Sunday, May 18, 2014

Bertaqwalah

Assalammualaikum..

Bertaqwalah di mana kita berada
bertaqwalah di mana bumi kita pijak
bertaqwalah di setiap  nafas yang kita sedut
bertaqwalah di setiap masa,setiap jam, setiap minit mahupun setiap saat
kerana sifat taqwa itu adalah kebaikan
sifat taqwa itu adalah nur

manakala sifat dosa itu adalah kegusaran
keresahan dengan kelakuan
ketidakselesaan dengan perilaku
kebencian melakukan kebaikan
itu adalah sifat dosa

bila mana kita merantau
bila mana kita berada di tempat yang asing
bertaqwalah
bersolatlah 5 kali sehari
jangan ditinggalkan kewajipan yang ditetapkan Agama Islam
jadilah manusia yang mampu menjadi contoh kepada masyarakat
jadilah manusia yang mampu mengubah corak hidup kekafiran
kepada hidup Islam yang sebetulnya
mulakan dari diri kita dahulu
amalkan ajaran Islam
amalkan undang-undang Islam
jauhi diri dari perbuatan dosa
sentiasalah bertaubat kepada Allah
kerana setiap daripada cucu Nabi Adam
tidak terlepas dari dosa....
kecuali Nabi Muhammad s.a.w
yang bersifat maksum....



















































































































No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan