Thursday, November 17, 2011

amalan yang dapat mengelakkan hati menjadi 'batu'




Alhamdulilah, syukur di atas pemberian nikmat Tuhan yang tidak terkira, dapat juga kita bertemu kembali. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Bila kita melihat dari pelbagai sudut, sungguh banyak amalan yang menyebabkan hati menjadi 'batu' dan hari ini dapat kita lihat penyebaran bahan-bahan berbaur maksiat yang berleluasa. Hal ini amat membimbangkan buat generasi kini serta yang akan datang.


Baiklah hari ini aku hendak berkongsi bagaimana cara untuk mengelakkan hati menjadi batu. Diharap penerangan di bawah dapat membantu anda serba sedikit tentang kehidupan.

Empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

Jika solat lima waktu kita tidak dijaga, ia akan menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu. Ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah .

Jagalah hati kerana hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat. Baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.


Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim di mana apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk. 


Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: 
“Wahai Luqman, sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.”
Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.


Disamping itu, berlebihan dalam berkata-kata juga menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa kerana dikhuatiri semakin banyak seseorang itu berkata-kata, semakin banyak fitnah atau pembohongan yang terkeluar. 


Dalam sebuah kisah, ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar,Nabi kemudian menjawab: 
“Beristighfar dahulu sebelum bercakap.” 
“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati." 
Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya:
“Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.” 
Luqman memberi petua, 
"perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” .
Selain itu, bagi wanita yang sudah berumah tangga, mereka perlulah mengingatkan kepada suami agar membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.


Ada sebuah kisah tentang seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya, kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh. Rasulullah berkata:
“Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.” 
 Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki, salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber yang haram.


Selain itu, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.


Untuk menjadi suami contoh, perlulah bertanya kepada diri mereka. Adakah mereka sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Oleh itu, binalah keluarga sehingga ke syurga dengan menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan. Melakukan solat berjemaah dapat menambahkan keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.


Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari.


p/s:sumber diedit dari mymetro

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan