Wednesday, February 19, 2014

Gerak-gerimu diperhatikan

Assalammualaikum

Kamera sana
kamera sini
video sana
video sini
barangkali setiap pasaraya kini mempunyai cctv tertentu
barangkali setiap rumah sekarang juga mempunyai cctv
barangkali juga setiap tempat belajar mempunya cctv
setiap tempat pelancongan mempunya cctv
semestinya juga setiap bank mempunya cctv
tetapi untuk apa dipasangkan cctv
sudah tentunya untuk keselamatan
untuk mengelakkan berlakunya kecurian
orang luar mahupun dalangnya orang dalam
tetapi tetap jugak berlakunya kecurian
tetapi tetap jugak berlakunya penyelewangan oleh pekerja sendiri
walhal telah diletakkan cctv di setiap sudut kedai
mengapakah keadaan ini terus berlaku
MENGAPA?

salah satu alasanya yang mungkin boleh diguna pakai adalah
lemahnya iman seseorang
bagi orang Islam
jika ada sedikit iman yang ada di dalam jiwa
mana mungkin ia akan mencuri
mana mungkin ia mengambil duit haram
ketika tangannya mencapai barangan curi
ketika itulah tiada imannya sewaktu mencuri
kerana iman seseorang mampu untuk mengawal diri
dari melakukan perkara yang di larang oleh Allah s.w.t

tidak tahukah engkau 
bahawanya Allah sentiasa melihat setiap perbuatan hambanya
Allah sentiasa melihat perilaku seseorang
malaikat sentiasa mencatat amal setiap seseorang itu
segala rahsia yang disembunyi
semuanya diketahui Allah
seperti mana
Allah berfirman di dalam surah hujuraat:



"Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan".

(AL-Hujuraat 49:18)




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan