Monday, February 10, 2014

Couple make trouble

Assalammualaikum

Couple?
apakah yang dimaksudkan dengan bercouple
kalau mengikut kefahaman aku
dari sudut pemikiran aku ini
couple bererti jalinan hubungan antara dua manusia
boleh jadi lelaki dan perempuan
dan kebanyakkan orang couple ini tidak mempunyai hubungan yang sah antara satu sama lain
amatlah bagus kalau orang yang couple ini sudah mempunyai hubungan yang sah
yang sudah halal
amatlah rugi bagi orang yang couple yang tidak mempunyai hubungan yang sah
boleh jadi kita menempah ke pintu-pintu zina
seperti mana yang disebut di dalam al-quran

A032

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

bagi pendapat aku
couple itu adalah salah satu jalan ke arah penzinaan
termasuklah zina mata,zina telinga,zina hati atau pun zina perbuatan
salah satu perbuatan keji dan jalan yang jahat
kalau ada niat untuk bercouple
disarankan hentikan niat itu
takut nanti
bila da bercouple
akan datangnya tabiat untuk bercouple
bila putus nanti
mesti terdetik hati untuk mencari yang lain
bende yang tidak baik
sepatutnya dijauhi
jangan sampai sudah berlaku perkara yang tidak diingini
barulah nak sedar
masa itu
nasi sudah menjadi bubur

nak dijadikan cerita
sehari sebelum hari raya cina
aku balik kampung dekat melaka
tiba-tiba ternampak papan tanda di bawah
ada denda-denda bagai
ini cuma peraturan dunia
peraturan yang dibuat oleh manusia
belum lagi peraturan Allah
kenapa tidak laksanakan hukum Allah
errmmmm
seperti yang kita tahu
seksaan Allah itu sangatlah keras
lebih dasyat
tetapi masih juga ada gejala yang tidak sihat berlaku
kenapa?
sebabnya mudah
kita tidak ikut syariat Islam
kita tidak menjalankan syariat Islam dengan 'syumul' iaitu dengan sempurna
itu sebablah gejala yang tidak sihat ini
makin hari makin bertambah
bagai cendawan tubuh selepas hujan

bak kata pepatah
"dunia ibarat penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir"




rasanya dah pergi jauh topik kita
dari couple kepada zina
nampak tak perkaitannya disitu
nampak kecil tetapi besar akibatnya kalau salah pilih jalan
berhati-hati
ada juga orang cakap couple secara islamik
couple islamik?
aiyooooooo
jangan buat main-main
jangan cemarkan agama Islam yang suci  ini
itu semua permainan syaitan
yang cuba menyesatkan anak cucu adam
jangan termakan dengan jerat-jerat syaitan
kalau rasa da suka seseorang itu
niat untuk memperisterikan
untuk berkahwin dengannya
cepat-cepatlah nikah
buat majlis kecil-kecilan pun takpe
janji di redhai Allah
redha Allah itu paling penting
kalau tiada niat untuk berkahwin
untuk suka-suka jer
tolong laaaa
jangan buat perangai
jangan nak mengedik sangat

jab3
kau cakap tadi
couple make troube
cuba kau terangkan sikit
aku tak berapa nak faham

ok3
macam nie ceritanya
dulu-dululah
masa aku dok kolej
dok asrama lah maksudnya
adalah seorang member aku ini
tiap-tiap malam bergayut
banyaklah kot kredit hp tu nak bergayut
masalahnya ialah
bila time nak makan jer tak duit
ehhh??
bergayut tiap-tiap malam ada duit
bila nak makan tak duit pulak
TROUBLE

yang kedua
ada tu
bukan suka bergayut pulak
yang ini suka belanja awek makan
yang ini pun satu kes
belanja awek makan ada duit
duit nak makan sendiri pulak takde
la tu minta kawan belanja
kalau tak minta kawan belanja
mintak mak ayah pulak
(hahahaha)
kebanyakkan berlaku pada yang masih belajarlah
TROUBLE

yang ketiga
couple ini banyak membuang masa muda remaja
kalau ada awek tu
berkepit jer dengan awek
apa dapat pun aku pun tak faham
bagi akulah
lepak dengan membe-membe lagi seronok
ialah,muda lagi
nanti dah kawen
lepak la dengan bini sepuas-puasnya
jaga anak
jangan nanti bila dah kawen
sibuk jer memanjang nak keluar rumah
TROUBLE

yang keempat
mata aku nie sakit jer
bila tengok orang bercouple ini
naik motor sama-sama
tak rasa malu ke
ulang alik sana sini
hantar pi kelas bagai
siap cium tangan
apa kejadahnya apa yang aku lihat tu
mungkin ini berlaku bagi couple yang baru mula-mula nak hidup
baru nak kenal dunia ini
TROUBLE

yang kelima
pendedahan kepada budaya yang tidak elok
sebagai contoh
orang yang bercouple ini akan menjadi satu contoh
yang tidak elok kepada adik-adik kita yang lain
takut nanti mereka pulak yang akan meniru aksi
meniru gaya dan cuba untuk bercouple juga
takut-takut nanti
diakhirat kelak kita akan dipersalahkan
kerana memberi contoh yang tidak baik
sehingga menjadi ikutan orang lain
TROUBLE

yang keenam
couple ini boleh menjatuhkan maruah agama Islam
sedangkan bukan agama yang patut dipersalahkan
tetapi penganut agama Islam itu sendiri
kerana tidak mengikut undang-undang Allah
tidak mematuhi syariat Islam itu sendiri
jangan disebabkan nila setitik
rosaklah susu sebelanga
nanti lahirlah orang-orang
yang menjadi Islamophobia
yang takut untuk mendekati agama Islam
TROUBLE

yang ketujuh
banyak membuang masa dengan chat sana-sini
yang dimaksudkan dengan msg,wassup,ym,skype mahupun wechat
sebagai contoh
rakan sekelas
yang mana sering memegang hp ketika belajar
asyik msg ketika belajar
makanya tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajarannya
pelajaran jadi merosot
lalu dibuang universiti
ke tidak merugikan disitu
menghancurkan harapan kedua ibubapa
TROUBLE

yang kelapan
kegedikkan yang melampau-lampau(haha)
kalau kita tengok adik-adik kita yang berpasangan ini
kebanyakkan banyaknya show off awek atau pakwenya di fb
sebagai contohnya
bergambar bermesraan dengan pasangan masing-masing
komen-komen yang memuntahkan
sayanglah,bi la, baby laaa, madu laaa, rindu laaa
dan macam-macam lagi
aiooooooo
ini mahu bikin malu
sakit mata tengok
TROUBLE

Paling sakit nanti
bila diakhirat kelak
kita ditanya akan perbuatan kita di dunia
masa yang Allah beri kepada kita
apakah digunakan dengan jalan yang betul
jalan yang diredhai Allah
bagi  kaum lelaki
cuba belajar jadi pemimpin
bagi ayah
didik anak-anak
perhatikan tindakkan anak-anak
dengan siapa mereka berkawan
jangan sesuka hati mengizinkan mereka keluar berdua-duaan dengan berlainan jantina
kerana yang ketiga itu syaitan
bagi abang dan adik
kalaulah nampak akak atau adik perempuan nak menggedik bercouple
putuskan niat mereka
lainlah kalau mereka betul-betul
tujukan niat untuk bernikah....

kesimpulannya
couple make trouble
nak elakkan terus mendapat dosa
nikah atau putus......












No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan