Assalammualaikum..
Hari ini aku hendak kongsikan sedikit tip bagi mengisi masa lapang tidak kiralah hujung minggu atau tidak
mana-mana yang sesuai bolehlah engkau orang ikut
mana-mana yang tidak sesuai dengan jiwa engkau orang
kau orang boleh letak tepi jauh-jauh
ataupun hanya sekadar membaca tip ini
ataupun hanya membaca buah fikiran aku yang tidak berapa nak macam jepun itu
boleh jadi tip ini agak pelik
boleh jadi tip ini agak ketinggalan zaman
boleh jadi tip ini melangkaui pemikiran engkau orang semua
boleh jadi tip ini hanya sekadar borak kosong semata-mata
boleh jadi tip ini boleh menyihatkan tubuh badan engkau orang
boleh jadi tip ini boleh mendatangkan wang
boleh jadi tip ini boleh menjadi penyebab kepada kebaikan
boleh jadi tip ini (banyak sangat boleh jadi daaa)
ok....
jom membaca tip ini dan hayatinya:
Yang Pertama
Membaca Al-Quran beserta maknanya.Bukan semua orang boleh buat,walaupun nampak mudah membaca Al-Quran beserta maknanya.Hayati setiap kalam-kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Yang Kedua
Membaca buku.Membaca lagi. Seperti mana yang kita tahu membaca ini dapat menambahkan pengetahuan dari tidak tahu kepada tahu. Lagi banyak membaca lagi bagus. Tetapi kena ingat pastikan bahan bacaan itu mempunyai kandungan yang menepati syariat Islam.
Yang Ketiga
Beriadah.Beriadah ini dalam erti katanya bersukan.Tidak kiralah sukan apa yang ingin engkau orang cuba.Sebagai contohnya jogging,futsal,berbasikal,badminton dan sebagainya.
Yang Keempat
Mengemas rumah.Tidak kiralah sapu sampah ke atau buang sampah.Mana-mana yang sesuai.Mengemas rak buku pun boleh
Yang Kelima
Membantu ibubapa.Berikan kasih sayang.Urut badan mak ayah itu! dan juga memudahkan urusan mak ayah.Macam-macam cara kita boleh membantu mak ayah.
Yang Keenam
Travel.Sesungguhnya melancong ini boleh membuka minda kita.Melihat benda-benda yang baru. Dari situlah kita boleh melihat keindahan alam ciptaan Allah. Kita juga dapat mengenal pelbagai kaum yang diciptakan Allah s.w.t supaya kita saling mengenal antara satu sama lain.
Yang Ketujuh
Membasuh kereta atau pun motorsikal.Bagi yang mempunyai kenderaan bolehlah membasuh motor supaya tidak nampak buruk pulak nanti.
Yang Kelapan
Menulis.Menulis adalah salah satu cabang untuk kita berdakwah.Tulisan juga mampu mengubah pemikiran seseorang dari negetif ke positive dan juga dari positive ke negative.Maka berhati-hati dalam menulis.
Yang Kesembilan
Tidur.Tidur ini aku tidak berapa hendak setuju sangatlah tetapi kalau memang sudah letih sangat tidur boleh menjadi ubat atau terapi diri.(wakaka)
Yang Kesepuluh
Mengisi masa lapang dengan keluarga.Tidak kiralah apa aktiviti, janji isi masa bersama keluarga semoga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Yang Kesebelas
Bermain permainan digital.Contohnya bermain PS.XBOX,komputer game dan sebagainya.Jangan bermain terlalu lama sehingga melalaikan.Kalau boleh hanya bermain dalam 1-2 jam sahaja.
Yang Keduabelas
Belajar memasak. Lebih diutamakan adalah perempuan, tetapi kalau lelaki hendak belajar pun apa masalahnya.Boleh jugak nanti bila sudah kahwin bolehlah tolong isteri memasak sekali gitu.
Yang Ketigabelas
Mendengar tazkirah ataupun majlis ilmu. Disitukan terletaknya taman-taman syurga.Jangan malu-malu hendak menghadiri ke majlis ilmu.Perkara yang disukai oleh Allah s.w.t.
Yang Keempatbelas
Jalan-jalan cari makan.Benda ini pun aku suka.Kita mencuba makanan yang pelbagai rasa.Etnik pun pelbgai. Semua etnik ada keistimewaan dia sendiri tetapi pastikan makanan yang kita makan itu adalah halal yer.
Yang Kelimabelas
Bermain muzik. Kita boleh mengisi masa lapang dengan bermain muzik. Tidak salah rasanya bermain alat muzik tetapi jangan sampai melalaikan perintah agama. Boleh jadi kita boleh berdakwah melalui muzik. Sebagai contoh penyanyi nasyid ataupun abang sham kamikaze.
Aku rasa itu jer kot..
Ok da..bye..
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan