Apabila kita mengetahui bahawasanya Allah s.w.t telah mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya.Maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat Islam.
Nikmat yang paling besar adalah Islam.Dan apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam.Dan nabi pernah berdoa “wahai yang menetapkan hati-hati,tetapkan hatiku di atas agamamu’.
Dan Nabi s.a.w telahpun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman ialah orang yang malamnya muslim dan paginya kafir atau paginya kafir, dan petangnya dia beriman.
Dan hari ini kita lihat disekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat(penipuan dan perkara yang meragukan) dan yang berbentuk syahwat yang menbangkitkan nafsu.
Tiada syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling dari agamanya.Tetapi Allah yang maha tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islam dan setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan ada gantinya dari Allah kecuali agama maka tiada gantinya.
Dan apabila Allah mencintai maka dia akan menetapkan kematian di dalam Islam.Supaya kita mati di dalam Islam.Jadikanlah hati kita gembira tatkala kita menyembah Allah.
Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian dia merasa gembira kerana menghadirinya.Kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari kegembiraan ini.
Bagaimana kita tahu bahawa kita tetap di atas Islam ialah apabila engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah.Jangan dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukan sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu,tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat dan mati di dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik berbanding mati di dalam kekufuran sebagaimana disebutkan di dalam doa para solehin ‘ya Allah sesungguhnya aku mencintaimu walaupun bermaksiat kepdamu’dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn al-Ash tatkala hamper waktu kewafatannya berkata;’ya Allah,aku bukanlah seorang yang lepas dari dosa maka aku memohon pengampunan dan bukanlah aku orang yang kuat dalam beribadah maka aku memohon pertolongan dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah’
Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah setelah engkau keluar dari masjid.Hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah menbangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapannya dan membawa engkau bergerak menuju rumahnya(masjid).
Inilah yang kita harapkan mereka apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka,mereka ditetapkan dan dimatikan di atasa agama dan tiada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu seseorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang muslim kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan muslim.Yakni Allah member kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita syurga tatkali kita memintanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan pesanan