Friday, November 11, 2011

11.11.11

Disebabkan tarikh hari ini adalah 11.11.11 dan jatuhnya pada hari jumaat, maka mulalah terdetik hati untuk mengupdate blog yang tak seberapa canggih ni. Kita mulakan pembacaan kita dengan bismillahirrahmanirrahim... Semoga kita mendapat reda dari Allah. Bila kita fikirkan semula waktu yang lepas-lepas, setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Maka kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT yang Maha Pengampun setiap hari dan setelah itu hendaklah muhasabah diri sendiri.

Muhasabah diri sangatlah penting kerana dengan muhasabah diri kita dapat merasa bersyukur kepada Tuhan. Dengan bermuhasabah jugalah kita akan tahu dan sedar betapa pentingnya masa, dan apa yang telah kita lakukan pada masa yang lepas. Adakah mendapat reda dari Allah ataupun sebaliknya? Dan apakah masa yang akan datang ini akan kita gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat keredaan dari Allah?
"Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran" ~Surah Al-Asr~
Muhasabahlah diri kita dari apa yang kita miliki, bersyukurlah dengan seadanya.

Sebelum kita memikirkan hendak berkata yang tidak baik,
Berfikirlah tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata.

Sebelum kita mengeluh kita tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat,
Berfikirlah tentang manusia-manusia yang tidak mempunyai makanan langsung.

Sebelum kita mengeluh ibubapa kita tidak mempunyai harta yang banyak,
Berfikirkanlah manusia yang tidak mempunyai ibubapa.

Sebelum kita mengeluh kita tidak mempunyai kenderaan untuk ke sesuatu destinasi,
Berfikirlah tentang manusia yang tidak mempunyai kaki untuk berjalan.

Sebelum kita mengeluh tentang tempat tinggal kita,
Berfikir tentang manusia yang langsung tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Sebelum kita mengeluh tentang karenah adik-beradik kita,
Berfikirlah mereka yang tidak mempunyai adik-beradik yang merasa kesunyian.

Sebelum kita mengeluh tentang betapa susahnya belajar,
Berfikirlah tentang manusia yang walaupun sudah berumur tapi masih mahu menuntut ilmu.

Sebelum kita mengeluh tentang perbuatan rakan-rakan terhadap kita,
Berfikirlah manusia yang kesunyian tiada berkawan.

Sebelum kita mengeluh tentang kehidupan kita,
Berfikirlah kita masih beragama Islam dan masih bersujud kepada Allah yang Maha Besar.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah yang memberi kita nikmat yang tidak terkiranya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ~Ar-Rahman: 13~


p/s: hari-hari pun kena muhasabah diri..:)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan