Assalammualaikum
Mencegah lebih baik dari mengubati
yer semua orang tahu tentang
frasa kata ini
frasa kata yang penuh bermanfaat
penuh dengan kebaikan kalau kita ikuti
namun manusia sering mengikut
kata-kata nafsu
yang mahukan keseronokkan duniawi
yang sementara ini
berbalik tentang frasa kata tersebut
ingin aku memberi beberapa contoh
untuk anda menilai tentang frasa kata tersebut
begini ya
ada sebuah jalan yang agak lurus
maka di jalan tersebut
ada jalan yang mempunyai lubang yang berbahaya kepada pengguna
apa yang patut anda lakukan?
baiki terus
ataupun tunggu ada orang da cedera baru hendak baiki
yuppp
kita kena cegah secepat yang mungkin
jangan ada mangsa yang menjadi sasaran lubang tersebut
begitulah masalah yang di hadapi kita sekarang
kita da tahu yang hisap rokok tu
mendatangkan pelbagai penyakit
tetapi tetap di antara kita masih menghisap rokok
walaupun da keluar fatwa
tentang pengharaman menghisap rokok
yer..kenapa masih ramai yang menghisap rokok?
pokok pangkalnya
kita kena tahu root cause
penyebab kepada masalah
kalau kita tahu menghisap rokok itu mendatangkan penyakit
haram
kenapa masih ada penjualan rokok di kedai-kedai
kenapa mesti ada kilang yang menghasilkan rokok
kenapa tidak tutup sahaja kilang rokok tersebut
kalau kita lihat
ada juga kemalangan jalanraya yang berlakunya
disebabkan dari budaya meminum minuman keras
ramai yang tahu
side effect meminum minuman keras
sudah tentu
bagi umat Islam haram meminum minuman keras
tetapi ada juga segolongannya yang masih degil dengan perintah Allah
berbalik kepada masalah ini
kenapa tidak kita haramkan penjual minuman keras di pasaraya dan sebagainya
kenapa kita tidak tutup sahaja kilang-kilang yang menjual minuman keras?
main no. ekor
main apa lagi
main yang melibatkan perjudian
ada juga orang yang beragama Islam yang terbabit dengan gejala yang tidak sihat ini
tetapi masih juga berlaku
kenapa masih berlaku
tiada kuatkuasa undang-undang?
kita berbalik kepada root cause
penyebab kepada masalah
ketua kepada masalah
kita da tahu berjudi itu haram bagi umat Islam
tetapi kenapa mesti ada kedai no ekor
tetapi kenapa mesti ada pusat perjudian
kenapa kita tidak tutup sahaja
lagi apa
mencuri
ini lagi satu kes yang agak parah di Malaysia
serius
bagi aku
Malaysia bukan lagi negara yang aman
cuba tengok
rompakkan bersenjata
kes ragut yang menyebabkan kehilangan nyawa
berapa ramai lagi nyawa yang hendak di ragut
kita kembali kepada root cause
kenapa benda-benda ini
makin menjadi-jadi
bagaimana hendak membanteras jenayah
mungkin penjenayah tersebut ada sebab-sebab tertentu
tetapi masakkan boleh dibiarkan benda ini terjadi
sampai bila
sampai kita pula menjadi mangsa
sampai ahli keluarga kita pulak?
cuba kita ambil contoh negara Brunei
bilamana Sultan Brunei telah melaksnakan hudud
apa yang berlaku
kadar jenayah di Brunei telah menunjukkan angka menurun
difahankan sebanyak 50 peratus kadar jenayah dapat diturunkan
selain itu
negara Brunei telah menemui telaga minyak yang mampu digunakan selama 600 tahun lamanya
barangkali bumi Brunei telah mendapat barakah
daripada perlaksanaan undang-undang huduh
negara Malaysia sepatutnya menjadikan Brunei sebagai contoh
berbalik kepada isu semasa
buang anak
rogol sana-sini
pakaian yang mendedahkan aurat
budaya couple
apa bende ini
tak takutkan dengan seksaan Allah
banyakkan bertaubat kepada Allah
berbalik kepada root cause
punca kepada masalah
barangkali kurangnya perhatian ibubapa kepada anak
lalu anak mencari kasih sayang di tempat yang lain
barangkali mudahnya mendapat sumber video lucah
barangkali pemakaian yang menjolokkan mata
mengiurkan kepada buaya darat yang mencari sasarannya
lemahnya iman di hati
mungin tiada iman langsung
nur iman yang telah hilang sejajar dengan ledakkan maksiat yang dilakukan
oooooo negara Malaysia
sampai bila masalah gejala sosial ini ingin berlaku
kenapa accecss internet berbentuk lucah masih boleh di access di Malaysia
kenapa di youtube masih ada lagi
video yang boleh menaikkan nafsu shawat
kenapa mesti ada lagi artis-artis yang membuka aurat
kenapa tidak berlakon dengan menutup aurat
tak boleh ke?
kenapa mesti banyaknya lambakkan filem-filem sampah
di manakah filem-filem yang mampu melahirkan Al-Fateh
di manakah filem-filem yang mampu menguatkan lagi hubungan kita dengan pencipta
di manakah filem-filem yang mampu menjadi inspirasi yang baik kepada anak-anak muda
sepatutnya
di Malaysia
mesti ada pemantauan dalam pembikinan sesebuah filem
kita pantau dan kaji sebelum
ada badan-badan yang bertanggungjawab dengan tegas
jangan ambil endah tak endah jeeee
ooooo
dunia yang kian menjadi sarang maksiat
jika kita tidak sama-sama membendung masalah ini berlaku
siapa lagi yang akan membendungnya?
bermula dari diri kita
kita laksanakan syariat Islam
ikutilah Al-Quran dan As-Sunnah
semoga mendapat syurga itu nanti....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan