Showing posts with label makan cerita. Show all posts
Showing posts with label makan cerita. Show all posts

Friday, April 06, 2012

kisah bau KASTURI dan ZINA.


Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah kerumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. ^_^....bley share...ini pun copy

Sunday, April 01, 2012

Melaka vs UiTM

Assalammualaikum,semua mesti sehat,insyaALLAH.Petang tadi aku menyaksikan perlawanan bola antara Melaka mentang UiTM bersama si dia.Aku pun xtahu nak sokong siapa,Melaka atau UiTM.Melaka tanah air aku,manakala UiTM tempat aku belajar.Maka kesimpulannya aku sokong dua-dua(hehe).

Antara gambar yang sempat aku ambik:











Saturday, March 17, 2012

UiTM Dihatiku- Nike Run

Kecewa sedikit sebab pengajur iaitu nike menarik diri saat-saat akhir,tetapi tidak mengapalah lari untuk berseronok saja-saja jer.Aku dapat juga menangkap beberapa keping gambar melalui camera phone aku.Kualiti gambar camera ini memang diakui teruk.tak cantik mana pun.Aku ingat boleh la belajar cara berlari dengan betul.Lagi satu yang kecewa tu,sebelum bermulanya larian takder warm up badan pun.Kalau yang jarang bersukan itu,memang akan terasa sakit laa.Itu sebab la aku berjalan dulu sebelum memulakan larian.hehe








tu jerr ke

tu jer?
tu jer ke kau mampu buat?
tu jer ke kau mampu capai?
tu jer ke kau rasa kau da cukup pandai?
tu jer ke kau mampu memberi idea?
tu jer ke imaginasi kau?
tu jer? yang tuuuuuuu jerr?

tu dia ayat klise yang merendah-rendahkan orang lain,letih telinga aku dengar
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.penatlah macam ini,cubalah bagi semangat ke,dorongan ke,kan lebih bagus.betul tak?

"wahh gempak gila kau buat.......!tapi kalau tambah sikit'gula' boleh pergi jauh ni'

atau

"ehhhh,macam ada something jer xkena..apa erk?"

orang kata,agak-agaklah kalau nak bahan orang pun,bagi teguran membinalah sikit,baru boleh maju,ini bukan menjatuhkan semangat nak belajar lagi adalah......

Friday, March 02, 2012

irfan khairi


Aku minat sangat dengan irfan ni.Bukan minat bercinta k(heheh) tetapi minat cara dia berniaga.Terasa hendak sangat  mempelajari cara dia berniaga.Nanti bila hendak pencen nanti,aku nak buka satu kedai macam supermarket.Itu antara target aku yang aku hendak capai ada kedai sendiri.Lepas itu,aku hendak buka cawangan supermarket aku sendiri .Aku akan cuba mempelajari ilmu yang dia sampai dalam laman web dia sendiri  http://www.irfankhairi.com/blog/.Doakan aku dapat buka supermarket sendiri.Amin.







Tuesday, February 28, 2012

7 'c' sebab suami benci isteri



Satu hari,aku berjalan-jalan keseorangan bertemankan basikal buruk yang agak berusia lamanya.Sedang aku memerhati keadaan sekeliling hatiku mula terpaut pada sesuatu yang membuatkan aku mula berfikir sejenak.Tatkala melihat mereka bercerekarama aku mula takut,risau,gelisah melihat perlakuan mereka.Lalu terlintas di fikiranku,kenapa berlaku begitu,sedangkan mereka pasangan suami isteri yang ketika dulu bercinta,berjanji manis sehidup semati kian bergaduh seakan-akan tidak penah hadir kasih-sayang antara mereka.Persoalannya disini,kenapa berlakunya pergaduhan tersebut.Mungkin disebabkan kurang kefahaman antara mereka,mungkin disebabkan ego masing-masing yang tidak mahu mengalah dan bermacam-macam mungkin agaknya.Jangan kita mencari-cari kesalahan pasangan masing-masing.Disini ada sedikit maklumat yang mungkin berguna untuk tatapan semua.


Daripada Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah


C1.Cabar


Sebagai isteri jangan sesekali mencabar suami,kerana suami pantang dicabar.


C2.Cabul


Perbuatan atau kata-kata isteri yang tidak sopantidak sesuai dengan sifat perempuan yang lemah lembut


C3.Celupar


Mulut isteri yang selalu bercakap kotor


C4.Comot


Comot bila berada dirumah(bersama suami) 


C5.Cemburu


Cemburu tidak bertempat atau cemburu berlebih-lebihan


C6.Cerewet


Cerewet tidak bertempat,tidak tahu bersyukur.


C7.Cincai


Semua kerja dibuat dengan cincai,tidak tahu mengemas rumah,jaga suami cincai-cincai dan lain-lain yang cincai-cincai.


Ok....sudah habis,jangan tidak ikut para wanita.hehehe





Friday, February 17, 2012

Maulidur Rasul 2012

Assalammualaikum...Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam.Walaupun sudah beberapa hari berlalu,tetapi aku masih hendak bercerita tentang sambutan Maulidur Rasul.Pada pagi 16.2.2012 aku sudah siap-siap mandi nak pergi ke bus station.Ok..setelah aku menghidupkan enjin aku terasa didalam kocek seluar terasa ada sesuatu yang menggaru-garu paha aku yang menyebabkan aku terasa geli-geli gitu.Oh.rupanya aku telah mendapat msg dari seseorang.

Setelah membaca msg tersebut,aku membuat keputusan untuk pergi menjelaskan  bil internet yang tertunggak dalam beberapa hari.Dalam perjalan tersebut,sesampai je di taman maju,aku terdengar suara-suara yang berselawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.Dengan secara automatiknya mulut aku turut mengalunkan selawat tersebut.Kulihat tangki minyak meter menunjukkan minyak ditakat yang berbahaya,maka aku mengambil keputusan untuk berhenti rehat di shell taman Maju.Setelah menuang minyak sehingga penuh aku meneruskan perjalanan aku mencari pejabat pos untuk membayar bil internet.

Dalam perjalanan tersebut,aku melihat sebuah bangunan merah lalu aku memberi signal ke kanan untuk memasuki ke kawasan bangunan tersebut.Oh,rupa-rupanya aku telahpun sampai ke pejabat pos.Maka aku pun mematikan engin motor dengan perlahan-lahan.Aku gapai kunci lalu memasukkan kunci ke kocek seluar ku.

Aku pun memasuki pejabat pos dengan rasa gembira.Aku mengambil numbor dan menunggu giliranku dipanggil.Numbor yang aku dapat adalah 2026.Setelah numbor aku dipanggil aku pun terus pergi ke pak cik posmen lalu memberi salam dengan senyuman mesra.Setelah membayar bil internet aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke bus station.

Di dalam perjalanan tersebut,aku berhenti seketika.Di sinilah peristiwa ini berlaku.Ku lihat orang ramai berselawat sambil berarak dengan memegang sepanduk.Ku ambil camera lamaku,laluku cuba mengambil beberapa gambar.








Ok,cerita pun sudah habis.Selamat menyambut Maulidur Rasul.





Friday, February 10, 2012

Kisah Benar Anak Gadis Celaka Malukan Keluarga

Kisah nie,aku copy jer..sebab aku rasa ada pengajaran dalam cerita nie..ok..jom baca


Kisah kali ini diceritakan oleh seorang hamba Allah di sebuah taman perumahan di sekitar Ipoh(namanya dirahsiakan)…Kisah ini amat menyentuh jiwa saya apabila ianya diceritakan kembali oleh salah seorang anak murid pengajian saya di taman perumahan tersebut…..

Ceritanya mengisahkan seorang ayah dari keluarga yang miskin..kerja sendiri hanya menoreh getah..datangnya jauh dari kampung..dengan menaiki teksi..membawa beg dan barang-barang milik anak gadisnya.. yang dapat melanjutkan pelajarannya di sebuah institusi pengajian di Ipoh..menyewa di rumah sewa bersebelahan dengan rumah tuan empunya cerita ini.

“Masih saya ingat lagi ustaz…. bagaimana senyuman bangga ayah si gadis ini… yang terlalu seronok kerana anak gadisnya berjaya melayakkan dirinya menjadi pelajar di Institut Pengajian Tinggi

“Saya dapat melihat dengan jelas..bagaimana ayah si gadis ini ..sibuk mengangkat barangan anaknya..dengan mulutnya riuh rendah..sambil melemparkan senyuman kepada dirinya…sebagai jiran kepada anaknya itu.Setelah bersalaman dengannya..ayah si gadis ini ramah menceritakan kejayaan anaknya..dan anaknya itulah yang diharapkan akan menempah kejayaan ..seterusnya dapat membela hidup mereka sekeluarga suatu hari nanti.

Sedang kami berbual.. terdengar anak gadis si ayah ini merungut…katanya “Ayah…kat sini tak ada tilam..la..takkan nak tidur atas toto aje ..nanti sakit lah badan along ni..!!” kata anak gadisnya merungut manja…sambil meneruskan bebelannya dengan suara yang kurang jelas.

Ayahnya hanya tersengih..sambil menjawab “nantilah ayah belikan..tengah ni duit ayah dah habis…. beli kelengkapan kamu…kita bukan orang senang…”

“Ok lah ok lah…tapi ayah beli cepat sikit tau…nanti macam mana along nak belajar..tidur tak selesa….nanti tak boleh tidur….haaa..ganggu prestasi along..!!”

Ye la…ye la…..nanti ayah beli lah….”

Sebulan telah berlalu…si ayah belum lagi nampak ..kelibatnya membawa tilam yang dijanjikan…mungkin..sedang kumpul duit nak beli tilam agaknya…maklumlah kerja kampung bukan orang senang….rumah yang anaknya sewa pun bayarannya kongsi ramai-ramai…satu rumah duduk lapan orang.

“Apa yang tak seronoknya ustaz ialah….budak-budak perempuan di sebelah rumah saya tu…pada mula mereka duduk menyewa tiada apa masalah ataupun gangguan
tapi lama kelamaan..rumah sewa anak dara di sebelah saya ni dah mula dilawati oleh budak-budak lelaki…ada yang datang bermotosikal dan ada yang datang dengan menaiki kereta….

“Entahlah ustaz..bukan tak tegur..dah tegur dah….tapi jawab budak lelaki yang datang bertandang tu…pakcik ni sapa?…bapak diorang ke ..????” terkedu saya ustaz apa nak dikata lagi…..”Kadang-kadang ustaz bebudak lelaki tu duduk rumah sewa budak perempuan sampai ke tengah malam….gerun saya ustaz….!!”

“Pernah sekali tu saya terfikir untuk melaporkan perkara ini kepada penguatkuasa jabatan agama…tetapi saya risau pulak nanti bebudak lelaki tu akan serang saya balik..atau apa-apakan keluarga saya..saya pun ada anak dara ustaz…risau saya ustaz…apalah upaya saya ustaz…”

“Berkenaan dengan anak gadis si ayah yang malang ni tadi..setiap hari keluar dengan pakwenya…maklumlah orang sedang bercinta..bercouple…mak bapak pulak jauh ..jadi line clear…ustaz..kadang-kadang tengah malam baru nampak balik ke rumah sewanya..entah lah..sedih saya apabila mengenangkan bapanya yang cukup baik.”

Suatu petang ustaz….sedang anak gadis si ayah ni keluar macam biasa dengan pakwenya….ayah si gadis ini sampai ke rumah sewa anak gadisnya….dengan menaiki motorsikal..di belakang motorsikalnya itu terikat tilam kekabu….sambil dia berhenti ..lalu terkial-kial si ayah ini cuba menongkatkan motornya…kerana tilam kekabu itu berat…..kemudian si ayah itu menjerit memanggil nama anaknya.. sambil mengelap peluhnya yang mengalir laju…terdengar suaranya yang mengah..memanggil-manggil anaknya..tetapi tiada sahutan…sunyi…kerana hari itu hari cuti…ada yang dah balik kampung hujung minggu dan ada yang biasa la..tengah menenggek di belakang motorsikal pakwe mereka…termasuklah anak gadis si ayah yang malang ini.

“Saya pun keluar dari rumah….lalu memanggil si ayah ini tadi..abang..mari masuk berehat di rumah saya dahulu…bebudak ni tak ada mereka keluar agaknya…”kata saya kepada si ayah .”

“Ke mana mereka pergi….agaknya…keluar ramai-ramai ke.bila balik agaknya.?” tanya ayahnya…bertalu-talu…saya hanya mendiamkan diri….lalu saya berkata kepada si ayah…tak mengapa bang…rehat dulu..abang letih tu datang dari jauh….bawak masuk motor abang tu ke dalam laman rumah saya….”

Si ayah bersetuju kerana tiada pilihan lain…nak balik alang-alang..dah sampai ..bukannya dekat..lagipun bukan senang nak datang balik…..si ayah nampak keletihan sambil menolak motorsikalnya dengan beban tilam yang berat.

Si ayah menunggu…sehinggalah waktu maghrib telah masuk….si anak masih tidak balik lagi….saya mengajak si ayah masuk ke dalam rumah mandi dan menunaikan solat maghrib ..kemudian saya menjamunya makan malam.Si ayah nampak keberatan tapi apa kan daya kerana menunggu anaknya …lantaran hati kecilnya merasa risau kalau-kalau anaknya tidak selesa tidur di atas toto…takut kesihatan anaknya terganggu.

Sedang kami duduk menunggu anaknya….yang masih tidak balik walaupun waktu isyak sudah lama berlalu….tiba-tiba si ayah sudah mengesyaki sesuatu…..lalu bertanya kepada saya…”Anak saya ni keluar dengan siapa sebenarnya encik?”
Saya hanya terdiam…tak terkata apa-apa….lalu saya menjawab…”beginilah bang..abang tunggulah sampai dia balik ..lihatlah sendiri dan tanyalah sendiri dengannya.”

Si ayah semakin risau……dan semacam sudah mengesyaki sesuatu yang tidak baik sedang dilakukan oleh anak gadisnya itu.

Tepat pukul 2.15 pagi…barulah anak gadisnya pulang..dengan membonceng motorsikal pakwenya..memeluk mesra…pakwenya….berhenti di depan rumah sewa
Si anak gadis itu kemudiannya turun dari motorsikal pakwenya…sambil menanggalkan topi keledar diikuti oleh pakwenya,..itu….mereka tidak terus berpisah tetapi berbual mesra di hadapan rumah..tanpa menyedari…perlakuan mereka itu dilihat oleh kami berdua….

Mereka berpegangan tangan..sambil ketawa….bergurau….dan tiba-tiba..pakwe si gadis itu mencium bibirnya…!!!Subhanallah….saya tak boleh bayangkan keadaan ayahnya ketika itu yang bangun dan hendak bergerak menuju ke arah anaknya…tetapi saya tahan….kata saya kepada ayahnya..:”Jangan bang…sekarang dah pagi…jangan mengamuk tengah ni nanti..abang yang dapat malu…biarkan budak lelaki itu balik dulu”

Hampir setengah jam kami melihat babak mesra bercumbu dan berpeluk itu…barulah budak lelaki itu pulang…si gadis itu pun masuk ke rumahnya…..
Setelah beberapa minit barulah ayahnya menolak motorsikalnya…dan menghidupkan enjin lalu berhenti di depan pintu pagar rumah anaknya..seolah-olah dia baru sampai…lalu dia memanggil nama anaknya….

Anak gadis ini membuka pintu sambil merungut terkejut dengan kehadiran ayahnya pada lewat pagi sebegitu…sambil katanya..:”hah ayah apasal datang pagi-pagi macam ni…..tak boleh tunggu besok..?

Si ayah terus meluru lalu menampar…muka anak gadisnya…menjerit-jerit…marah..”Oooo…..buat apa datang pagi buta ye….kamu tahu tak… aku sampai sejak dari petang tadi..menunggu kamu…bawakkan tilam untuk kamu…..jenuh aku tunggu kamu….ni ha…pakcik ni yang tumpangkan aku..rehat..sembahyang …makan…..aku datang dari jauh letih…sebab risaukan kamu…sayangkan kamu..tapi kamu…keluar sampai jauh malam….dengan pakwe kamu ye…dah la tu kamu bercium beromen depan aku..anak tak tahu diuntung….aku malu tau tak…maluuuuu….anak kurang ajar..anak derhaka….anak tak mengenang budi…..aku jaga kamu….aku tatang kamu macam minyak yang penuh….macam ini balasan kamu…macam ni balasan kamu..pada aku..haaaa!!! anak sial……..berdebub…gedebab….kali ini saya lihat dia terajang anaknya ustaz…..saya masuk ke dalam rumah dan memegang si ayah dan memintanya mengucap….beristighfar….bersabar……….

Anak gadisnya…menangis meraung…merayu…memohon keampunan…..hu hu hu ayahhhh…ampunkan alongggg….huwaaaaa…ayah alongggg salah …along berdosa dengan ayah…..hunhuuuuuu…….!!

Kau memang anak celaka…..memalukan keluarga…orang tua..kalau mak kamu tahu ni pasti mak kamu akan sedih sangat….tadi..mak kamu nak ikut..rindu nak tengok kamu…aku tak bagi tau tak…. sebab nak bawak tilam ni….kamu tau tak tilam ni berat….tilam kekabu…aku bawak dari kampung jauh….terhoyong hayang aku..bawak motor…tadi pun nyaris tak kena langgar dengan lori..tau tak…??
Kata si ayah sambil menangis…….suasana pilu…..saya juga menitiskan air mata….sedih melihat ayah yang separuh abad,,,menangis kecewa dengan perbuatan anak gadisnya.

“Sudah..kau kemaskan barang….pagi ni jugak balik ikut aku….balikkkkk…ikut aku…cepatttt,………kata ayahnya….

Sejak itu ustaz saya tak nampak lagi anaknya itu balik ke rumah sewa disebelah rumah saya itu…Tilam yang dibawa oleh ayah si gadis itu masih ada di rumah saya ditinggalkan oleh ayahnya…kerana tidak mampu dibawa balik lantaran si ayah membawa anaknya balik pada malam itu juga.

Pada malam itu juga si anak gadis itu balik ke kampungnya,….dengan membonceng motor…tetapi bukan di belakang pakwenya…tetapi dibelakang bapaknya……kesiannn ustaz…kesiannnn…

Wednesday, December 07, 2011

kelebihan menjadi degil



Disini aku nak berkongsi sedikit kelebihan orang-orang degil. Tapi info ni jangan percaya sangat. Baca boleh, percaya tu, kurang-kurangkanlah. hehehe...


  1. Orang yang degil ni tidak mudah putus asa. Sebabnya orang yang degil ni die susah nak mengaku kalah.
  2. Orang yang degil juga selalunya sangatlah setia. Sebabnya orang degil ni die tak suka bermain dengan lelaki lain. Kalau dah sayang kat laki tu, laki tu je la yang akan die sayang sampai bila-bila.
  3. Orang yang degil ni selalunya tetap pendirian. Sebabnya kalau die dah suka kat satu benda tu, die akan suke dekat satu tu je la sahaja. Orang macam ni kalau di suruh tukar brand perfume die, memang die tak nak punye la.
  4. Orang  degil selalunye akan serius pada perkara yang die lakukan. Sebab die degil, die akan berusaha untuk dapatkan ape yg dia mahukan sampai dapat.
  5. Orang degil ni selalunya susah nak terpengaruh dengan kata-kata dan pujuk rayu orang keliling. Tapi sekali die da terpengaruh, memang susah nak betulkan keadaan balik..
  6. Orang degil ni selalunya kedekut. Haa orang cam ni memang bagus jadik bendahari kat dalam organisasi. Sebab kalau die kedekut, die akan tapis betul-betul wang keluar dan wang masuk. Kire telili la diorang ni..

Tuesday, November 22, 2011

esok dapat cuti sebab menang bola sukan sea?


Baiklah, perdana menteri kata tidak boleh cuti sebab boleh merugikan negara. Kita perlu bekerja keras k. Terima kasih. Heheheheh....

Thursday, November 17, 2011

malaysia 1-indonesia 0 sukan sea ke-26 2011


Aku bangga jadi rakyat Malaysia. Walaupun baru jer peringkat kumpulan, Malaysia sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Tahniah kepada skuad bawah 23 malaysia.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Disebabkan tarikh hari ini adalah 11.11.11 dan jatuhnya pada hari jumaat, maka mulalah terdetik hati untuk mengupdate blog yang tak seberapa canggih ni. Kita mulakan pembacaan kita dengan bismillahirrahmanirrahim... Semoga kita mendapat reda dari Allah. Bila kita fikirkan semula waktu yang lepas-lepas, setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Maka kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT yang Maha Pengampun setiap hari dan setelah itu hendaklah muhasabah diri sendiri.

Muhasabah diri sangatlah penting kerana dengan muhasabah diri kita dapat merasa bersyukur kepada Tuhan. Dengan bermuhasabah jugalah kita akan tahu dan sedar betapa pentingnya masa, dan apa yang telah kita lakukan pada masa yang lepas. Adakah mendapat reda dari Allah ataupun sebaliknya? Dan apakah masa yang akan datang ini akan kita gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat keredaan dari Allah?
"Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran" ~Surah Al-Asr~
Muhasabahlah diri kita dari apa yang kita miliki, bersyukurlah dengan seadanya.

Sebelum kita memikirkan hendak berkata yang tidak baik,
Berfikirlah tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata.

Sebelum kita mengeluh kita tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat,
Berfikirlah tentang manusia-manusia yang tidak mempunyai makanan langsung.

Sebelum kita mengeluh ibubapa kita tidak mempunyai harta yang banyak,
Berfikirkanlah manusia yang tidak mempunyai ibubapa.

Sebelum kita mengeluh kita tidak mempunyai kenderaan untuk ke sesuatu destinasi,
Berfikirlah tentang manusia yang tidak mempunyai kaki untuk berjalan.

Sebelum kita mengeluh tentang tempat tinggal kita,
Berfikir tentang manusia yang langsung tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Sebelum kita mengeluh tentang karenah adik-beradik kita,
Berfikirlah mereka yang tidak mempunyai adik-beradik yang merasa kesunyian.

Sebelum kita mengeluh tentang betapa susahnya belajar,
Berfikirlah tentang manusia yang walaupun sudah berumur tapi masih mahu menuntut ilmu.

Sebelum kita mengeluh tentang perbuatan rakan-rakan terhadap kita,
Berfikirlah manusia yang kesunyian tiada berkawan.

Sebelum kita mengeluh tentang kehidupan kita,
Berfikirlah kita masih beragama Islam dan masih bersujud kepada Allah yang Maha Besar.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah yang memberi kita nikmat yang tidak terkiranya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ~Ar-Rahman: 13~


p/s: hari-hari pun kena muhasabah diri..:)

Terbaek vs abi_aboy

Assalammualaikum, 

ok hendak dipendekkan cerita, aku baru sahaja mencuba video recorder yang baru didownload. Aku pun cuba dengan bermain chess secara online. Dalam perlawanan tersebut, aku mungkin sekadar bernasib baik memenangi perlawanan tersebut walaupun sudah beberapa hari tidak bermain chess dek kenara telah kecundang berkali-kali sehingga menyebabkan aku berehat dalam arena chess. heheh.. Nak cakap aku handal main tu xder la, cuma aku reti ler jugak main chess ni daripada tak tahu main langsung. Chess ini jugaklah salah satu permainan wajib yang akan aku main tiap-tiap hari selain melayari internet.. :) Baiklah kawan-kawan, kamu-kamu semue boleh melihat video perlawanan tersebut di bawah. Sebelum itu, aku nak minta maaf diatas kekurangan kualiti video ini.


p/s : terbaek = aku.. hehe
.

Saturday, October 01, 2011

Kebakaran di Kolej Jati Uitm Shah Alam

Mungkin ada yang penah dengar cerita tentang kebakaran di kolej jati. Agak mengejutkan juga api yang marak nampak besar gak laa. Alhamdulilah, kebakaran tersebut tak melibatkan kemalangan nyawa manusia. Kat sini aku ade attachkan video tentang kebakaran tersebut.


p/s: jangan fikir bara rokok tak boleh jadi api yang besau

Monday, September 12, 2011

Perlawanan yang paling dramatik

Apa yang anda lihat di atas adalah perlawanan chess yang sungguh sengit. Dalam perlawanan ini, aku hampir-hampir kalah, tetapi berjaya juga menang akhirnya.

Pengajaran: Berjuanglah hingga ketitisan darah terakhir. Jangan mudah mengaku kalah walaupun kita rasa kita tidak mampu. Buang pemikiran yang negatif. Sentiasa berfikiran positif.

p/s: aku suka maen chess!

Friday, September 09, 2011

seram: Hantu Bonceng


Hehe, mesti ada dalam kalangan kita yang sudah pun menonton cerita hantu bonceng kan? Kalau dah tgok, mesti korang akan cakap cerita ni kelakar kan? kehkehkeh.. Tapi aku bukan nak cerita pasal hantu bonceng yang ni. Yang aku nak cerita ni kisah pasal hantu jugak. Tapi hantu jalan.............  weeeee....... Segalanya terjadi pada bulan lepas. Aku ngan adik aku tengok midnight movie kat melaka. Dalam perjalanan balik ke rumah tu, lebey kurang dalam jam 12.30am (kalo xsilap aku laa..)

Dalam perjalanan di mana kiri kanan jalan tu ladang kelapa sawit, aku terpandang satu kelibat seorang perempuan. Elok berdiri terpacak kat tepi jalan. Tanpa berfikir yang bukan-bukan, aku sempat gak usha 'minah pacak' tu. Aku tengok 'minah' tu seakan2 sedang menunggu sesuatu. Tunggu bas kot..kehkehkeh

Muka 'minah' tu aku nampak samar2 je, yang aku tahu 'minah' tu punye rambut punye laa panjang. Aku pon buat2 cool je laa. Konon tak de apa2 yang jadi..

Agak2 da jauh sket, aku tanye adek aku, "ko nampak tak ape yang aku nampak?" Rupe2nye adek aku pon nampak 'minah' yang aku usha tadi... 

Jantung aku mula dupdapdupdap berdegup laju sebab 'minah' yang adek aku nampak ni bukan setakat berdiri kat tepi jalan je, tapi tengah terbang dengan gembiranya kat sebelah aku. Rasa seram sejuk tu tok sah nak cakap laa. Nak terkencing pun ade gak. kehkehkeh.. Hampir tak tidur malam aku dibuatnya dek terbayang aksi ghairah 'minah' tu.

p/s: kalo dah tahu jalan tu memang ade 'minah', tok sah la tunjuk berani nak usha si minah..hahah

Sunday, January 16, 2011

Computer-aided design

Tajuk jer dah nak best, tapi memang best pun design-design nie. Bile pikir balik, dulu masa kecik-kecik, macam-macam aku imagine. Nak buat inilah, itulah. Tapi bile dah besar jer, daya imaginasi tu macam dah kurang jer.


Masalah aku sekarang, aku tak tahu nak design projek ape untuk tugasan aku. Ada apa-apa idea tak? (^_^) Please help me.. hehe

CAD

Thursday, September 30, 2010

mcd olympic day run




Lari! lari! dan terus berlari!! Mcd olympic day run ni adalah race yang pertama aku sertai. kalau nak ikutkan, seminggu sebelum larian tu diadakan adalah minggu yang sangat memenatkan. Macam-macam benda yang aku kena selesaikan, tambahan pulak dengan baru balik beraya. memang sangat sibuk. Training pun setakat seminggu jer, macam mana nak menang. Bajet boleh laa dapat medal. Tapi hancur lebur impian aku.

Tapi daripada larian pertama ni lah, dapat jugak laa aku mengukur sejauh mana tahap kekuatan kaki ngan mental aku. Rasenye aku memang masih tak layak nak bersaing dengan senior-senior urc yang lain. Aku perlukan lebih banyak latihan. Tapi masalahnye nak pegi latihan punye laa malas. heheh..

Nak diceritakan pasal pengalaman mase larian tu, maklum laa first time masuk, rase teruja pun ada gak. Aku tidur 2 jam je masa malam sebelum larian tu. Bukan pasal tak boleh tido, cume takut tak terjaga jer pagi esoknye. Terlepas pulak larian tu nantikan? heehe... Maka aku pun tidur-tidur ayam jer. heheh.

Lutut pulak sebenarnya sakit. Jadi aku pun lari main-main jer la, takut tercabut pulak lutut mase lari, kan ke susah.. kuang3.

Masa larian tu, aku lari macam biase jer, walaupun lari macam 'biase', aku tak penah tak potong orang dan orang pun tak penah tak potong aku. hahah. Kire seri laa.. At least aku dapat jugak kekalkan pace aku, cuma mase lari naik bukit jer tercungap sikit, maklum laa, berlatih dekat stadium yang tanah rata, memang rase laa perbezaan masa lari naik bukit tu.

Dalam pertengahan larian, aku mula melangkah dengan lebih laju, ramai gak yang aku dapat potong. Maklum laa aku mula dari belakang. Memang penat laa nak memotong orang. Potong punye potong, ade lagi orang kat depan. Sampai penamat pun aku tak habis memotong lagi. heheh.

Catatan mase aku tak sebaik mane pun. 40 minit 38 saat untuk larian sejauh 7 km. Bagi aku, catatan masa  memang lambat laa, ni semue sebb bukit punyer pasal la.. heheh.

Aku rasa sedih jugak laa sebab tak dapat medal. Niat di hati, aku nak dapatkan hadiah medal tu untuk someone, tapi apekan daya, aku masih tak mampu lagi untuk dapatkan medal tu. Walaupun kalah, aku tetap happy, sebab dapat kenal dengan kawan-kawan baru, kawan-kawan urc. Aku tengok semua sporting jer, boleh buat member kot. Nak-nak yang perempuan-perempuan tu comel bangat..hehe (gatal)

Yang paling malang sekali, kasut aku pulak tertinggal kat dataran merdeka, gara-gara terlupa nak ambik. Rase macam sengal pulak. Dah ler kalah, kasut pulak tertinggal. heheh.. Aku baru jer pakai sebulan kasut tu. Bak kata orang tua-tua, 'dah jatuh ditimpa tangga'. Sabar jer la. Masa sampai umah sewa, baru sedar kasut tertinggal. hehe.. Sorry laa tak der gambar nk tunjuk, Nikon D3000 aku tak beli lagi. hehe

p/s: setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. sabar yer Tarmizi.. :)

Sunday, August 29, 2010

Misteri kehilangan berus gigi

"Mane BERUS GIGI aku??!!! Sape yang KEBAS nie!! Akunye berus gigi dah hancur pun mau ambikkah??" Itulah luahan hati mangsa yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan berus gigi.

Nak dijadikan cerita, hari nie aku nak citer pasal misteri berus gigi. (hahahahah) Setiap kali menyebut tentang perihal berus gigi ni, manusia mesti tak terlepas daripada menggunakan berus gigi. Mesti la kan.. Ke ade sape-sape yang nak ngaku tak penah gosok gigi sepangjang hidup die? hehehehh.. So, setiap orang mesti ade berus gigikan tak kire la warna ape, jenis ape, janji ade berus gigi.

Ini adalah gambaran berus gigi yang hilang itu:


Kepada sesiapa yang terjumpe berus gigi seperti yang digambarkan, diharap dapat menghubungi aku di talian bebas tol, hehe.. Ok, lets go to the main story.

Hari tu, mase aku nak balik kampung, aku dalam keadaan tergesa-gesa pegi ke toilet rumah sewa aku, konon-konon tak nak membazir elektrik laa, lalu aku pun tak bukak lampu toilet. Dalam kegelapan tu aku capai laa berus gigi yang ada tanpa rasa curiga pon. Tengok-tengok masa aku kat kampung, time nk pi gosok gigi, sekali membe aku punyer daaa.. tak gosok gigi aku 2 hari tu.. Mulut pun, faham-faham laa bau ape.. hahah.. Bau kasturi kot.. =_='

Balik je rumah sewa, aku tanya sorang membe aku nie, orang panggil die nie Achik. Perbualan aku dengan membe aku seperti berikut:

Aku : Achik, aku terambik berus gigi sapa tah, nak pakai berus gigi tu, tengok-tengok macam berkulat jer, malu aku nak pakai

Achik : Berus gigi tu warna ape?

Aku : Rasa-rasa aku warna hijau kot, ade daki-daki sikit dekat berus gigi tu. Hahaha!!!!

Achik : Kurang asam mu nie! Berus gigi aku tu! mati-mati aku ingat berus gigi tu masuk lubang tandas.. Aku sayang sangat kot berus gigi aku tu. Dah lama aku jaga berus gigi aku tu. Itu yang ada kulat-kulat sikit tu. Berus gigi nie banyak berbakti kot dekat aku. Aku sayang berus gigi aku nie........

Aku : Hahah, ko punya sayang berus gigi macam sayang makwe jer...

Begitulah cerita pasal misteri berus gigi. Ape macam, seramkan cerita ni? Mula-mula aku fikir tak nak cerita kat sini. Takut-takut nanti ada yang tak boleh tidur malam. hahah

p/s: kisah benar kot...