Assalammualaikum
Hari ini memang hari yang pelik
takdir rasanya benda ini berlaku
setiap perkara yang berlaku
mesti ada hikmahnya
ceritanya bermula begini
aku dapat panggilan untuk interview
pada tarikh 23.4.2014
makanya sepatutnya aku interview pada tarikh tersebutlah kan
tetapi aku telah melakukan kesilapan
aku pergi interview pada tarikh 22.4.2014
wahhhh
aku sudah salah tengok tarikh beb
(hahahhaha)
takkan aku nak balik macam itu sahaja
duit minyak dah keluar
duit tol dah keluar
cuti pun sudah apply
pada saat inilah
aku cuma mampu buat adalah berdoa dan bertawakal
yang aku still boleh ditemuduga
Alhamdulillah
dengan izin Allah s.w.t
dapatlah jugak di interview
takdalah terasa macam pengorbanan sia-sia macam itu
Alhamdulillah
dapat kerja masa itu juga
siapa sangka
takdir Allah
Kalau Allah menghendaki sesuatu itu terjadi
terjadilah
tiada tangan yang mampu mengubahnya.....
kenapa aku nak tukar kerja lain?
sebabnya
aku nak cari kerja paling dekat dengan rumah aku
senang sikit nak balik rumah
tengok mak ayah kn....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan