah?
masih berusaha tegak berdiri menunaikan solat terawih yang hanya hadir pada bulan Ramadan?
tanyalah diri anda
muhasabah diri anda....

Carilah Lailatul Qadar......
kerana Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan
seperti mana yang dinyatakan di dalam Al-Quran:

A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Maka jangan di sia-siakan peluang dalam mencari Malam Lailatul-Qadar
mana mungkin usia kita akan mencapai sehingga 1000 ribu bulan
kecuali dengan keizinan Allah
Beusahalah wahai hamba Allah
dalam mencari Malam Lailatul-Qadar
gandakan usaha berkali-kali ganda...

Friday, July 26, 2013

Remember Allah

Bismillah,

Assalammualaikum,

Ingatlah pada Allah pada setiap masa

Ingatlah pada Allah walaupun di mana kita berapa

Ingatlah pada Allah ketika kita susah

Ingatlah pada Allah ketika kita senang

Ingatlah pada Allah ketika kita sihat

Ingatlah pada Allah ketika kita sakit

Ingatlah pada Allah ketika gembira

Ingatlah pada Allah ketika kita sedih

Ingatlah pada Allah pada setiap perbuatan kita

Ingatlah pada Allah

ketahuilah Allah berada dimana-mana sahaja

ketahuilah Allah melihat segala perbuatan kita

ketahuilah Allah mendengar perbualan kita

malulah kepada Allah

malulah kepada Rasulullah

ketika kita melakukan maksiat

berusahalah pada diri

berdoa kepada Allah

agar kita dijauhkan diri

dari melakukan maksiat

dari kufur kepada ayat-ayat Allah....

Ingatlah pada Allah......

Tuesday, July 09, 2013

ahlan wa sahlan ya Ramadhan..2013

Assalammualaikum...

yeah bulan Ramadhan sudah datang kembali

dan pastinya kita akan berebut-rebut untuk mendapat kenikmatan pahala yang dijanjikan di bulan Ramadhan

insyaAllah....

yurp,yang pasti

jangan kita sia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini

belum tentu lagi kita mampu di pertemukan pada tahun hadapan

adakah kita masih wujud atau sebaliknya

maka

sama-samalah kita membuat amal soleh yang terbaik di bulan yang mulia ini

semoga Allah s.w.t akan menerima segala ibadat kita

insyaAllah.....

If you had your last Ramadhan in this year, what would you do?


Sunday, April 28, 2013

Kenapa Aku tidak UPLOAD

Assalammualaikum...

aku ada kamera
jenama canon 1100D
kalau ada event
event larian,naik gunung,berbasikal dan lain-lain
aku akan tangkap gambar
tangkap gambar persekitaran,orang,object dan lain-lain
macam-macam gambar aku ambil
aku cuba mengambil gambar
yang tidak mengaibkan seseorang
kadang-kadang orang tanya
'kenapa tidak upload gambar dekat fb'

jawapan aku senang
sebabnya
aurat kamu terdedah
jika aku upload gambar yang mendedahkan aurat
aku dapat dosa
kamu pun dapat dosa
tetapi yang pasti
dosa aku paling besar
sebabnya
aku yang upload
aku yang menunjukkan dosa itu

disebabkan yang demikian
aku akan pilih gambar
yang mana patut diupload
semoga semua umat islam akan menutup aurat dengan sempurna
semoga gambar-gambar yang aku upload
gambar yang diredhai Allah..(AMIN)



Sunday, March 17, 2013

Terpaut

Kalau kita lihat

kalau kita mengerti

makna terpaut itu

adalah seperti

tersangkut

tertambat atau

terpaku

apa yang aku ingin ceritakan

aku terpaut pada sesuatu

bukan pada manusia

tetapi pada lagu

lagu apa

lagu 

don't forget Allah

agak-agaknya

siapa penyanyi

biar aku tolong jawabkan

penyanyi dia adalah 

.....Farid Sanullah......

di sebalik lagu ini

ada seseorang memperkenalkan lagu ini pada aku

mizi,mizi,mizi

cuba dengar lagu ini

I....... suka dengar lagu ini

dia bagi aku dengar melalui earphone

dia dengan aku dengar

dia pun menyanyi dengan gembira

senyum-senyum pandang aku

cuba teka lagu apa

mizi tidak tahu..(^_^)

ok...

dia buat aku gembira sekejab

hehe...

aku suka berkawan dengan dia

siapa kenal dia 

mesti akan suka berkawan dengan dia juga

di bawah ini adalah lirik lagu 

don't forget Allah

penuh bermakna lagu ini

selamat mendengar

dan hayati....


you're down and out
you just cant cope
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
whoever you are cos he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah
lets flashback lets backtrack
to a time like yours and mine
The story of the threewho long to be
to be free of their misery

To the poor he opened the doors
gave him plenty of His bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillahyou're down and out
you just cant cope
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way

Tuesday, March 12, 2013

Pengharapan

lihat pada alam

lihat pada tumbuh-tumbuhan

lihat pada manusia

lihat pada dunia

lihat pada alam semester

di manakah kita

siapakah kita

di manakah kita berada

apa pengharapan kita

di manakah letaknya pengharapan kita

pada manusia

pada ubat

pada haiwan

pada teknologi

pada apa lagi

...............................................

sebenar-sebenar pengharapan

adalah pada tuhan kita

siapa tuhan kita

Tuhan kita adalah Allah

Allah yang maha esa

bila kita letak sepenuhnya pengharapan pada Allah

pasti kita tidak akan kecewa dengan apa yang berlaku

kerana apa

kerana kita letak pengharapan pada Allah

bila kita letak pengharapan kita pada Allah

di situlah keredhaan yang akan kita perolehi

Allah tidak akan mengecewakan kita

biar di dalam hati kita sentiasa mengingati Allah

sentiasa mengharap pengampunan Allah

semoga kita berjumpa di Jannah.....

Amin..





Saturday, March 09, 2013

Run is the part of my life

Berlari adalah salah satu dari kehidupan aku

sejak dari kecik

sejak aku mula belajar berjalan

sejak aku mula menguatkan langkah

sejak aku mula kenal erti kepenatan

sejak aku mula teruja untuk menerokai dunia

sejak aku mula belajar ingin tahu 

sejak aku mula kenal cinta

sejak aku mula mengenal hidup  

sejak aku mula mempelajari ilmu

sehingga sekarang

berlari adalah satu dari kehidupan aku

aku terus berlari

berlari untuk mendapat redha Allah

berlari untuk menyehatkan badan

berlari untuk menguatkan jiwa

berlari untuk tidak kenal erti putus asa

berlari untuk mencuba apa pun yang halal

berlari tanpa had

berlari di atas permukaan bumi Allah

di gunung

di bukit

di jalan raya

di trek

di rumah

di padang

di mana-mana saja

di mana keinginan berlari itu muncul

aku akan berlari

kerana

It was the part of my life

run happily....


Friday, March 08, 2013

sedih sangat

Manusia merancang Allah yang menentukan

Qiamulail

hasratnya hendak pergi Qiamulail

lepas itu

tidak jadi

siap-siap mandi

siap-siap pakai baju

sudah siap hampir kesemuanya

malang sekali

dompet pula di ambil kawan

ada lesen memandu

sangat-sangat kecewa

Allah saja tahu macam mana kecewanya diri ini

4 hari

aku tunggu nak pergi

manusia merancang

Allah yang menentukan

Allah sebaik-sebaik perancang

terima pada qadak dan qadar

semoga Allah menerima niat aku

semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku

semoga Allah mengampuni semua dosa umat Islam

semoga kita taat pada perintah Allah.....

Ujian itu baik

Ini adalah pendapat aku,

mungkin ada juga pendapat kamu yang lebih bernas,lebih bijak dan sebagainya,

tidak juga boleh dijadikan sebagai hujah

penulisan ini adalah penulisan yang suka-suka

semoga penulisan ini juga akan menjadi satu titik tolak dalam meningkatkan iman kita

kita lihat bagaimana Allah menguji hambanya

Allah uji hambanya dengan ujian

dengan erti kata lain

ujian itu adalah tanda Allah sayangkan kita

ujian juga membuatkan diri kita lebih dekat kepada Allah

ujian juga membuatkan kita ingat akan Allah

ujian juga adalah satu penghapus dosa

maka bersabarlah ketika kita menerima ujian(musibah)

seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh at-tirmizi

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”

ada manusia diuji dengan kesenangan

ada manusia diuji dengan kesusahan

ada manusia diuji dengan kecantikkan

ada manusia diuji dengan kecacatan

ada manusia diuji dengan kebijaksaan

ada manusia diuji dengan wanita

bahkan ada bermacam-macam ujian

semoga kita dapat menjadi hamba yang berfikir

yang mana

bila ujian menimpa kita

apa yang perlu kita lakukan

apa tindakkan kita

adakah tindakkan kita mendapat redha Allah

adakah tindakkan kita mendapat murka Allah

semoga kita dijauhkan dari hasutan syaitan

yang membisikkan kita

untuk mungkar pada Allah

semoga apabila kita diuji

kita akan ingat pada Allah

yang mana ujian itu datangnya dari Allah

jika mendapat musibah

kita bersabar

jika mendapat nikmat

kita bersyukur

Maka jadilah diri kita suka pada ujian Allah

sesungguhnya ujian itu tanda Allah sayang pada kita

yang baik datangnya dari Allah

yang buruk datangnya dari diri yang lemah ini.....