Sunday, June 11, 2017

Sibuk

Pejam celik-pejam celik
umur sudah menginjak 27 tahun
masa berlalu bergitu pantas
pantas sekali
sehinggakan kita lupa
kita mempunyai kehidupan yang lagi satu
kehidupan yang kekal abadi

Sesibuk mana pun kita
ingatlah
kita hidup di dunia ini sementara
sebarkan kasih sayang
sebarkan cinta
tunjukkan peribadi yang mulia
kita tidak ada masa lagi

Allah bagi kita masa 24 jam sehari
tetapi apa yang kita lakukan untuk agama Allah
kita banyak sembang?
sedangkan waktu-waktu mustajab berdoa
adalah ketika waktu hendak berbuka puasa
banyakkan berdoa,banyakkan membaca
jangan sibuk dengan hp saja
sehinggakan berdoa juga melihat hp
manusia apa tuan ni..
ingat tuan berdoa dengan siapa?
kawan-kawan tuan?

Cuba ikhlaskan diri untuk berdoa
jangan sibukkan diri dengan benda yang lagha
selepas berdoa, selepas solat pun boleh lihat hp tu
tak lari gunung di kejar
kenapa waktu untuk beribadat juga mahu melihat hp tu
ke tuan hendak tayang hp tuan?

Cuba tuan berikan contoh yang baik
kepada anak-anak
masyarakat
buka mata tu
buka mata hati
jangan tutup mata tu
nanti tertutup
tidak nampak jalan di dunia mahukan diakhirat
kerana apa
kerana kita tidak nampak cahaya
tidak nampak nur Allah
disekeliling kita...


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan