Showing posts with label makan teladan. Show all posts
Showing posts with label makan teladan. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

nikmat paling besar

Apabila kita mengetahui bahawasanya Allah s.w.t telah mengharamkan syurga bagi mereka yang kufur terhadapnya.Maka dari itu kita tahu bahawa sebesar-besar nikmat ialah nikmat Islam.

Nikmat yang paling besar adalah Islam.Dan apabila Allah menginginkan bagi hambanya kebaikan maka dia dimatikan dalam beragama Islam.Dan nabi pernah berdoa “wahai yang menetapkan hati-hati,tetapkan hatiku di atas agamamu’.

Dan Nabi s.a.w telahpun memberitahu bahawa antara tanda-tanda fitnah akhir zaman ialah orang yang malamnya muslim dan paginya kafir atau paginya kafir, dan petangnya dia beriman.

Dan hari ini kita lihat disekeliling kita berbagai perkara yang disebarkan yang berbentuk syubhat(penipuan dan perkara yang meragukan) dan yang berbentuk syahwat yang menbangkitkan nafsu.

Tiada syak lagi bahawa ini semua dapat menyebabkan seseorang itu berpaling dari agamanya.Tetapi Allah yang maha tinggi apabila mencintai seseorang hamba maka akan diwafatkan dia di dalam Islam dan setiap perkara yang ditarik dari kita pasti akan  ada gantinya dari Allah kecuali agama maka tiada gantinya.
Dan apabila Allah mencintai maka dia akan menetapkan kematian di dalam Islam.Supaya kita mati di dalam Islam.Jadikanlah hati kita gembira tatkala kita menyembah Allah.

Sebahagian orang apabila melakukan sesuatu perkara yang mubah atau makruh  seperti menghadiri sesuatu pertandingan atau majlis keramaian dia merasa gembira kerana menghadirinya.Kita tidak ingin membicarakan tentang perihal sesuatu golongan tetapi kita ingin mengambil faedah dari kegembiraan ini.

Bagaimana kita tahu bahawa kita tetap di atas Islam ialah apabila engkau merasa gembira tatkala engkau mentaati Allah.Jangan dilakukan sesuatu ibadat itu semata-mata untuk menyelesaikannya tetapi lakukan sesuatu ketaatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Tidak dimudaratkan oleh kemaksiatanmu,tetapi engkaulah yang binasa apabila engkau melakukan maksiat dan mati di dalam keadaan Islam dalam apa jua keadaan jauh lebih baik berbanding mati di dalam kekufuran sebagaimana disebutkan di dalam doa para solehin ‘ya Allah sesungguhnya aku mencintaimu walaupun bermaksiat kepdamu’dan seorang sahabat yang mulia Amru ibn al-Ash tatkala hamper waktu kewafatannya berkata;’ya Allah,aku bukanlah seorang yang lepas dari dosa maka aku memohon pengampunan dan bukanlah aku orang yang kuat dalam beribadah maka aku memohon pertolongan dan tiada bantuan dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah’

Apabila Allah telah menetapkan bagimu untuk solat subuh berjemaah setelah engkau keluar dari masjid.Hadirkanlah perasaan gembira bahawasanya Allah dengan rahmatnya telah menbangunkanmu dari tempat tidurmu dan menyebabkan engkau berdiri di hadapannya dan membawa engkau bergerak menuju rumahnya(masjid).

Inilah yang kita harapkan mereka apabila Allah inginkan kebaikan untuk mereka,mereka ditetapkan dan dimatikan di atasa agama dan tiada kegembiraan yang lebih besar bagi seorang hamba selain kegembiraannya terhadap Islam dan sebagaimana semua telah tahu seseorang hamba itu mestilah bersyukur kepada Allah kerana menjadikannya seorang muslim kita semua dengan rahmat Allah dilahirkan muslim.Yakni Allah member kita Islam tanpa kita memintanya maka semoga Allah mengurniakan kepada kita syurga tatkali kita memintanya.

Sunday, November 27, 2011

jangan bersedih


Kalau kamu-kamu semua berasa dalam kesedihan, cuba dengar video ini. perhatikan dan hayati. Insyaallah anda akan menemui sesuatu. Selamat mendengar. Jangan bersedih, sesungguhnya ALLAH bersama dengan kita.

Thursday, November 17, 2011

amalan yang dapat mengelakkan hati menjadi 'batu'




Alhamdulilah, syukur di atas pemberian nikmat Tuhan yang tidak terkira, dapat juga kita bertemu kembali. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Bila kita melihat dari pelbagai sudut, sungguh banyak amalan yang menyebabkan hati menjadi 'batu' dan hari ini dapat kita lihat penyebaran bahan-bahan berbaur maksiat yang berleluasa. Hal ini amat membimbangkan buat generasi kini serta yang akan datang.


Baiklah hari ini aku hendak berkongsi bagaimana cara untuk mengelakkan hati menjadi batu. Diharap penerangan di bawah dapat membantu anda serba sedikit tentang kehidupan.

Empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

Jika solat lima waktu kita tidak dijaga, ia akan menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu. Ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah .

Jagalah hati kerana hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat. Baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.


Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim di mana apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk. 


Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: 
“Wahai Luqman, sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.”
Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.


Disamping itu, berlebihan dalam berkata-kata juga menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa kerana dikhuatiri semakin banyak seseorang itu berkata-kata, semakin banyak fitnah atau pembohongan yang terkeluar. 


Dalam sebuah kisah, ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar,Nabi kemudian menjawab: 
“Beristighfar dahulu sebelum bercakap.” 
“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati." 
Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya:
“Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.” 
Luqman memberi petua, 
"perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” .
Selain itu, bagi wanita yang sudah berumah tangga, mereka perlulah mengingatkan kepada suami agar membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.


Ada sebuah kisah tentang seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya, kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh. Rasulullah berkata:
“Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.” 
 Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki, salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber yang haram.


Selain itu, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.


Untuk menjadi suami contoh, perlulah bertanya kepada diri mereka. Adakah mereka sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Oleh itu, binalah keluarga sehingga ke syurga dengan menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan. Melakukan solat berjemaah dapat menambahkan keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.


Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari.


p/s:sumber diedit dari mymetro

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Disebabkan tarikh hari ini adalah 11.11.11 dan jatuhnya pada hari jumaat, maka mulalah terdetik hati untuk mengupdate blog yang tak seberapa canggih ni. Kita mulakan pembacaan kita dengan bismillahirrahmanirrahim... Semoga kita mendapat reda dari Allah. Bila kita fikirkan semula waktu yang lepas-lepas, setiap manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Maka kita hendaklah sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT yang Maha Pengampun setiap hari dan setelah itu hendaklah muhasabah diri sendiri.

Muhasabah diri sangatlah penting kerana dengan muhasabah diri kita dapat merasa bersyukur kepada Tuhan. Dengan bermuhasabah jugalah kita akan tahu dan sedar betapa pentingnya masa, dan apa yang telah kita lakukan pada masa yang lepas. Adakah mendapat reda dari Allah ataupun sebaliknya? Dan apakah masa yang akan datang ini akan kita gunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat keredaan dari Allah?
"Demi masa. Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan orang yang beramal soleh, saling mengajak kepada kebenaran dan menasihati dengan kesabaran" ~Surah Al-Asr~
Muhasabahlah diri kita dari apa yang kita miliki, bersyukurlah dengan seadanya.

Sebelum kita memikirkan hendak berkata yang tidak baik,
Berfikirlah tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata.

Sebelum kita mengeluh kita tidak dapat menikmati makanan yang lazat-lazat,
Berfikirlah tentang manusia-manusia yang tidak mempunyai makanan langsung.

Sebelum kita mengeluh ibubapa kita tidak mempunyai harta yang banyak,
Berfikirkanlah manusia yang tidak mempunyai ibubapa.

Sebelum kita mengeluh kita tidak mempunyai kenderaan untuk ke sesuatu destinasi,
Berfikirlah tentang manusia yang tidak mempunyai kaki untuk berjalan.

Sebelum kita mengeluh tentang tempat tinggal kita,
Berfikir tentang manusia yang langsung tidak mempunyai tempat untuk berteduh.

Sebelum kita mengeluh tentang karenah adik-beradik kita,
Berfikirlah mereka yang tidak mempunyai adik-beradik yang merasa kesunyian.

Sebelum kita mengeluh tentang betapa susahnya belajar,
Berfikirlah tentang manusia yang walaupun sudah berumur tapi masih mahu menuntut ilmu.

Sebelum kita mengeluh tentang perbuatan rakan-rakan terhadap kita,
Berfikirlah manusia yang kesunyian tiada berkawan.

Sebelum kita mengeluh tentang kehidupan kita,
Berfikirlah kita masih beragama Islam dan masih bersujud kepada Allah yang Maha Besar.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah yang memberi kita nikmat yang tidak terkiranya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" ~Ar-Rahman: 13~


p/s: hari-hari pun kena muhasabah diri..:)

Saturday, October 15, 2011

jangan kahwini wanita yang 6

Pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Lelaki, 
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 

Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


Wanita Mananah
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu, wanita ini suka mengikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak. :)


Wanita Basaqah
Ada 2 makna:
Pertama,wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

p/s: dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...

Sunday, October 09, 2011

maksiat umpama dadah!

Apa yang anda faham tentang maksud maksiat? Kita sering mengata orang ini buat maksiat, orang itu menggalakkan maksiat, tetapi adakah kita tahu apa maksud maksiat itu sendiri? Mengikut wikipedia, maksiat itu bererti melakukan perkara yang dilarang, tercela dalam syariat Islam yang mana pelakunya akan mendapat dosa dengan apa yang dilakukan.

Manusia sering lupa, dosa maksiat boleh menyebabkan kita melakukan dosa yang lain. Seharusnya, kita hendaklah bertaubat dengan segera jika kita sedar akan keterlanjuran diri kita yang melakukan maksiat. Mohonlah keampunan daripada Allah SWT yang Maha Besar, yang sentiasa membuka pintu taubat untuk hamba-hambaNya.

Maksiat ini umpama dadah. Jika kita tidak merawat maksiat, ia akan membuka satu lagi lorong kemaksiatan.

Maksiat akan menghalang seseorang itu dari menerima hidayah dari Allah SWT. Pelaku maksiat akan merasa tidak aman dan tenteram di sepanjang kehidupannya. Hati pelaku maksiat sentiasa dalam keadaan gelisah, seiring dengan dosa-dosa yang dilakukan.

Jadi, marilah sama-sama kita hindari diri kita dari melakukan maksiat. Kuatkan iman kita, tingkat amal ibadat kita kepada Allah SWT. Semoga kita sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

InsyaAllah..

maksiat yang best

p/s: kalau nak elak perkara maksiat, perlu jauhi perkara yang mengundang maksiat..

Saturday, October 08, 2011

doa sewaktu sujud dan keistimewaannya

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah SWT. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah SAW;
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita akan mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah di dunia mahupun di akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud;
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengarkan itu, para sahabat pun bertanya;
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda;
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab;
"Bahkan !"
Rasulullah SAW menyambung;
"Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wuduk) putih berseri-seri oleh cahaya wuduk!!!"


KEISTIMEWAANNYA
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, Lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah SWT menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
 Begitulah Allah memuliakan hambaNya yang bersujud. Orang yang bersujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya daripada Allah SWT. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat dariNya.

p/s: lamakan waktu bersujud boleh mengubati sakit migrain..

dialog antara manusia, malaikat dan syaitan

Manusia: Eh, dah subuh dah?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam. Tunaikan solat subuh mu
Syaitan: Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni... Awal lagi ni.. zzZZz

Manusia: Nak makan, laparlah..
Malaikat: Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan: Ahh, tak payahlah... dah lapar ni! Makan saja.. Sedapnya...

Manusia: Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan: Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia: Alamak, dah lewat!
Malaikat: Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan: Ahhh? Awal lagi? Mmm.. Aaahh.. Suruh si X punchkanlah!

Manusia: Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan: Baru pukul berapa.. Rilex lah.. Awal lagi ni.

Manusia: Eh, eh.... Tak boleh tengok ni, berdosa..
Malaikat: Alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Syaitan: Perggghh... Best tu... Rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan: Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah... Pandai-pandai lah

Manusia: Aku telah berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... Muda lagi kan.. Lagipun hidup hanya sekali.. Rugilah..

Manusia: Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan: Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!

Manusia: Uuhhh.. Letihnya harini.. Tak solat lagi ni
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat
               itu wajib bagimu.
Syaitan: Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
  1. Anda: Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
  2. Malaikat: Ingatkan pada kawan yang anda kenal.. Sebarkanlah!
  3. Syaitan: Tak payahlah sibuk-sibuk.. Biar je di sini.. Bukan ada orang nak baca pon..
p/s: feel free to copy..:)

lelaki yang ditarik wanita masuk ke neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

15 perkara yang dilakukan akan mengundang bala

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

  1.  Harta negara hanya beredar dalam kalangan orang tertentu sahaja 
  2. Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain 


(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Thursday, September 29, 2011

best ke menipu?



Kalau kita lihat gelagat manusia sekarang, kita dapat lihat banyak antara mereka yang selalu berkata dusta. Untuk apa manusia itu berkata dusta? Apakah menipu itu mendatangkan kebaikan? Apakah menipu itu satu lumrah? Apakah menipu itu untuk mendatangkan kebahagiaan? Atau sebaliknya...?

Bagi pendapat aku, kita sebagai manusia yang duduk di muka bumi ini, jauhilah dari sifat menipu. Sifat menipu ini adalah salah satu sifat yang tercela yang sangat-sangat buruk untuk kita ikuti. Kalau kita lihat semula hadis, sifat menipu juga tergolong diantara sifat-sifat munafik. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah )“
Konklusinya, sama-samalah kita berusaha untuk menjauhi sifat berdusta ini agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang munafik.

Friday, September 09, 2011

seram: Hantu Bonceng


Hehe, mesti ada dalam kalangan kita yang sudah pun menonton cerita hantu bonceng kan? Kalau dah tgok, mesti korang akan cakap cerita ni kelakar kan? kehkehkeh.. Tapi aku bukan nak cerita pasal hantu bonceng yang ni. Yang aku nak cerita ni kisah pasal hantu jugak. Tapi hantu jalan.............  weeeee....... Segalanya terjadi pada bulan lepas. Aku ngan adik aku tengok midnight movie kat melaka. Dalam perjalanan balik ke rumah tu, lebey kurang dalam jam 12.30am (kalo xsilap aku laa..)

Dalam perjalanan di mana kiri kanan jalan tu ladang kelapa sawit, aku terpandang satu kelibat seorang perempuan. Elok berdiri terpacak kat tepi jalan. Tanpa berfikir yang bukan-bukan, aku sempat gak usha 'minah pacak' tu. Aku tengok 'minah' tu seakan2 sedang menunggu sesuatu. Tunggu bas kot..kehkehkeh

Muka 'minah' tu aku nampak samar2 je, yang aku tahu 'minah' tu punye rambut punye laa panjang. Aku pon buat2 cool je laa. Konon tak de apa2 yang jadi..

Agak2 da jauh sket, aku tanye adek aku, "ko nampak tak ape yang aku nampak?" Rupe2nye adek aku pon nampak 'minah' yang aku usha tadi... 

Jantung aku mula dupdapdupdap berdegup laju sebab 'minah' yang adek aku nampak ni bukan setakat berdiri kat tepi jalan je, tapi tengah terbang dengan gembiranya kat sebelah aku. Rasa seram sejuk tu tok sah nak cakap laa. Nak terkencing pun ade gak. kehkehkeh.. Hampir tak tidur malam aku dibuatnya dek terbayang aksi ghairah 'minah' tu.

p/s: kalo dah tahu jalan tu memang ade 'minah', tok sah la tunjuk berani nak usha si minah..hahah

Tuesday, September 06, 2011

sifat mahmudah

10 sifat mahmudah

Mengikut kitab HIDAYATUS SALIKIN yang dikarang oleh imam al-Ghazali telah mengupas yang mana terdapat 10 sifat mahmudah iaitu :

  1. Taubat
  2. Takut akan ALLAH
  3. Kasih akan ALLAH
  4. Zuhud
  5. Syukur
  6. Ikhlas dan benar
  7. Tawakal
  8. Reda dengan qadak Allah
  9. Sabar
  10. Mengingati mati
Pada masa akan datang saya akan cuba mengupas serba sedikit sifat-sifat mahmudah yang dinyatakan di atas.

Tuesday, September 07, 2010

seribu kemaafan


Pagi ni tiba-tiba aku terfikir untuk menulis entri mengenai kemaafan. (forgiveness). Setiap detik, minit, jam, hari, minggu dan seterusnya kita tidak akan terlepas dari membuat kesalahan, membuat kesilapan, menyakitkan hati sahabat-sahabat kita, keluarga kita, ibubapa, dan juga mungkin pada orang yang kita sayang.

Selagi kita digelar manusia, kesilapan adalah perkara paling sukar untuk dielakkan. Adakalanya dengan kesilapan tersebut kita dapat belajar erti kehidupan. Kerana kesilapan lalu itu adalah guru terbaik untuk mereka yang impikan perubahan yang lebih baek dalam hidupnya.

Adakalanya kesilapan itu terpaksa dilakukan untuk melindungi sesuatu yang lebih penting. Nilai kemaafan itu amatlah berharga bagi orang yang mengharapkannya. Dengan memaafkan orang lain, tidak sama sekali akan membuatkan hati kita menjadi sempit, malahan nak menggambarkan betapa bagusnya memaafkan ni, ia akan menggambarkan ketinggian budi pekerti seseorang itu. Best kan? So ape lagi.. Maafkan la mereka-mereka yang kamu rasa ada buat silap dengan kamu tu.. InsyaAllah, hidup kita akan lebih tenang tanpa dendam di hati..:)

Sesungguhnya memberi maaf itu satu sifat yang terpuji lagi mulia. Walaupun orang yang melakukan kesalahan tidak meminta maaf kepada kita, alangkah eloknya jika kita memaafkannya terlebih dahulu. Kemaafan adalah ubat hati bagi hati yang disakiti. Janganlah kita menyimpam dendam yang tidak ada penghujungnya.



Andai MAAF itu MUDAH, tentu dunia ini sepi dari segala sengketa
Andai lafaz MAAF itu MURAH, tentu peperangan tidak akan pernah wujud

Tapi hakikatnya
MAAF memang MUDAH
Juga tidak memerlukan apa-apa KOS untuk diluahkan

Cuma kadang-kadang manusia sahaja yang menganggapnya begitu sukar

Wahai kawan
Ikhlaskan hati untuk memberi sebuah KEMAAFAN
Buangkan ego untuk memohon KEMAAFAN
Agar hidup dalam keadaan tenang & diredhai ALLAH SWT

wallahualam...

Saturday, August 28, 2010

intro : jalan lurus

















Assalammualaikum,
Alhamdulillah terdetik dalam diri aku ni untuk menulis cebisan kehidupan, pengalaman, idea, konspirasi, kisah-kisah tauladan, kisah-kisah sengal dan apa jua cerita yang berkaitan dengan kehidupan di dunia mahupun kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi. Aku manusia biasa yang selalu membuat kesalahan sedar mahupun tidak. Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datang dari aku yang lemah ini.

Sesungguh solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya untuk Allah. Tujuan hidup aku hanyalah satu iaitu beribadat kepada Allah. Sesungguhnya kehidupan ini juga adalah satu ibadat, tidur juga adalah satu ibadat, makan juga adalah satu ibadat, dan yang paling penting sekali kita melaksanakan perintah Allah iaitu melaksanakan rukun Islam:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu sehari semalam
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Mengerjakan haji di baitullah
Selain itu kita juga perlulah mempercayai rukun iman. Seperti yang kita tahu para ulama menetapkan umat Islam mestilah mempercayai 6 rukun iman ini:

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada malaikat
  3. Beriman dengan kitab-kitab suci
  4. Beriman kepada para rasul
  5. Beriman kepada hari akhirat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak kekal abadi dan kehidupan akhirat jugalah yang dicari. Aku harap aku dapat meneruskan kehidupan aku sebagai seorang muslim yang sejati. Insyaallah.

Allah tidak melihat kepada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.