Tuesday, March 18, 2014

Berfikir dulu

Assalammualaikum

Apapun perkara yang hendak kita lakukan
seharusnya kita berfikir
think first before you act
sebagai contoh yang terbaru
tersebarnya video raja bomoh teropong
kadang-kadang bila difikirkan
bagaimana ianya tersebar
how?

The power of sharing
kalau benda yang kita sharing tu bagus
memang tidak menjadi masalah
masalah yang akan datang
bila benda yang kita sharing itu
benda yang tidak elok
ia boleh menjadi viral
semua orang dok sharing

Bila semua orang sudah mula sharing
maklumat itu akan tersebat dengan luas
dengan mudah akan sampai
ke seluruh dunia
hanya tekan butang sharing sahaja
dengan tidak semena-mena
orang itu menjadi terkenal
itu sebab ada orang kata
stop making stupid people famous

Siapa yang malu?
kita juga
negara kita juga
orang beragama Islam macam kita juga
itu sebab
sebelum nak lakukan sesuatu
kita kene fikir dahulu
kelakuan kita mendatangkan faedah
ataupun tidak

Lagi satu yang aku dok sangsi
mudah sangat manusia zaman sekarang ini
mempercayakan sesuatu maklumat
kaji dulu maklumat tersebut
sebelum berkongsi maklumat
takut-takut nanti menjadi fitnah
ingat fitnah itu
berdosa besar
siapa yang nak tanggung dosa tersebut
siapa yang nak bertanggungjawab diakhirat kelak
diri sendiri jugakkan....


Firman Allah s.w.t:

A006

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat 49:6)


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan