Sunday, April 27, 2014

Kurang Ajar - Part 1

Assalammualaikum

Siapa dekat sini pernah parking motor
dekat parking kereta punya kawasan
ataupun
parking kereta
dekat motor punya kawasan
faham?
ataupun
tidak ayat aku yang merapu ini

kalau faham katakan YA!!!!!
kalau tidak katakan TIDAK!!!!!

agak kurang ajar
kalau kita melihat perbuatan tersebut
kurang ajarkan

ada sesiapa ke
yang katakan tidak
bagi perbuatan di atas?

perbuatan di atas boleh dikategerikan sebagai zalim
apa itu zalim?
zalim iaitu
tidak meletakkan
sesuatu pada tempatnya..
see???????

ok..fullstop
i'm finish now
see you again....




Tuesday, April 22, 2014

Salah Tarikh

Assalammualaikum

Hari ini memang hari yang pelik
takdir rasanya benda ini berlaku
setiap perkara yang berlaku
mesti ada hikmahnya

ceritanya bermula begini
aku dapat panggilan untuk interview
pada tarikh 23.4.2014
makanya sepatutnya aku interview pada tarikh tersebutlah kan
tetapi aku telah melakukan kesilapan
aku pergi interview pada tarikh 22.4.2014
wahhhh
aku sudah salah tengok tarikh beb
(hahahhaha)
takkan aku nak balik macam itu sahaja
duit minyak dah keluar
duit tol dah keluar
cuti pun sudah apply

pada saat inilah
aku cuma mampu buat adalah berdoa dan bertawakal
yang aku still boleh ditemuduga

Alhamdulillah
dengan izin Allah s.w.t
dapatlah jugak di interview
takdalah terasa macam pengorbanan sia-sia macam itu

Alhamdulillah
dapat kerja masa itu juga
siapa sangka
takdir Allah
Kalau Allah menghendaki sesuatu itu terjadi
terjadilah
tiada tangan yang mampu mengubahnya.....

kenapa aku nak tukar kerja lain?
sebabnya
aku nak cari kerja paling dekat dengan rumah aku
senang sikit nak balik rumah
tengok mak ayah kn....





Monday, April 21, 2014

Zaman sekolah - Part 4

Assalammualaikum

haaa
siapa tak kenal dengan Adam
dan siapa juga tak kenal dengan Syazwan
macam anjing dengan kucing
tak boleh berjumpa
berjumpa jer nak bergaduh

ehhh
meh sini engkau orang
nak jer aku hempuk kedua-dua orang masa sekolah
pagi-pagi lagi dah bercakaran
nak cakap badan besar taklah pun
cute-cute jer
tetapi hati tetap besar
(hahahah)
itu banyak aku respect

tetapi satu jerlah
selamatlah anta berdua tak cari pasal dengan aku
dengan aku bukan perang mulut daa
bagi jer sekali
ini perang mulut jer kerja
aksinya tak mula-mula jugak
(hahahha)

lai..lai..lai..
zaman sekolah
pagi-pagi bising
sebising-bisingnya.....

Gua Tempurung

Assalammualaikum

Gua Tempurung
tak disangka-sangka
impian aku
nak sampai buat kali kedua tercapai
Alhamdulillah

Kali pertama dulu
aku sampai dengan budak-budak elekta UiTM
student
yang ambik course electrical engineering
kali ini
aku sampai dengan student INSEP pulak

dipendekkan cerita
kami ber8
memilih untuk menerokai gua
dengan pakej tour 3
iaitu tour : Top of the world and short river adventure
boleh tahan cabarannya

untuk detail lebih lanjut
tentang tour gua ini
bolehlah melayari web di bawah ini:

http://www.perak.info/kinta/Gua_Tempurung/Gua_Tempurung_Tours.htm

bagi yang memilih tour 3 dan 4
bawak-bawak simpan camera
tak pun
pandai-pandai cover camera
supaya tak kena air
aku ambil jalan selamat
dengan tak bawak camera
simpan jer camera (sobs)
tetapi ada juga beberapa keping gambar aku ambil
sebelum masuk ke kawasan yang ada air








ini di antara gambar yang sempat aku ambil
gambar-gambar yang lain
biarlah rahsia aku
dengan orang yang pegi tahu..
lalallalalal.....

Sunday, April 20, 2014

P.H.D

Assalammualaikum

Siapa tahu P.H.D apa?
P.H.D nie sejenis penyakit
bukan PHD lepas master tu yer
P.H.D ini amat popular dalam kalangan bangsa..dot3
sendiri boleh fikirlah yer
nama panjang dia
penyakit hasad dengki

tak tahu lah kenapa PHD nie
amat popular di kalangan bangsa dot3
agak-agak kamu semua lah
sebab apa?
sebab apa popular?
sendiri mahu fikir jugak ke?
kalau macam itu
buat apa aku menaip ayat-ayat poyo ini
ayat-ayat bajet ini

baik
di sini aku ingin menegaskan
bahawasanya
mempunya sifat hasat dengki ini adalah sangat tidak baik
nampak orang itu pakai kereta besar sikit jer
mulalah nak mengata
nak mengutuk bagai
nak menjatuhkan orang
bila perniagaan makanannya menjadi
mulalah datang mulut-mulut busuk
mengatakan orang
menfitnah
dan berbagai-bagai tuduhan yang tidak sepatutnya dilemparkan
ok..stop
perbuatan tersebut tidak baik ok
ada buktinya?
bersenang lenang nak menuduh orang
bersenang-lenang nak menfitnah orang
sudah banyakkah amalan kamu.....

kalau tidak
baik duduk-duduk senyap
jangan mengeruhkan lagi keadaan
jangan jadi penyebar fitnah
tak tahu senyap!!!!
jangan bajet hero
hero apa?
hero taik kucing ada laa......





Thursday, April 17, 2014

Zaman Sekolah - Part 3

Assalammualaikum

Aku lupa nak bagi tahu sesuatu
sekolah rendah mana dulu aku belajar
aku belajar di sekolah kebangsaan jasin (S.K.J)
rindu suasana sekolah rendah
tak tahu kenapa
setiap hari
mesti rindu zaman-zaman dulu
zaman-zaman masa belajar
terasa macam cepat saja masa berlalu
tengok2 umur da tua
tetapi perangai macam budak2 lagilahkan

Sekarang ini
aku nak bercerita tentang cikgu Citra
aku bengang jugaklah dengan dia
asyik aku jer kene rotan
markah math rendah kene rotan
(hahahah)
bukan aku fail subject dia
cuma tidak memenuhi apa yang dia targetkan

sejak aku jer kene rotan dekat tangan
aku mulalah giat belajar math ini
cikgu Citra cikgu yang mengajar Math
markah kalau rendah
tidak mengikut apa yang dia nak
mesti kene
disebabkan aku tak suka kene rotan
aku pun belajar betul-betul
disebabkan dia jugaklah
aku mula minat dengan pelajaran math ini
aku kene banyak berterima kasih dekat dia
terima kasih cikgu Citra......


Zaman Sekolah - Part 2

Assalammualaikum

Maaflah
kalau aku punya cerita ini
berterabur
sekejab darjah 6
sekejab darjah 4

Semasa aku berada di darjah 4
aku ada minat dengan seorang budak nie
namanya Fatimah
muka memang solehah habis
cair beb kalau tengok

Tetapi Allah bagi ujian dekat dia
kecik-kecik lagi
dia sudah menghidap penyakit Asma
agak kritikal jugak
sebab Fatimah itu sentiasa kelihatan lemah semasa berada di kelas
tetapi dia sentiasa tidak menunjukkan aksi yang lemah tak bermaya
dia sentiasa hendak menunjukkan yang dia sihat juga seperti orang lain
orangnya cerdik
comel
pakai kaca mata
tutur kata memang lembut
tak sama dengan budak-budak perempuan yang lain
yang seusia denganya
fatimah kelihatan agak matang dari sudut usianya
mumgkin disebabkan penyakit yang dihadapinya

rasanya dia pindah sekolah selepas darjah 4
sebab dia pindah sekolah aku kurang pasti
kenangan dengan dia tak banyak sangat kot
sebab aku pendiam orangnya
itu sebab aku rasa
agak menyesal tak buat hiruk-piruk masa kecik-kecik dulu..
hahahaah



Wednesday, April 16, 2014

Zaman Sekolah - Part1

Assalammualaikum

Alang-alang tiada kerja nak buat
baik aku update aku punya blog ini
walaupun tiada orang yang baca
biar aku baca sorang-sorang
nanti da lama-lama
boleh la tahu aku mengarut apa
mesti ada kelakar dekat situ
mesti ada benda yang busuk dekat situ
macam-macam lagilahkan
yer tak?

ok
hari ini
tetiba jer aku rindu zaman sekolah aku
tak tahu kenapa rindu
terasa mahu balik zaman sekolah
jadi nakal2
buat sesukahati apa yang kita nak buat..
macam seronok yer tak
tak baligh lagi takpa
kalau nak nakal2..hahaha

ok2
Pernah ke tidak
tengok cerita puberty medly
aku pun tak tahu
setiap kali tengok cerita tu
mesti nak gelak
lepas tu
teringat tentang zaman-zaman sekolah
rasa nak buat macam meraka
happy go lucky saja

Kalau sekarang ini
zaman sekolah tak tahulah macam mana
sebabnya  aku bukan seorang guru
masa sudah kahwin
dan mempunyai anak
mungkin kita akan tahu
keadaan zaman sekolah sekarang
seronok atau tidak

yerlaa
kadang-kadang teknologi baru ini
membunuh semangat berkawan
'berkawan hanyalah di alam maya
best ke macam tu?
rasanya tidak
sunyi
sepi
lepas tu gelak sorang-sorang
bila baca status..
apa pun tak bolehkan

Masa zaman sekolah aku dulu kala
ada seorang girl ini
pindah sekolah aku
aku pun tak tahu
apa punya perasaan
apabila melihat dia

kalau nak ikutkan
ada seorang girl nie
minatlah dekat aku
tetapi masa tu
kecik-kecik lagi
darjah 5 atau 6
macam itu
takde lah aku nak bercinta bagai
takut oooo
nanti mak ayah bising
kena menganjing dengan adik-beradik lagi
hahahaha
tetapi masa aku zaman sekolah lagi
sudah mula ada perasaan suka itu
mungkin disebabkan banyak tengok cerita
inilah jadinya(hahaha)

berbalik kepada cerita budak baru pindah itu
yup
masa itu
tetiba aku ada perasaan dengan dia
aku pun taktahu perasaan apa
yang pasti
perasaan nak berkenalan tu sangat tinggi
terasa macam-macam perkara yang aku nak tahu dari dia
it was special for me...i think

selepas itu
dia memperkenalkan diri dia
nama saya.......
saya asal.......
blah3....

ok..nanti sambung.
waktu kerja da masuk da...

Friday, April 11, 2014

Harapan selalu ada

Assalammualaikum

Harapan sentiasa ada
selagi jantung masih berdenyut
selagi diberikan kudrat oleh Allah
selagi kita sentiasa mengingati Allah
selagi kita terikat dengan Allah
harapan itu sentiasa ada

baik pemikiran,baiklah keputusannya
buruk pemikiran,buruk jugaklah keputusannya
jangan berputus asa daripada rahmat Allah
Allah maha pengampun
lagi maha penyanyang
masih ada jalan keluar bagi sang pendosa
harapan masih ada untuk kita bertaubat
harapan itu sentiasa ada.......

Sunday, April 06, 2014

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

Assalammualaikum

Mesti di antara kita pernah terdengarkan
perpatah yang berbunyi
"bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"
haaaa
mesti pernah dengarkan
bak sini aku bagi satu contoh;
masa kecik-kecik dulu
mesti susahkan untuk kita berjalan
kita bermula dengan merangkak
lepas itu kita cuba untuk bangun
kita jatuh,kita bangkit balik
kita dapat luka
kita menangis
tetapi kita tetap tidak mahu berputus asa
kita bangkit untuk belajar bejalan
sehingga kita mampu untuk berlari

Lagi satu contoh untuk pepatah ini:
kita sebagai fresh graduate
baru hendak mulakan kerja
mesti sebelum memulakan kerja
bermacam-macam andaian yang kita buat
lepas kita masuk kerja
hari pertama sudah rasa membebankan
terasa macam nak mengalah
tetapi cuba kita bersabar sedikit
kita cuba adopt dengan budaya baru ini
kita berusaha
kita jangan kenal erti putus asa
tak tahu sesuatu perkara jangan malu untuk bertanya
jangan bodoh sombong
lebih baik kita bodoh 5 minit
dari bodoh selama-lamanyakan

Sebagai penutupnya
bila kita belajar sesuatu benda yang baru
mesti pada awalnya sukar
dan sampai pada masanya
mesti kita akan terasa mudah
ini adalah pendapat
mungkin ada pendapat yang lebih bernas
yang boleh dikongsi
janga mudah berputus asa
orang yang mati saja boleh berputus asa...