Thursday, September 30, 2010

mcd olympic day run




Lari! lari! dan terus berlari!! Mcd olympic day run ni adalah race yang pertama aku sertai. kalau nak ikutkan, seminggu sebelum larian tu diadakan adalah minggu yang sangat memenatkan. Macam-macam benda yang aku kena selesaikan, tambahan pulak dengan baru balik beraya. memang sangat sibuk. Training pun setakat seminggu jer, macam mana nak menang. Bajet boleh laa dapat medal. Tapi hancur lebur impian aku.

Tapi daripada larian pertama ni lah, dapat jugak laa aku mengukur sejauh mana tahap kekuatan kaki ngan mental aku. Rasenye aku memang masih tak layak nak bersaing dengan senior-senior urc yang lain. Aku perlukan lebih banyak latihan. Tapi masalahnye nak pegi latihan punye laa malas. heheh..

Nak diceritakan pasal pengalaman mase larian tu, maklum laa first time masuk, rase teruja pun ada gak. Aku tidur 2 jam je masa malam sebelum larian tu. Bukan pasal tak boleh tido, cume takut tak terjaga jer pagi esoknye. Terlepas pulak larian tu nantikan? heehe... Maka aku pun tidur-tidur ayam jer. heheh.

Lutut pulak sebenarnya sakit. Jadi aku pun lari main-main jer la, takut tercabut pulak lutut mase lari, kan ke susah.. kuang3.

Masa larian tu, aku lari macam biase jer, walaupun lari macam 'biase', aku tak penah tak potong orang dan orang pun tak penah tak potong aku. hahah. Kire seri laa.. At least aku dapat jugak kekalkan pace aku, cuma mase lari naik bukit jer tercungap sikit, maklum laa, berlatih dekat stadium yang tanah rata, memang rase laa perbezaan masa lari naik bukit tu.

Dalam pertengahan larian, aku mula melangkah dengan lebih laju, ramai gak yang aku dapat potong. Maklum laa aku mula dari belakang. Memang penat laa nak memotong orang. Potong punye potong, ade lagi orang kat depan. Sampai penamat pun aku tak habis memotong lagi. heheh.

Catatan mase aku tak sebaik mane pun. 40 minit 38 saat untuk larian sejauh 7 km. Bagi aku, catatan masa  memang lambat laa, ni semue sebb bukit punyer pasal la.. heheh.

Aku rasa sedih jugak laa sebab tak dapat medal. Niat di hati, aku nak dapatkan hadiah medal tu untuk someone, tapi apekan daya, aku masih tak mampu lagi untuk dapatkan medal tu. Walaupun kalah, aku tetap happy, sebab dapat kenal dengan kawan-kawan baru, kawan-kawan urc. Aku tengok semua sporting jer, boleh buat member kot. Nak-nak yang perempuan-perempuan tu comel bangat..hehe (gatal)

Yang paling malang sekali, kasut aku pulak tertinggal kat dataran merdeka, gara-gara terlupa nak ambik. Rase macam sengal pulak. Dah ler kalah, kasut pulak tertinggal. heheh.. Aku baru jer pakai sebulan kasut tu. Bak kata orang tua-tua, 'dah jatuh ditimpa tangga'. Sabar jer la. Masa sampai umah sewa, baru sedar kasut tertinggal. hehe.. Sorry laa tak der gambar nk tunjuk, Nikon D3000 aku tak beli lagi. hehe

p/s: setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. sabar yer Tarmizi.. :)

Tuesday, September 14, 2010

bidadari

video


Dah lama tak dengar lagu nasyid nak-nak lagu yang dinyanyikan oleh Munif hijjaz ni yang bertajuk bidadari. Kalau kita hayati lagu ni betul-betul, lagu ni amat bermakna sekali. Tapi kali ni, bila aku dengar lagu ni, sayu di hati mula menjelma. Bukan senang kita ingin mendapatkan bidadari dari syurga mahupun di dunia ini. Cinta Allah juga lah yang kekal abadi. Jika suami dengan isteri saling mencintai kerana Allah, nescaya Allah akan menyatukan mereka. 'Kau tetap bidadariku walaupun apa yang terjadi...' (cewah!!) Ok, jom kita hayati lirik dan lagu BIDADARI ni...:)

Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya.. kerana kau isteriku
Isteriku tercinata pelengkar rusuk kiriku

Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia

Kerna cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga
Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat kujatuh.. bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta abadi hanya di syurga

Sunday, September 12, 2010

Bulan dan Bintang

Assalammualaikum ,




OH BULAN, OH BINTANG,


KETIKA WAKTU KAU MENERANGI KEGELAPAN,


CAHAYA SINAR MEMBAWA KEBAHAGIAAN,


KETIKA BULAN DAN BINTANG BERTEMU,


CAHAYA CINTA BERGEMELAPAN,


BAGAI AUR DENGAN TEBING TIDAK DAPAT BERPISAH,


DAN KETIKA BULAN DAN BINTANG BERJAUHAN,


RASA RINDU MULA MENGHANTUI,


HANYA TUHAN SAJA YANG TAHU,


KISAH CINTA KITA BERDUA,


SEMOGA KITA KEKAL HINGGA KE SYURGA.


Mcm haram sajak ini....(haha)

Tuesday, September 07, 2010

cinta sudah terlambat

video

Bila aku dengar je lagu nie, mesti nak layan jiwangnyer. Sebelum nie aku dah cuba main lagu nie. Berkali-kali aku cube, tapi tak jadi jugak. Sesapa sifu yang boleh ajar aku lagu nie, tolong ajar aku weii.. Boleh ler aku maenkan untuk bakal isteri aku, hahaha. Aku try gak usha kat youtube. Tapi tak der orang pun yang nak mainkan lagu nie padahal lagu nie boleh tangkap leleh punyer.. hehe.

Bile layan lagu nie tengah-tengah malam,boleh wat hati aku nangis woooo... (Jiwang karat betol tuan tanah nie) Muahaha. Kepada rakanku cik paa, sila ler belajar maen lagu nie, aku nak dengar ko maen. kehkehkeh.

Okla, untuk korang, aku paparkan kord gitar lagu ni:

Intro : G
G D
seandainya ku katakan yang sesungguhnya
Em C D
tentang perasaanku padamu selama ini
G D
seandainya ku bisa memutar kembali
Em C
waktu yang telah pergi dariku
D G
saat kau ada di sini denganku
Reff :
Am D G Em
sebenarnya hatiku selalu mencintaimu
Am D G
hanya saja ku tak pernah mengatakan kepadamu
Am D G Em
dalamnya cintaku menggenggam tulus hatimu
Am D G
namun kini kau katakan cinta sudah terlambat
G D
seharusnya ku tak biarkan kau menanti
Em C D
kata cinta dariku yang tersimpan terlalu lama
G D
dan seharusnya ku pahami isi hatimu
Em C
yang tulus menyayangi diriku
D G
sebelum cinta menjadi miliknya
Back to : Reff
Interlude : Em D D# D E
Back to : Reff
Bm E A
namun kini kau katakan cinta sudah terlambat

p/s:lagu ini ditujukan khas untuk ija..:)

seribu kemaafan


Pagi ni tiba-tiba aku terfikir untuk menulis entri mengenai kemaafan. (forgiveness). Setiap detik, minit, jam, hari, minggu dan seterusnya kita tidak akan terlepas dari membuat kesalahan, membuat kesilapan, menyakitkan hati sahabat-sahabat kita, keluarga kita, ibubapa, dan juga mungkin pada orang yang kita sayang.

Selagi kita digelar manusia, kesilapan adalah perkara paling sukar untuk dielakkan. Adakalanya dengan kesilapan tersebut kita dapat belajar erti kehidupan. Kerana kesilapan lalu itu adalah guru terbaik untuk mereka yang impikan perubahan yang lebih baek dalam hidupnya.

Adakalanya kesilapan itu terpaksa dilakukan untuk melindungi sesuatu yang lebih penting. Nilai kemaafan itu amatlah berharga bagi orang yang mengharapkannya. Dengan memaafkan orang lain, tidak sama sekali akan membuatkan hati kita menjadi sempit, malahan nak menggambarkan betapa bagusnya memaafkan ni, ia akan menggambarkan ketinggian budi pekerti seseorang itu. Best kan? So ape lagi.. Maafkan la mereka-mereka yang kamu rasa ada buat silap dengan kamu tu.. InsyaAllah, hidup kita akan lebih tenang tanpa dendam di hati..:)

Sesungguhnya memberi maaf itu satu sifat yang terpuji lagi mulia. Walaupun orang yang melakukan kesalahan tidak meminta maaf kepada kita, alangkah eloknya jika kita memaafkannya terlebih dahulu. Kemaafan adalah ubat hati bagi hati yang disakiti. Janganlah kita menyimpam dendam yang tidak ada penghujungnya.



Andai MAAF itu MUDAH, tentu dunia ini sepi dari segala sengketa
Andai lafaz MAAF itu MURAH, tentu peperangan tidak akan pernah wujud

Tapi hakikatnya
MAAF memang MUDAH
Juga tidak memerlukan apa-apa KOS untuk diluahkan

Cuma kadang-kadang manusia sahaja yang menganggapnya begitu sukar

Wahai kawan
Ikhlaskan hati untuk memberi sebuah KEMAAFAN
Buangkan ego untuk memohon KEMAAFAN
Agar hidup dalam keadaan tenang & diredhai ALLAH SWT

wallahualam...