Sunday, June 18, 2017

Pecutan terakhir

Assalammualaikum tuan2

sy kalau ada waktu lapang
sy suka menaip,menulis bagai
supaya apa?
supaya otak sy sentiasa berfikir
bila otak kita sentiasa berfikir
maka otak kita akan sihat
seperti senaman untuk minda kita
kalau tubuh badan kita bersenam
ini otak kita
inilah caranya
cara sy laa
lain orang
lain caranya kan

Apa itu pecutan terakhir
buat pengatahuan tuan2
skrg sy berada di bulan ramadhan yang mulia
10 hari2 terakhir di bulan ramadhan
tuan bayangkan
bertapa cepatnya masa berlalu

kadang2 tuan2 ada tanya tak
kepada diri tuan2 sendiri
kenapa masa berasa begitu pantas sekali 
kenapa yer?

ini adalah pendapat saya yer
sy merasakan waktu begitu cepat
sebab
sy terlalu sibuk dengan urusan dunia
terlalu banyak urusan dunia yang perlu diselesaikan
dari fajar hingga terbenamnya matahari
masih dengan kegiatan dunia
kita terlalu sibuk
sehinggakan
kita merasakan
waktu 24 jam yang diberikan kepada kita tidak cukup

berbalik kepada pecutan terakhir
iaitu
pecutan untuk mencari pahala
kita tidak ada masa lagi
tiada masa untuk mencari baju raya
buat kuih raya
kemas rumah 
hahahaha

sebab waktu ini
kita perlu perbanyakkan ibadah
mungkin ada malam lailatul qadar
malam yang lebih baik dari malam seribu bulan

baca quran
fahamkan maknya
sedekah
sedekah tidak pernah menyebabkan kita miskin
tetapi kita semakin percaya
banyakkan solat sunat.....