Friday, December 20, 2013

Oh my menteri-menteri

Assalammualaikum

Seiring dengan kenaikan harga minyak di Malaysia
hampir keseluruhan harga barang naik
termasuklah makanan harian kita

kalau kita lihat
bila harga minyak turun
harga barang-barang lain tidak akan turun
itu adalah beban yang ditanggung oleh rakyat
bukan pada kerajaan

kenapa mesti perlu naikkan harga minyak?
dan bukan benda lain?
ataupun kurangkan kadar belanja menteri-menteri
kurangkan hiburan yang melalaikan di Malaysia ke
apa-apalah
janji bukan menaikkan harga minyak

arghhh
xfaham aku politik ini
xfaham aku politik dekat Malaysia ini

(bah kata jambu MLM)
pening3

Apa yang naik?

ayam
sayur
ais
tambang moneral,lrt,bus,taxi
tol
gula
petrol
diesel
elektrik
dan sebagainya

sesuai dengan kenaikan harga minyak
ramai peniaga juga turut serta
menaikkan harga jualan masing-masing
gaji tidak naik
tetapi barang-barang keperluan naik

arghh
aku pun xfaham
dengan kerajaan yang memerintah sekarang ini
seperti perpatah melayu
'sudah jatuh ditimpa tangga'

manusia semakin ramai
persaingan mencari kerja semakin sukar
banyak  fresh graduate yang menganggur
belajar lama-lama,tetapi peluang mendapatkan pekerjaan pun semakin nipis

kadang-kadang kesian pulak pada orang yang menyokong parti tersebut
ingin dilhat memudahkan rakyat
tetapi sebaliknya
menyusahkan rakyat

politik pada dasarnya
adalah benda yang baik
politik sepatutnya membantu masyarakat menyelesaikan kemelut masalah yang mereka hadapi
kalaulah politik itu bertindak balas menjadi kepada keburukkan
aku rasa
itu bukan politik
itu adalah satu jenayah
jenayah yang lebih kejam

apa kata menteri kita:

Bila harga gula naik dikatakan untuk mengawal penyakit diabetis
Bila tol naik dikatakan guna jalan biasa
Bila ayam naik disuruh makan daging
Bila minyak naik dikatakan rasionalisasi
Bila tambang LRT naik dikatakan masih termurah di dunia
Bila harga sayur naik dikatakan tanam sayur sendiri
Bila harga elektrik naik dikatakan.......

Kadang-kadang tengok menteri ini komen
macam budak sekolah rendah punya jawapan pun ada
kadang-kadang terfikir
apa kelayakan dia menjadi menteri
layak ke digelar menteri?

Aku harap sangat pemerintah yang zalim
dapat berubah menjadi insan yang berdiri di atas ajaran Islam
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah
dan juga banyakkan dekatkan diri dengan agama Islam
dekatkan diri dengan Allah s.w.t
semoga mendapat taufiq dan hidayahnya...


Seperti mana kata-kata Mahatma Ghandi yang cukup popular:

"To fight for the people,You must live like the people.Then you know their heart and needs."

Begitulah dengan pemimpin kita
memang mereka tidak akan rasa
apa yang rakyat di bawah rasa
jikalau mereka tidak merasa kesusahan yang dihadapi rakyat
jikalau mereka tidak pernah hidup seperti rakyat yang susah
bagaimana cara mereka mendapatkan rezeki
bagaimana mereka meneruskan kelangsungan hidup
bukan hanya pandai berkata-kata
bermadah pujangga dan sebagainya

tiba-tiba aku merasakan negara Malaysia patut mengubah sistem pemerintahan
dari sistem demokrasi ke sistem KHALIFAH
kan lebih berkat di situ
kita ikut cara sistem pemerintahan Islam dan bukannya sistem pemerintah yang diciptakan oleh orang barat iaitu sistem demokrasi
'tepuk dada tanya Iman'
ermmmm

haaaaaaaaaaaaa
REFORMASI
(hahahahaha)

kbye...


2 comments:

  1. "pening aaah"
    tu bukan ayat shuib sepahtu ke bro?
    btw,suka cara pemikiran bro ni.
    keep writing bro.

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan