Tuesday, February 11, 2014

Dua mata? kenapa bukan satu,tiga,empat?

Assalammualaikum

kadang-kadang aku tertanya-tanya
kenapa Allah bagi dua mata
dan bukannya satu,tiga,empat mata pada manusia
kerana apa
setiap yang diciptakaan Allah mestilah ada hikmahnya

pada suata petang
aku mendengar sebuah ceramah agama
lupa siapa penceramahnya
tetapi apa yang disebut oleh ustaz tersebut adalah
tentang kenapa kita diberikan dua mata

kerana apa?
hikmahnya adalah kerana
satu mata kita untuk melihat kebaikan orang
dan satu mata lagi untuk kita melihat keburukkan ataupun kelemahan diri kita

dan
bila difikirkan balik
memang ada betulnya
memang ada hikmahnya
kalau kita mampu untuk melihat sebegitu rupa
mungkin hidup kita ini bahagia
mungkin hidup kita  ini terhindar dari sifat dengki
sifat iri hati apabila melihat orang lain bahagia
lain orang lain cara pandangnya
lain orang lain tafsirannya

dapat disimpulkan disini adalah
supaya kita sebagai manusia
biarlah kita sentiasa melihat kebaikan orang
dan bukannya melihat keburukkan orang lain
biarlah kita sentiasa melihat kelemahan diri kita
kerana dengan melihat kelemahan diri kita
secara tidak langsung kita akan sentiasa membaiki diri
menjadi seorang mukmin yang lebih baik
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan