Saturday, December 21, 2013

Cadangan hadiah kahwin

Assalammualaikum....

Ini satu kes yang memeningkan kepala aku
kena memerah otak yang geliga ini
memikirkan hadiah yang sesuai untuk kawan akak aku yang hendak mendirikan rumah tangga
dia punya kawan
aku pulak kena fikirkan
part yang paling best sekali
bila dia suruh aku pergi beli
tetapi apa ada hal
kecik punya hal
boleh settle bro
lu kan engineer
(hahahaha)

Bila aku fikir-fikirkan balik
biar hadiah itu sesuai digunakan oleh kedua-dua belah pihak
tidak kiralah lelaki mahupun perempuan
kan itu lebih cun(lebih baik)
kalau bagi dekat hadiah dekat pengantin perempuan
pengantin lelaki pun boleh menggunakannya
dan sebagainya

Ini adalah list-list hadiah yang aku rasa sesuai diberikan kepada mempelai pengantin:

1) Set pinggan mangkuk (yang ini biasa orang bagi)
2) Set sudu (biasa gak)
3) Set cawan (biasa gak)
4) Langsir
5) Selimut
6) Set DVD Ustaz Azhar Idrus (UAI) atau ceramah-ceramah agama yang lain
7) Frame gambar
8) Cadar katil
9) Set pisau
10) Periuk dan kuali
11) Barangan elektrik(iron baju,blender,etc)
12) Buku (yang paling aku rasa nak bagi)
13)Thermos
14)Jam bingkai
15) Frame ayat-ayat Al-Quran
16) Rak buku
17) Dapur Gas
18) Sejadah
19) Set baju tidur
20) Lesung batu
21) Penimbang berat badan
22) Alatan bersukan (dumble,etc)
23) Tupperware (bekas simpan makanan)
24) Cermin
25) Rak buku atau rak kasut
26) Mangkuk tingkat

dan macam-macam lagi laaa
lagipun akak aku sudah memberi tahu tentang bajet hadiah itu
tidak melebih dari RM 50.00
tetapi aku terlebih bajet sedikit
sikit jer
tidak banyak manapun

apa yang telah aku beli ialah termos
aku rasa termos ini kegunaannya lebih lama
lebih tahan lama,lasak,sesuai di bawa ke mana-mana
yang pastinya membawa manfaat kepada si pengguna
semoga mendapat redha Allah

rancanglah hadiah apa yang patut dibeli
jangan main beli jer (hahaa)
Kita merancang,tetapi Allah adalah sebaik-sebaik perancang

Seperti mana yang disebut di dalam surah Al-Anfal ayat ke-30:

A030

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya


Hadiah yang telah siap dibalut:








No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan