Thursday, January 01, 2015

Keberkatan

Assalammualaikum

Selamat datang tahun 2015
pejam celik pejam celik sudah tahun 2015
25 tahun hidup
terasa cepat sungguh masa berlalu
bila usia kian meningkat tua
bermakna
kita juga semakin dekat pada kematian
sesungguhnya orang yang selalu mengingati mati
adalah orang yang bijak pandai
iaitu
orang yang ingat akan adanya kehidupan akhirat
kehidupan yang kekal abadi

Aku berharap
tahun ini aku mampu melakukan sesuatu yang luar biasa
mampu membantu ekonomi umat Islam
umat Islam perlu memperkuatkan ekonomi negara
supaya kita tidak bergantung kepada barang-barang dari luar negara
jadilah usahawan
cari jalan supaya kita mampu menjana ekonomi sendiri
berusaha bersungguh-sungguh
jangan mengaku kalah untuk menggapai impian kita
bantulah umat Islam yang memerlukan pertolongan
tunjukkanlah budaya dan sifat-sifat mulia
jauhkan diri daripada maksiat
kerana maksiat itu sendiri
akan menutup pintu rezeki anda
banyakkan beristiqfar
semoga kehidupan kita penuh dengan keberkatan

Assalammualaikum

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan