Wednesday, February 01, 2012

Jangan berputus asa

Di dalam kehidupan ini,mungkin pernah di antara kita berasa putus asa.Saya sendiri pun pernah juga berasa putus asa di mana apabila keputusan spm yang digapai tidak memuaskan.

Perasaan kecewa yang membuak-buak setelah berusaha bersungguh-sungguh.Mungkin kecewa saya tidak sama dengan kecewa orang lain.Ada kecewa tidak dapat tengok bola,ada kecewa disebabkan bergaduh dengan buah hati,ada kecewa tandas awam penuh dan sebagainya,tetapi biarlah kecewa kita kerana tidak dapat melakukan perkara yang baik.
 

Semua yang berlaku semestinya mempunyai maksud yang tersendiri.Kita merancang tetapi tuhan yang menentukan.Sebagaimana yang kita tahu sebaik-baik perancangan adalah perancang ALLAH S.W.T dan sebagai seorang yang beragama Islam janganlah kita berputus asa sebagaimana Allah berfirman:


Ibrahim berkata, 'Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Rabb-Nya, kecuali orang-orang yang sesat'." (Al-Hijr: 56).
Allah SWT berfirman, "Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87).

Maka di sini,kita dapat lihat bersifat berputus asa adalah satu sifat yang tidak baik.Maka dapat kita simpulkan,jauhi diri kita dari sifat berrputus asa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan