Wednesday, December 07, 2011

kelebihan menjadi degil



Disini aku nak berkongsi sedikit kelebihan orang-orang degil. Tapi info ni jangan percaya sangat. Baca boleh, percaya tu, kurang-kurangkanlah. hehehe...


  1. Orang yang degil ni tidak mudah putus asa. Sebabnya orang yang degil ni die susah nak mengaku kalah.
  2. Orang yang degil juga selalunya sangatlah setia. Sebabnya orang degil ni die tak suka bermain dengan lelaki lain. Kalau dah sayang kat laki tu, laki tu je la yang akan die sayang sampai bila-bila.
  3. Orang yang degil ni selalunya tetap pendirian. Sebabnya kalau die dah suka kat satu benda tu, die akan suke dekat satu tu je la sahaja. Orang macam ni kalau di suruh tukar brand perfume die, memang die tak nak punye la.
  4. Orang  degil selalunye akan serius pada perkara yang die lakukan. Sebab die degil, die akan berusaha untuk dapatkan ape yg dia mahukan sampai dapat.
  5. Orang degil ni selalunya susah nak terpengaruh dengan kata-kata dan pujuk rayu orang keliling. Tapi sekali die da terpengaruh, memang susah nak betulkan keadaan balik..
  6. Orang degil ni selalunya kedekut. Haa orang cam ni memang bagus jadik bendahari kat dalam organisasi. Sebab kalau die kedekut, die akan tapis betul-betul wang keluar dan wang masuk. Kire telili la diorang ni..

1 comment:

Tinggalkan pesanan