Sunday, February 23, 2014

Tenang dan Zuhud


Assalammualaikum

Siapa yang tidak kenal dengan empunya nama
iaitu Imam Hassan Al Basri
pernah suatu ketika dulu
beliau ditanya tentang dirinya
iaitu
mengapa beliau kelihatan
tenang dan zuhud
sepanjang masa
lalu apa yang dijawab oleh beliau?

jawapan beliau adalah,
kerana aku tahu:

Rezeki aku yang telah ditetapkan oleh Allah
tidak akan diambil oleh orang lain
kerana itulah hatiku selalu tenang

Manakala,amalanku pulak

tidak boleh dilaksanakan oleh orang lain
kerana itu aku sibuk mengerjakannya

pada setiap saat pula Allah sentiasa melihatku

lalu aku merasa malu jika Dia melihatku dalam keadaan maksiat. 

Yang lebih Aku mengerti, saat kematian itu sedang menungguku pada bila bila masa sahaja

lalu aku menyiapkan bekalan untuk menemui Tuhanku.

Bagaimana pulak dengan kita?

Gunung Tok Wan

Assalammualaikum

Gunung Tok Wan
adalah gunung yang pertama yang aku daki
sebelum tu
aku naik Broga
aku tidak pulak mengkategorikan Broga Hill sebagai gunung
sebab namanya adalah bukit Broga
jadinya
Gunung yang pertama telah aku daki adalah Gunung Tok Wan
seperti biasa
tidak ada banyak yang dapat aku ceritakan tentang Gunung Tok Wan
cumanya
bila kita sudah sampai ke puncak Gunung Tok Wan
kita akan rasa sejuk
seolah-olah ada aircond dekat atas sana
aircond semula jadi kot
besttt,

Seingat aku
perjalanan nak naik ke puncak Gunung Tok Wan ini
agak turun naik sedikit
tidak mencunam sangat
kene bawak air lebih sikit

First time:








Second time:





(T.kasih jugak dekat brader ini sebabnya mengemas dekat puncak sana)

Goodluck bagi sesiapa yang hendak mecuba Gunung Tok Wan

Friday, February 21, 2014

Air mata yang memadamkan lautan jahanam

Assalammualaikum..

Ya Allah aku telah berdosa, Ya Allah
Ya Allah aku telah bermaksiat padamu, Ya Allah
Ya Allah bagaimana nasibku diakhirat kelak Ya Allah
Ya Allah bagaimana aku hendak berhadapan denganmu, Ya Allah
Ya Allah bagaimana aku hendak berhadapan dengan kekasihmu Rasulullah s.a.w
dalam keadaan aku umatmu yang berdosa Ya Allah

ketika mana dirinya sentiasa menangisi akan dirinya
Allah s.w.t menyukai hambanya yang menangis kerana mengingati dosa-dosanya
merasa rendah diri dihadapan Allah s.w.t
satu titis air mata yang gugur di atas dunia ini
kerana takut pada Allah s.w.t
akan memadamkan selautan api neraka jahanam
tetapi
selautan air mata yang gugur diakhirat kelak
tidak mampu mengubah apa-apa di sana
.........


Wednesday, February 19, 2014

Gerak-gerimu diperhatikan

Assalammualaikum

Kamera sana
kamera sini
video sana
video sini
barangkali setiap pasaraya kini mempunyai cctv tertentu
barangkali setiap rumah sekarang juga mempunyai cctv
barangkali juga setiap tempat belajar mempunya cctv
setiap tempat pelancongan mempunya cctv
semestinya juga setiap bank mempunya cctv
tetapi untuk apa dipasangkan cctv
sudah tentunya untuk keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kecurian
orang luar mahupun dalangnya orang dalam
tetapi tetap jugak berlakunya kecurian
tetapi tetap jugak berlakunya penyelewangan oleh pekerja sendiri
walhal telah diletakkan cctv di setiap sudut kedai
mengapakah keadaan ini terus berlaku
MENGAPA?

salah satu alasanya yang mungkin boleh diguna pakai adalah
lemahnya iman seseorang
bagi orang Islam
jika ada sedikit iman yang ada di dalam jiwa
mana mungkin ia akan mencuri
mana mungkin ia mengambil duit haram
ketika tangannya mencapai barangan curi
ketika itulah tiada imannya sewaktu mencuri
kerana iman seseorang mampu untuk mengawal diri
dari melakukan perkara yang di larang oleh Allah s.w.t

tidak tahukah engkau 
bahawanya Allah sentiasa melihat setiap perbuatan hambanya
Allah sentiasa melihat perilaku seseorang
malaikat sentiasa mencatat amal setiap seseorang itu
segala rahsia yang disembunyi
semuanya diketahui Allah
seperti mana
Allah berfirman di dalam surah hujuraat:



"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".

(AL-Hujuraat 49:18)




Tuesday, February 18, 2014

Badut

Assalammualaikum

zaman dulu
atau
zaman sekarang
tak tahu laaa
macam mana badutnya seseorang itu
apa yang dikatakan badut
mungkin bagi sesetengah orang
badut ini
adalah seorang manusia yang pakai baju warna-warni
dan mukanya di mekap tebal-tebal
dengan pelbagai warna
mempunyai satu hidung bulat yang berwarna merah
yang menarik perhatian kanak-kanak
untuk menggembirakan hati kanak-kanak tersebut
ataupun bukan kanak-kanak
dewasa mungkin turut terkesan
dengan gelagat-gelagat badut ini

bagi aku
ini tidak menjadi satu masalah
kalau lelaki yang buat
tetapi lain jadinya
kalau badutnya perempuankan
ada pulak yang gatal tangannyakan
nak pegang sana-sinikankan


contoh gambar badut yang di ambil di internet


Ceritanya sekarang bukan tentang badut
tetapi mekap perempuan masa kini
yang agak melebih-lebih
lebih-lebih lagi masa nak kawen
terus tak kenal siapa pengantin tu
kadang-kadang bila aku tengok
mekap yang terlalu tebal
da macam badut pun ada
bagi aku
mekap sederhana daaa laaa
pun manis di pandang orang
suami pun suka
takdelah terkedu bila tengok pengantin
tutup aurat dengan sempurna masa kahwin
kan cantik begitu
kepada bakal isteri aku
aku berharap sangat
kau tak jadi badut masa kahwin
mekap secara sederhana pun takpa
..........................................
kankankan...

Sunday, February 16, 2014

Tarikh kematian

Assalammualaikum

cuba bayangkan
kalau semua manusia di dunia ini
tahu akan tarikh kematian masing-masing
apa yang akan berlaku agaknya

mungkin ada yang sesuka hati buat maksiat
sebab da tahu lambat lagi akan mati
then lepas tu
baru dia bertaubat
kacau bilau dunia ini
lagi sehari nak mati
barulah nak buat amal jariah semua
nak bertaubat nak kembali kepada Allah
membaca Al-Quran sampai tak tidurknknkn

itu sebabnya
Allah merahsiakan tarikh kematian seseorang
dari situ
boleh membezakan
antara manusia yang beriman atau tidak
manusia yang plastik atau tidak
manusia yang ikhlas menyembah Allah atau tidak
itu sebabnya tarikh kematian menjadi satu rahsia Allah

ini adalah pendapat aku
jangan dijadikan hujah pulak
tiba-tiba minda ini terfikir benda tu

"APA YANG AKAN TERJADI JIKA SETIAP ORANG TAHU AKAN TARIKH KEMATIANNYA"

Malaikat maut menanti mu

Assalammualaikum

Matinya seseorang manusia itu
bukan bermaksud matinya akan kehidupan itu
kerana matinya seseorang di dunia ini
akan datang pulak kehidupan yang kekal abadi
kehidupan di akhirat kelak
sama ada di Syurga atau Neraka
semoga kita mendapat rahmat Allah
memilih kita untuk mendiami syurga Allah kelak..

ajal maut di tangan Allah
bagaimana cara pengakhiran kehidupan kita?
itu adalah soalan yang selalu bermain di minda aku ini
bagaimana berakhirnya kehidupan aku ini?

aku mati tengah buat apa?
tengah tonton youtube?
main game?
mengumpat orang?
main futsal?
dating dengan awek?
bawak awek jalan2?
ooooo tidak
mintak dijauhkan dengan kematian yang macam itu
banyakkan berdoa
semoga matinya kita ketika itu
matinya dengan bertaqwa kepada Allah
matinya dengan bertauhidkan Allah
tiada syirik yang hadir pada  diri kita
semoga kehidupan kita
adalah kehidupan yang bermanfaat
kehidupan yang diredhai Allah
Amin....



Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

(A-li'Imraan 3:102)



Saturday, February 15, 2014

Oiii!!!! seksanya

Assalammualaikum

Dizaman serba moden ini
kelihatan ramainya golongan wanita yang cuba
melakukan sesuatu yang memalukan diri sendiri
la nie
bila ditegur dimarahkannya balik
aku tak kesah pun kau nak marah ke apa
tetapi apa yang cuba kau buat sekarang ini
adalah satu perkara yang mendatangkan dosa
berpakaian ketat sepertinya tidak berpakaian
kepala atas tutup
malangnya bawahnya pulak terbuka
terbelah sana sini
terjojol sana sini
pakaian yang nipis
nampak kulit tubuh badan
kau tahu membuka aurat satu dosa
tetapi kau sendiri buat
kau tahu pemakaian yang ketat
yang mengikut bentuk badan juga
adalah satu dosa
tetapi kau pakai juga
kau tahu yang memakai pakaian sebegitu rupa
yang membuka aurat sebegitu rupa
boleh menarik perhatian lelaki
boleh menarik buaya darat
boleh menarik perogol-perogol ke arah kau
tetapi kau masih buat juga
apakah kau tidak mengetahuinya?
ini adalah satu gangguan seksual bagi orang lelaki
la niee
tutuplah aurat dengan sempurna
kan cantik begitu
mengikut peraturan-peraturan Allah s.w.t

Bila dikaji semula
diperhatikan semula
dipersoalkan pada diri yang hina ini
kenapa ramainya perempuan berpakaian seksi
berpakaian yang tidak menutup aurat adalah seperti berikut :

1. Kurangnya didikan Agama (Iman yang tidak kukuh)
2. Fesyen (mengikut arus kemodenan)
3. Mengikut cara artis-artis berpakaian
4. Selesa dengan berpakaian seksi
5. Tak sedar diri (ajal datang pada bila-bila masa)
6. Tidak mahu dipandang hina (ke zaman jahiliyah semula)
7. Untuk menarik perhatian seseorang
8. Kurangnya teguran orang disekeliling
9. Kurangnya rasa malu
10. Tiada larangan yang  khusus di negara Malaysia
11. Lambakkan jualan pakaian yang seksi

buat masa ini
itu jer sebab-sebab yang aku fikir
kenapa ramainya perempuan ingin berpakaian seksa ini
tak takut jadi bahan bakar api neraka ke????






Semut oh semut

Assalammualaikum

Setiap kejadian yang diciptakan allah swt semuanya mempunyai peranan masing-masing
dan setiap ciptaan allah swt adalah tidak sia-sia
Seperti manusia, diciptakan manusia untuk beribadat kepada Allah swt
dan bukan untuk melakukan perkara-perkara yang menzalimi diri kita sendiri.
Maka ingatlah hidup di dunia ini adalah sementara
yang kekal abadi adalah akhirat selamanya.

"dan(ingatlah) aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaku"

 (surah:az-zariyat ayat 56)

baiklah kita kembali kepada tajuk kita semula iaitu contohilah sifat-sifat semut.
Jika kita melihat,meneliti dan mengkaji sifat-sifat semut ini,
kita akan dapat melihat dimana jarang sekali kita melihat semut mencari makanan bersendirian.
Dalam hal ini,sama-samalah kita renungkan adakah sikap ini yang ditunjukkan oleh diri kita.
apakah kita mampu mencontohi semut yang sentiasa bekerjasama
dan saling membantu untuk memenuhi keperluan bersama.

selain itu,semut adalah serangga sangat yang rajin.
setiap hari akan kelihatan semut akan mencari makanan
tidak kira pagi ataupun siang tanpa rasa jemu.
Sifat rajin inilah yang harus diikuti oleh kita.
kita perlulah menerapkan sifat rajin dalam diri kita
sebagai contoh rajin dalam beribadat,
rajin dalam menuntut ilmu,
rajin membantu dan sebagainya



sedangkan semut mampu menunjukkan contoh yang baik
bagaimana pula dengan kita???

Satu mulut,dua telinga

Assalammualaikum

Hari itu, aku cerita tentang dua mata
hari ini, aku nak bercerita tentang satu mulut, dua telinga
kenapa Allah s.w.t tidak menjadikan kita
sebagai manusia dua mulut satu telinga
kenapa?
agak-agak korang apa?

bagi pendapat aku
yang ilmu tidak seberapa ini
Allah menjadikan kita dua telinga
supaya kita lebih banyak mendengar dari bercakap

Cuba bayangkan
apa yang berlaku jika Allah menjadikan manusia ini
mempunyai dua mulut
apa agak-agaknya akan terjadi
aku tidak boleh bayangkan apa-apa
buat masa ini
tidak ada idea untuk memberikan pendapat
tentang bayangan aku ini


kadang-kadang kita sebagai manusia
terlalu banyak bercakap dari mendengar
menjadi pendengar yang baik juga adalah perlu
menjadi pendengar yang setia
mendengar masalah orang lain dapat membantu
meringankan serba sedikit akan masalah yang dihadapi oleh rakan kita

kadang-kadang sahabat kita yang mempunyai masalah
bukanlah niatnya ingin meminta nasihat dari kita
cuma mahukan kita mendengar luahan hati dia
luahan perasaan dia
dengan meluahkan perasaan tersebut
sedikit sebanyak dapat mengubati perasaan gundah gulana mungkin

kita sebagai hamba Allah
seharusnya menggunakan anugerah yang diberikan Allah
dengan sebaik-baiknya
jagalah percakapan kita dari menyakiti hati seseorang
gunakanlah mulut kita untuk bercakap perkara-perkara yang baik
berdakwah dari rumah ke rumah
bercakap tentang kebesaran Allah
dan telinga kita pulak
sepatutnya dijauhkan dari mendengar umpatan-umpatan
yang mampu mengaibkan saudara kita
seperti mana yang kita tahu
mengumpat ini
seperti memakan daging saudara kita sendiri...

kesimpulannya
setiap yang diciptakan Allah s.w.t
mempunyai hikmah yang tertentu
gunakan nikmat yang diberikan Allah s.w.t dengan sebaik-baiknya
dengan nikmat yang diberikan Allah ini
dapatlah kita mendekatkan diri dengan Allah
mengetahui tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t itu
dengan penciptaan manusia juga
terdapat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t

takbir...
"ALLAHUKHBAR"


Tuesday, February 11, 2014

Dua mata? kenapa bukan satu,tiga,empat?

Assalammualaikum

kadang-kadang aku tertanya-tanya
kenapa Allah bagi dua mata
dan bukannya satu,tiga,empat mata pada manusia
kerana apa
setiap yang diciptakaan Allah mestilah ada hikmahnya

pada suata petang
aku mendengar sebuah ceramah agama
lupa siapa penceramahnya
tetapi apa yang disebut oleh ustaz tersebut adalah
tentang kenapa kita diberikan dua mata

kerana apa?
hikmahnya adalah kerana
satu mata kita untuk melihat kebaikan orang
dan satu mata lagi untuk kita melihat keburukkan ataupun kelemahan diri kita

dan
bila difikirkan balik
memang ada betulnya
memang ada hikmahnya
kalau kita mampu untuk melihat sebegitu rupa
mungkin hidup kita ini bahagia
mungkin hidup kita  ini terhindar dari sifat dengki
sifat iri hati apabila melihat orang lain bahagia
lain orang lain cara pandangnya
lain orang lain tafsirannya

dapat disimpulkan disini adalah
supaya kita sebagai manusia
biarlah kita sentiasa melihat kebaikan orang
dan bukannya melihat keburukkan orang lain
biarlah kita sentiasa melihat kelemahan diri kita
kerana dengan melihat kelemahan diri kita
secara tidak langsung kita akan sentiasa membaiki diri
menjadi seorang mukmin yang lebih baik
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...





Kucing-kucing

Assalammualaikum

Berbicara tentang kucing
pasti ramai yang meminati kucing
dengan sifat kucing yang mengada-ngada
ditambah lagi dengan kecomelannya
boleh jadi mampu menggugat jiwa ini
di bawah ini adalah gambar koleksi kucing
yang sempat aku ambil
ada kucing di rumah aku
ada juga kucing di tempat lain





















ada masa lagi nanti aku update gambar kucing ini



Video 18 sx

Assalammualaikum...

haaaaaaa
cari apa tu
video lucah?
da la tu
hentikanlah dari melihat benda-benda macam tu
berdosa
Allah mungkar
malaikat mencatatkan apa yang kita buat
diakhirat kelak akan dipertontonkan semula
tentang perbuatan kita di dunia
mana kita nak letak muka kita ketika itu
tidak malukah kita kepada nabi Muhammad s.a.w
jom bertaubat sebelum terlambat
sebelum ajal menjemput kita
Allah suka kepada orang yang bertaubat



Monday, February 10, 2014

Couple make trouble

Assalammualaikum

Couple?
apakah yang dimaksudkan dengan bercouple
kalau mengikut kefahaman aku
dari sudut pemikiran aku ini
couple bererti jalinan hubungan antara dua manusia
boleh jadi lelaki dan perempuan
dan kebanyakkan orang couple ini tidak mempunyai hubungan yang sah antara satu sama lain
amatlah bagus kalau orang yang couple ini sudah mempunyai hubungan yang sah
yang sudah halal
amatlah rugi bagi orang yang couple yang tidak mempunyai hubungan yang sah
boleh jadi kita menempah ke pintu-pintu zina
seperti mana yang disebut di dalam al-quran

A032

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

bagi pendapat aku
couple itu adalah salah satu jalan ke arah penzinaan
termasuklah zina mata,zina telinga,zina hati atau pun zina perbuatan
salah satu perbuatan keji dan jalan yang jahat
kalau ada niat untuk bercouple
disarankan hentikan niat itu
takut nanti
bila da bercouple
akan datangnya tabiat untuk bercouple
bila putus nanti
mesti terdetik hati untuk mencari yang lain
bende yang tidak baik
sepatutnya dijauhi
jangan sampai sudah berlaku perkara yang tidak diingini
barulah nak sedar
masa itu
nasi sudah menjadi bubur

nak dijadikan cerita
sehari sebelum hari raya cina
aku balik kampung dekat melaka
tiba-tiba ternampak papan tanda di bawah
ada denda-denda bagai
ini cuma peraturan dunia
peraturan yang dibuat oleh manusia
belum lagi peraturan Allah
kenapa tidak laksanakan hukum Allah
errmmmm
seperti yang kita tahu
seksaan Allah itu sangatlah keras
lebih dasyat
tetapi masih juga ada gejala yang tidak sihat berlaku
kenapa?
sebabnya mudah
kita tidak ikut syariat Islam
kita tidak menjalankan syariat Islam dengan 'syumul' iaitu dengan sempurna
itu sebablah gejala yang tidak sihat ini
makin hari makin bertambah
bagai cendawan tubuh selepas hujan

bak kata pepatah
"dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"




rasanya dah pergi jauh topik kita
dari couple kepada zina
nampak tak perkaitannya disitu
nampak kecil tetapi besar akibatnya kalau salah pilih jalan
berhati-hati
ada juga orang cakap couple secara islamik
couple islamik?
aiyooooooo
jangan buat main-main
jangan cemarkan agama Islam yang suci  ini
itu semua permainan syaitan
yang cuba menyesatkan anak cucu adam
jangan termakan dengan jerat-jerat syaitan
kalau rasa da suka seseorang itu
niat untuk memperisterikan
untuk berkahwin dengannya
cepat-cepatlah nikah
buat majlis kecil-kecilan pun takpe
janji di redhai Allah
redha Allah itu paling penting
kalau tiada niat untuk berkahwin
untuk suka-suka jer
tolong laaaa
jangan buat perangai
jangan nak mengedik sangat

jab3
kau cakap tadi
couple make troube
cuba kau terangkan sikit
aku tak berapa nak faham

ok3
macam nie ceritanya
dulu-dululah
masa aku dok kolej
dok asrama lah maksudnya
adalah seorang member aku ini
tiap-tiap malam bergayut
banyaklah kot kredit hp tu nak bergayut
masalahnya ialah
bila time nak makan jer tak duit
ehhh??
bergayut tiap-tiap malam ada duit
bila nak makan tak duit pulak
TROUBLE

yang kedua
ada tu
bukan suka bergayut pulak
yang ini suka belanja awek makan
yang ini pun satu kes
belanja awek makan ada duit
duit nak makan sendiri pulak takde
la tu minta kawan belanja
kalau tak minta kawan belanja
mintak mak ayah pulak
(hahahaha)
kebanyakkan berlaku pada yang masih belajarlah
TROUBLE

yang ketiga
couple ini banyak membuang masa muda remaja
kalau ada awek tu
berkepit jer dengan awek
apa dapat pun aku pun tak faham
bagi akulah
lepak dengan membe-membe lagi seronok
ialah,muda lagi
nanti dah kawen
lepak la dengan bini sepuas-puasnya
jaga anak
jangan nanti bila dah kawen
sibuk jer memanjang nak keluar rumah
TROUBLE

yang keempat
mata aku nie sakit jer
bila tengok orang bercouple ini
naik motor sama-sama
tak rasa malu ke
ulang alik sana sini
hantar pi kelas bagai
siap cium tangan
apa kejadahnya apa yang aku lihat tu
mungkin ini berlaku bagi couple yang baru mula-mula nak hidup
baru nak kenal dunia ini
TROUBLE

yang kelima
pendedahan kepada budaya yang tidak elok
sebagai contoh
orang yang bercouple ini akan menjadi satu contoh
yang tidak elok kepada adik-adik kita yang lain
takut nanti mereka pulak yang akan meniru aksi
meniru gaya dan cuba untuk bercouple juga
takut-takut nanti
diakhirat kelak kita akan dipersalahkan
kerana memberi contoh yang tidak baik
sehingga menjadi ikutan orang lain
TROUBLE

yang keenam
couple ini boleh menjatuhkan maruah agama Islam
sedangkan bukan agama yang patut dipersalahkan
tetapi penganut agama Islam itu sendiri
kerana tidak mengikut undang-undang Allah
tidak mematuhi syariat Islam itu sendiri
jangan disebabkan nila setitik
rosaklah susu sebelanga
nanti lahirlah orang-orang
yang menjadi Islamophobia
yang takut untuk mendekati agama Islam
TROUBLE

yang ketujuh
banyak membuang masa dengan chat sana-sini
yang dimaksudkan dengan msg,wassup,ym,skype mahupun wechat
sebagai contoh
rakan sekelas
yang mana sering memegang hp ketika belajar
asyik msg ketika belajar
makanya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya
pelajaran jadi merosot
lalu dibuang universiti
ke tidak merugikan disitu
menghancurkan harapan kedua ibubapa
TROUBLE

yang kelapan
kegedikkan yang melampau-lampau(haha)
kalau kita tengok adik-adik kita yang berpasangan ini
kebanyakkan banyaknya show off awek atau pakwenya di fb
sebagai contohnya
bergambar bermesraan dengan pasangan masing-masing
komen-komen yang memuntahkan
sayanglah,bi la, baby laaa, madu laaa, rindu laaa
dan macam-macam lagi
aiooooooo
ini mahu bikin malu
sakit mata tengok
TROUBLE

Paling sakit nanti
bila diakhirat kelak
kita ditanya akan perbuatan kita di dunia
masa yang Allah beri kepada kita
apakah digunakan dengan jalan yang betul
jalan yang diredhai Allah
bagi  kaum lelaki
cuba belajar jadi pemimpin
bagi ayah
didik anak-anak
perhatikan tindakkan anak-anak
dengan siapa mereka berkawan
jangan sesuka hati mengizinkan mereka keluar berdua-duaan dengan berlainan jantina
kerana yang ketiga itu syaitan
bagi abang dan adik
kalaulah nampak akak atau adik perempuan nak menggedik bercouple
putuskan niat mereka
lainlah kalau mereka betul-betul
tujukan niat untuk bernikah....

kesimpulannya
couple make trouble
nak elakkan terus mendapat dosa
nikah atau putus......












Kau masuk neraka!!!!!!!!!!!!!!!

Assalammualaikum

kau masuk neraka?
ada sesiapa ke yang nak masuk neraka?
mungkin soalan ini agak janggal
tetapi mana mungkin manusia mahu masuk neraka
tempat seksaan bagi manusia yang ingkar
kepada perintah Allah s.w.t

tetapi ada juga dikalangan manusia
yang mahu manusia lain yang masuk neraka
manusia jenis apa ini?

setahu aku
makhluk yang mahu manusia masuk ke neraka adalah syaitan
yurpp
jika ada di antara kita yang mendoakan
saudara kita untuk masuk ke neraka
boleh jadi kita ini seperti syaitan
yang mahukan anak cucu adam masuk ke neraka
kita sepatutnya mendoakan
saundara-saudara kita masuk ke syurga
walaupun saudara kita melakukan mungkar
kita doakan saudara kita mendapat hidayah Allah

semoga Allah menjauhkan diri kita
dari menjadi tentera-tentera syaitan
semoga kita menjadi mukmin yang berpegang kepada ajaran Islam dengan sebenar-benarnya....

Sunday, February 09, 2014

Broga Hill

Assalammualaikum

Hari ini aku hendak bercerita sedikit tentang pengembaraan aku di Broga Hill dengan ketinggian 400 meters.
pengembaraan?
pengembaraanlah sangat
(hahahaha)
sesuai bagi yang baru  mencuba
minat dalam mendaki gunung
Secara keselurahannya kalau dah naik Broga Hill boleh cuba pulak mendaki Gunung Tok Wan
bersebelahan dengan bukit Broga
sejuk dekat atas sana

sebagai langkah berjaga-jaga
setiap pendaki perlulah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental
mendaki Broga hill juga memerlukan sedikit latihan
sebagai contoh latihan yang boleh dibuat adalah seperti jogging ataupun cycling
latihan diperlukan untuk mengelakkan kekejangan otot semasa mendaki

apa yang hebat tentang Broga hill mungkin pada permandangannya
tetapi ada yang lebih hebat iaitu
punyalah ramai orang dekat puncak Broga Hill itu
dah macam pasar malam aku tengok.(hahaha)
kalau nak cari port untuk tangkap gambar di atas
perlu mendaki seawal yang mungkin
2 kali pergi
ceritanya tetap sama
ramai orang juga
(hahah)
selalunya aku akan mula mendaki pada pukul 5 pagi
konon-konon nak dapatkan port yang baik
untuk lepak-lepak nak tengok matahari terbit
malang sekali
seperti biasa port yang cantik semestinya
telah ditakluki orang lain.
tetapi itu bukan satu masalah
da dapat mendaki Broga pun da ok
masih boleh lihat matahari terbit di puncak Broga
Ini antara gambar-gambar yang sempat aku ambil di Broga Hill


First time mendaki :








nampak ke tidak berapa ramai orang yang naik

waktu tengahari lengang sikit


Tidak bertanggungjawab

gua dengan aksi yang merbahaya(hiokhiok)



Selamat mendaki.....



Sunday, February 02, 2014

Catatan rindu

Assalammualaikum

catatan rindu
aku minat dengar lagu ini
mungkin ada unsur-unsur lagu puisi
tetapi memang lagu puisi pun
cuma lupa penulis lagu puisi ini siapa
antara bait kata-katanya


Jika kau secalit lukisan
Tidak akan ku hindari
Meski untuk secebis hari

Akan ku papar pada alam
Dingin kelopak kasihmu
Menitis madu rahmatNYA
Dalam hikmat pencipta

(pre-korus)
Kerana setiap bernama kerinduan
Ada di sebalik tirai nostalgia

(korus)
Jika kau setitis tinta biru
Lautan terhampar berbusar buih
Cinta kita di bendung gelora
Namun camar tetap menyapa
Sambil seloka sepasang pengunjung
Di pesisir pantai membina istana
Impiannya adalah cita kita
Tekad menentang badai

Jika kau selembar daun gugur
Di taman firdausi ini
Mestikah ku sisipkan lagi
Pada jaringan ranting yang lain
Jika kau mengerti
Pertemuan itulah perpisahan

(ulang pre-korus)