Saturday, March 26, 2016

cinta tak cukup

Assalammualaikum

cinta sahaja belum cukup untuk kita membina masjid
membina masjid itu besar tanggungjawabnya
banyak perkara yang perlu kita fikirkan

membina masjid membawa erti di sini adalah
membina rumah tangga yer
jangan salah faham disini

berbalik dengan perkara di atas
apabila kita mempunyai keinginan
ke arah untuk membina masjid
kita perlu tahu selok belok agama kita

solat kita macam mana
haru biru atau tidak
bacaan al-Quran kita
betul atau tidak
tajwid
hukum hukum agama
halal haram
nafkah anak isteri
tanggungjawab mendidik keluarga

setiap hari
kita perlu memperbaiki diri kita
kearah yang lebih baik

dalam masjid ada tiang
tanpa tiang masjid tersebut
tidak berdirilah masjid tersebut
manakala
solat pulak adalah tiang agama
tanpa solat
tiadalah tiang agama
begitulah juga
dalam rumah tangga ada tiang
iaitu suami
tanpa suami yang soleh
berbolak balik rumah tangga

cinta tak cukup
ucapan syg tidak cukup
belum cukup untuk membina masjid
belum cukup....




2 comments:

Tinggalkan pesanan