Showing posts with label islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

amalan yang dapat mengelakkan hati menjadi 'batu'




Alhamdulilah, syukur di atas pemberian nikmat Tuhan yang tidak terkira, dapat juga kita bertemu kembali. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Bila kita melihat dari pelbagai sudut, sungguh banyak amalan yang menyebabkan hati menjadi 'batu' dan hari ini dapat kita lihat penyebaran bahan-bahan berbaur maksiat yang berleluasa. Hal ini amat membimbangkan buat generasi kini serta yang akan datang.


Baiklah hari ini aku hendak berkongsi bagaimana cara untuk mengelakkan hati menjadi batu. Diharap penerangan di bawah dapat membantu anda serba sedikit tentang kehidupan.

Empat perkara utama yang perlu dijaga untuk memastikan hati sentiasa sihat ialah menjaga amal ibadat, sibuk mencari ilmu, berkawan dengan orang yang boleh memberi bimbingan serta banyak berdoa kepada Allah.

Jika solat lima waktu kita tidak dijaga, ia akan menyebabkan hati jauh daripada mengingati Allah. Ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak supaya tidak sesekali meninggalkan solat.

Begitu juga dengan tuntutan mencari ilmu. Ia penting kerana amalan yang dilakukan dengan ilmu itu mempunyai kualiti dalam memastikan hati terdorong melakukan kebaikan.Bermohonlah kepada Allah untuk apa saja permintaan dan hajat kita kerana ia senjata orang mukmin selain memohon taubat supaya dosa silam diampunkan Allah .

Jagalah hati kerana hati adalah raja yang mengawal tubuh badan sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya dan jika rosak daging itu, rosaklah seluruh tubuhnya serta ketahuilah ia adalah hati. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi, setiap Muslim perlu bermujahadah melawan nafsu kerana syaitan tidak akan berhenti menggoda dan memesongkan hati manusia daripada segenap sudut sehingga ke hari kiamat. Baik atau sebaliknya seseorang itu bergantung kepada hatinya.


Lihat hikmah yang terdapat daripada kisah Luqman al-Hakim di mana apabila tuannya memerintahkan supaya menyembelih seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk. 


Kemudian Luqman membawa kepada tuannya seketul hati. Berkata tuannya: 
“Wahai Luqman, sembelih seekor kambing dan bawa seketul daging paling tidak baik.”
Lalu Luqman juga membawa seketul hati.

Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya. Maka bersihkan hati dengan membuang empat ‘racun’ dalam diri iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan dalam makan dan berlebihan dalam pergaulan.


Disamping itu, berlebihan dalam berkata-kata juga menyebabkan seseorang itu banyak melakukan dosa kerana dikhuatiri semakin banyak seseorang itu berkata-kata, semakin banyak fitnah atau pembohongan yang terkeluar. 


Dalam sebuah kisah, ketika Huzaifah bertemu nabi dan meminta diberi petua kepadanya apa yang patut dia cakap supaya isterinya senang mendengar,Nabi kemudian menjawab: 
“Beristighfar dahulu sebelum bercakap.” 
“Jika makanan terisi dengan banyaknya menyebabkan ia akan menjadi racun yang mengotorkan hati." 
Luqman al-Hakim berkata kepada puteranya:
“Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.” 
Luqman memberi petua, 
"perut sepatutnya diisi dengan satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga lagi untuk pernafasan,” .
Selain itu, bagi wanita yang sudah berumah tangga, mereka perlulah mengingatkan kepada suami agar membawa rezeki halal lagi bersih kepada keluarganya.


Ada sebuah kisah tentang seorang lelaki yang bertanyakan kepada Rasulullah kenapa Allah tidak makbulkan doanya, kerana dia tidak mendapat isteri dan anak yang soleh. Rasulullah berkata:
“Perbaiki makanan dulu (halal dan baik) nescaya doa akan dikabulkan.” 
 Justeru, setiap pagi sebelum suami melangkah keluar mencari rezeki, salam dan cium tangannya serta berpesan kepada suami supaya mencari rezeki yang halal kerana tidak sanggup dibakar api neraka jika ia daripada sumber yang haram.


Selain itu, tiga ramuan atau petua yang dapat membantu menyuburkan hati ialah bermuhasabah diri, menimbulkan perasaan khauf (takut) kepada Allah serta banyakkan beristighfar.


Untuk menjadi suami contoh, perlulah bertanya kepada diri mereka. Adakah mereka sudah menjaga amanah (isteri dan anak) dengan sempurna? Oleh itu, binalah keluarga sehingga ke syurga dengan menjadikan solat berjemaah bersama-sama sebagai amalan. Melakukan solat berjemaah dapat menambahkan keberkatan serta merapatkan hubungan kekeluargaan. Maka akan lahirlah ‘keluarga syurga’ yang diidam-idamkan.


Melalui istighfar juga mampu membersihkan diri manusia daripada dosa. Nabi yang dijamin syurga sekalipun tetap meminta keampunan kepada Allah setiap hari.


p/s:sumber diedit dari mymetro

Thursday, October 20, 2011

jangan lelaki biasa


Jangan lelaki biasa, Nabi Muhammad pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa wanita,
hati, fikiran dan perasaan mereka akan resah
Masih mencari,
walaupun sudah ada segala-galanya

Apa lagi yang tiada di syurga?
Namun Nabi Adam A.S tetap merindui Siti Hawa
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok 
Untuk diluruskan lelaki

Tetapi andai lelaki sendiri yang tidak lurus
Tidak mampu untuk meluruskan mereka
Manakan mungkin kayu yang bengkok
Mampu menghasilkan bayang-bayang yang lurus

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan jinakkan mereka dengan harta
Nanti mereka semakin liar

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Nanti mereka menderita

Kenalkan mereka dengan Allah
Zat yang kekal
Kerana disitulah kuncinya


Akal senipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah kerana dari situlah nanti
Akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka
Walau tidak dinobatkan ratu cantik dunia
Walau tidak dipuja sebagai si puteri

Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan
Bukan pula satu beban dari Tuhan
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan
Kerana
Rahim wanita yang lembut itulah
Yang mengandungkan lelaki
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan

Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan
Bahkan mereka pula yang membengkokkan
Itulah hakikat dan akibat apabila wanita tidak kenal Tuhan
Mereka tidak akan mengenal diri sendiri
Apalagi mahu mengenal lelaki
Apabila wanita derhaka

Dunia lelaki huru-hara
Bila tulang rusuk patah
Rosaklah jantung, dan hati yang dilindunginya

Wahai lelaki
Jangan pula hanya mengharapkan ketaatan
Tetapi binalah kepimpinan

Sebelum memimpin wanita menuju Allah
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya
Jinakkan diri dengan Allah
Nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita

Sejahat mana pun lelaki
pasti mengharapkan
Wanita solehah bakal menyinari kehidupannya
Namun janganlah mengharapkan isteri sepertI Siti Fatimah
Kalau peribadi sendiri belum lagi seperti Saidina Ali

Saturday, October 08, 2011

dialog antara manusia, malaikat dan syaitan

Manusia: Eh, dah subuh dah?
Malaikat: Bangunlah wahai anak Adam. Tunaikan solat subuh mu
Syaitan: Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni... Awal lagi ni.. zzZZz

Manusia: Nak makan, laparlah..
Malaikat: Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan: Ahh, tak payahlah... dah lapar ni! Makan saja.. Sedapnya...

Manusia: Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat: Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan: Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia: Alamak, dah lewat!
Malaikat: Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan: Ahhh? Awal lagi? Mmm.. Aaahh.. Suruh si X punchkanlah!

Manusia: Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat: Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan: Baru pukul berapa.. Rilex lah.. Awal lagi ni.

Manusia: Eh, eh.... Tak boleh tengok ni, berdosa..
Malaikat: Alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Syaitan: Perggghh... Best tu... Rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia: Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat: Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan: Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia: Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat: Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan: Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah... Pandai-pandai lah

Manusia: Aku telah berdosa..
Malaikat: Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun
Syaitan: Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... Muda lagi kan.. Lagipun hidup hanya sekali.. Rugilah..

Manusia: Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat: Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan: Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!

Manusia: Uuhhh.. Letihnya harini.. Tak solat lagi ni
Malaikat: Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat
               itu wajib bagimu.
Syaitan: Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan:
  1. Anda: Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
  2. Malaikat: Ingatkan pada kawan yang anda kenal.. Sebarkanlah!
  3. Syaitan: Tak payahlah sibuk-sibuk.. Biar je di sini.. Bukan ada orang nak baca pon..
p/s: feel free to copy..:)

lelaki yang ditarik wanita masuk ke neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

15 perkara yang dilakukan akan mengundang bala

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

  1.  Harta negara hanya beredar dalam kalangan orang tertentu sahaja 
  2. Amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 
  3. Zakat dijadikan hutang
  4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
  5. Anak derhaka terhadap ibunya
  6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya
  7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. Arak sudah diminum secara berleluasa
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. Para artis disanjung-sanjung
  14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan
  15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain 


(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)


Tuesday, September 06, 2011

sifat mahmudah

10 sifat mahmudah

Mengikut kitab HIDAYATUS SALIKIN yang dikarang oleh imam al-Ghazali telah mengupas yang mana terdapat 10 sifat mahmudah iaitu :

  1. Taubat
  2. Takut akan ALLAH
  3. Kasih akan ALLAH
  4. Zuhud
  5. Syukur
  6. Ikhlas dan benar
  7. Tawakal
  8. Reda dengan qadak Allah
  9. Sabar
  10. Mengingati mati
Pada masa akan datang saya akan cuba mengupas serba sedikit sifat-sifat mahmudah yang dinyatakan di atas.