Friday, November 30, 2012

deactive blackshot

aku rasa aku perlu deactivekn blackshot untuk menyelesaikan kerja-kerja fyp aku, kerja-kerja special topic aku ngn  eis lagi dan bermacam-macam kerja laaa...kiranya aku akan main blackshot sekiranya kerja-kerja tersebut telah siap.


Hati yg lalai

Bila kita dengar bacaan AL-QURAN, tetapi hati kita tidak tenang. Ada sesuatu pada hati kita. Baiki hubungan kita dengan ALLAH, baiki hubungan kita sesama manusia, baiki juga hubungan kita sesama kehidupan juga.

Tuesday, November 27, 2012

adizero adios 2

Assalammualaikum....akhirnya dapat juga aku merasa pakai kasut adizero adios 2 nie.Habis duit aku beli kasut nie.Cuba teka berapa harga?????..hahah..Disebabkan duit aku pun da habis,terpaksa la aku makan maggie.Sapa2 yang ada banyak duit tu,bolehlah menyalurkan sumbangan dekat aku.wakakaka.Agak-agaklah kenapa aku nak beli kasut nie? cuba teka?teka?dan teka?....ok masa da habis..meh aku citer sikit sebab2 aku nk beli kasut nie.

Sebab-sebab aku membeli kasut adizero adios 2:


  1. Aku punya kasut nak pi kelas da hancur..nanti aku tunjukkan
  2. Aku memang teringin nak pakai sejak sem 3 lagi masa mula-mula join club urc(uitm runner club)
  3. Aku rasa berbaloi sebab masa tu ada sale,dapat la 30 peratus discount.
  4. First time pakai kasut adidas beli sendiri..(wakaka)
  5. Aku nak tengok ada beza ke pakai kasut adidas berbanding kasut line seven(kasut lari sekarang
tu jer kot sebab die,kalau ada lagi sebabnya,nanti akan updatekan..haha.

Gambar-gambar kasut adizero adios 2:


right side






Sebenarnya aku xberkenan dengan warna die,xpi apakan daya, tinggal nie jer..=(..ok lah..sampai sini jer lah post aku untuk hari ini..Assalammualaikum...

Sunday, November 04, 2012

Kehidupan-episode 2

Aku mengambil berus gigi aku lalu aku mengambil ubat gigi maka aku meletakkan ubat gigi colgate tersebut ke atas berus gigi aku. Aku menggosok gigi dengan laju sekali dengan niat tidak mahu terlepas untuk solat berjemaah magrib. Selesai mandi,aku terus menggapai tuala aku sambil mengeringkan keseluruhan badanku. Selepas itu, aku menggapai pulak baju melayu serta seluarku lalu aku memakai dengan penuh gembiranya. Gembiranya diriku ini kerana aku telah siap untuk berjumpa KEKASIHKU sebentar lagi.

bersambung.....

Friday, November 02, 2012

Petua Untuk Mudah Bangun Subuh


• Tidur awal sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
• Ambil wuduk sebelum tidur.
• Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
• Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
• Pasangkan niat; “Aku nak bangun pukul …. kerana Allah s.w.t.”
• Maafkan semua orang sebelum tidur.
• Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
• Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
• Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
• Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun.

~ Ustaz Don Daniyal

Thursday, November 01, 2012

Kehidupan- episode 1

Setiap orang punya cita-cita, punya impian, punya harapan, punya teman-teman,punya kegemaran, dan juga punya KEHIDUPAN. Kehidupan yang bermacam ragamnya,bermacam gayanya penuh dengan suka-duka,pahit getir tetapi  kita masih berdiri masih menghirup udara maka bersyukurlah. Bersyukurlah dengan setiap nikmat yang kita perolehi dari tuhan pencipta sekalian alam iaitu Allah s.w.t kerana bersyukur itu lebih besar makamnya dari sabar.

Cerita ini tiada kena mengena yang hidup mahupun yang telah pergi. Hanyalah bayangan dari minda dikurniakan oleh Allah s.w.t. Secebis bingkisan, secebis ilham yang mahu disampaikan dengan rasa rendah diri.Maka bermulanya cerita ke alam mindaku.

Tatkala aku melihat jam yang menandakan sudah hampir untuk waktu solat magrib. Aku mula bersiap-siap untuk pergi ke surau untuk menunaikan solat magrib berjemaah.Aku mandi dengan penuh pantas seolah-olah waktu solat hampir bermula.

Bersambung.....