Thursday, January 15, 2015

Bila kita mahu maju?

Assalammualaikum

dek kerana asyik menonton berita-berita
membaca surat khabar
membaca cebisan tulisan
mendengar di corong-corong radio
di kedai kopi
di stesen bus
di rumah Allah barangkali
sampai bila kita mahu bertekak
bertikam lidah
bergaduh sana sini
jika kita asyik bergaduh
sampai bila kita mahu mencari solution kepada masalah tersebut
bila lagi kita mahu berhenti menghentam
mana mungkin kita akan maju
jika kita sibuk mencari salah
sampai bila????????
tak letih ke apa?

serius
aku da penat
hahahah
hentikan
politikus
murahan

kembali kepada Al-QURAN DAN AS-SUNNAH
itu adalah panduan kepada kehidupan kita

sepertimana
jika kita membeli kereta
semestinya ada buku panduan
jika kita tidak membaca buku panduan tersebut
mana mungkin kita akan tahu
cara menggunakan kereta tersebut
kita akan salah langkah
boleh jadi merosakkan sistem engine di dalam kereta tersebut

sama juga seperti kita
jika kita tidak mengikut panduan yang telah disediakan oleh pencipta
buku manual kepada manusia
mana mungkin kita akan menjadi
manusia yang dirahmati Allah?
kita akan binasa
jika kita mengikari
panduan yang telah disediakan
mahukah kalian
merasa azab api neraka?
semestinya tidak...


Sunday, January 11, 2015

Tadika oh tadika

Assalammualakaikum

Hari itu
aku belik-belik album lama
lama jugak aku belik
gelak sorang-sorang
teringat terlatah masing-masing masa kecik-kecik dulu
nakal-nakal masa tadika
tapi aku tak tahulah
aku boleh dikategorikan sebagai orang nakal

nak dijadikan cerita
dulu aku xmahu masuk tadika
sebab tadika yang aku nak masuk tu
aku tak berapa minat
aku nak masuk tadika kemas
sama seperti
abg,abg ngn akak aku
setelah menangis sepuas-puasnya
last-last
aku terpaksa akur jugak dengan keputusan mak ayah aku
tadika yang bertuah memiliki aku
adalah tadika perpaduan.

first day sangat tak best
aku menangis dari rumah
sampai ke tadika
tak mahu masuk punya pasal
nak duduk rumah
hisap botol susu
hahahaha

aku masuk tadika masa umur aku
5 tahun
maksudnya
berada di tadika tersebut
selama 2 tahun
bagi aku lama juga
bagi seorang kanak-kanak ribena macam aku

kirenya
bila umur aku
6 tahun
knowledge aku
lebih sikit dari murid yang masuk umur 6 tahun
kehkehkehkeh
ehhh!

ok
mata sudah mula kuyu
menandakan
waktu tido ku semakin menghampiri
katil mula memanggil2
selimut mula merindui
bantal mula memerlukan
lain kali kita bincang lagi naaaa........



Thursday, January 01, 2015

Keberkatan

Assalammualaikum

Selamat datang tahun 2015
pejam celik pejam celik sudah tahun 2015
25 tahun hidup
terasa cepat sungguh masa berlalu
bila usia kian meningkat tua
bermakna
kita juga semakin dekat pada kematian
sesungguhnya orang yang selalu mengingati mati
adalah orang yang bijak pandai
iaitu
orang yang ingat akan adanya kehidupan akhirat
kehidupan yang kekal abadi

Aku berharap
tahun ini aku mampu melakukan sesuatu yang luar biasa
mampu membantu ekonomi umat Islam
umat Islam perlu memperkuatkan ekonomi negara
supaya kita tidak bergantung kepada barang-barang dari luar negara
jadilah usahawan
cari jalan supaya kita mampu menjana ekonomi sendiri
berusaha bersungguh-sungguh
jangan mengaku kalah untuk menggapai impian kita
bantulah umat Islam yang memerlukan pertolongan
tunjukkanlah budaya dan sifat-sifat mulia
jauhkan diri daripada maksiat
kerana maksiat itu sendiri
akan menutup pintu rezeki anda
banyakkan beristiqfar
semoga kehidupan kita penuh dengan keberkatan

Assalammualaikum