Saturday, January 04, 2014

Mati

Assalammualaikum.

Berbicara tentang kematian
mesti di antara kita cuba mengelak
isu ini
kalau tidak seorang
mungkin 2,3,4,5,6,7,8,............

Apa yang dapat kita gambarkan pada pemikiran kita
jika kita berbicara tentang kematian?
menuju ke alam lain?
berseorang?
kebahagian?
seksa?
soal jawab?
dan macam-macam lagi

jab3
soal jawab?
soal jawab apa yer?
pernah ke engkau orang tahu tentang hadis yang membicarakan tentang soal jawab pada hari kiamat nanti

jom kita tengok sikit hadis ini
manalah tahu dapat menyentuh sedikit hati-hati engkau orang
tidak banyak, sedikit pun jadi
'Hidayah Milik Allah'


Diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Mas’ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada Hari Kiamat dari sisi Tuhannya sehinggalah ditanya tentang 5 perkara :
Umurnya kemana ia dihabiskan?
Masa mudanya kemana ia dihabiskan?
Hartanya diperoleh dari mana?
Hartanya kemana ia dibelanjakan?
Ilmunya apa yang diamalkan?
(Riwayat At Tirmizi)
terasa takut ke tidak bila di tanya soalan yang sebegitu rupa?
baru 5 soalan ditanya
tetapi rasa tidak mampu untuk menjawabnya
soalan yang membunuh
lebih dasyat dari soalan-soalan Exam dunia ini

ok

berbalik kepada topik kita
mati
kematian
death
setiap benda yang bernyawa pasti akan mati
tetapi bagaimanakah
untuk kita hadapi kematian itu
apakah persediaan kita

mesti engkau orang da ada persedian masing-masingkan
macam-macam cara yang kita boleh buat
untuk merebut syurga itu
dan macam-macam cara juga
untuk kita merasa seksa neraka itu
mestilah kita tidak mahu merasa seksa neraka itu
seksaan Allah amatlah dasyat

ceritanya bermula begini
mesti engkau orang pernah tengok
pencetus ummah
hari itu peringkat separuh akhir rasanya
bilamana
PU kene bergabung
menyampaikan tazkirah masing-masing

sedang mereka sibuk memberi tazkirah
antara salah seorang PU
telah membicrakan
tentang hadis yang berbunyi seperti berikut:

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya

(HR. Muslim no. 1631)

bila aku terdengar PU tersebut melafazkan hadis tersebut
tiba-tiba hati aku bergetar
minda aku mula mengorak langkah
berfikir tentang hadis tersebut
memikir tentang hikmah
disebalik hadis tersebut

ermmm????
daripada tiga amalan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w
anak yang soleh itu
aku tak kahwin lagi
maka tiada anak hendak mendoakan aku
kalau sedekah jariah itu
mana yang aku mampu
mana mungkin untuk menandingi Abu Bakar As -Siddiq
ilmu yang bermanfaat
mana-mana yang boleh kita kongsi
kita kongsi...ler

bersiap sediakah kita?
sob3

ok bye...









No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan