Showing posts with label makan tips. Show all posts
Showing posts with label makan tips. Show all posts

Monday, December 05, 2011

kelebihan puasa asyura



Sebelum kita mengetahui kelebihan puasa Asyura,sebaiknya kita mengetahui sejarah puasa Asyura.Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.
Hadith:
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".
Baiklah,setelah kita mengetahui sejarah puasa Assyura,mari sama-sama kita mengetahui kelebihan puasa Assyura.Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Hal ini termasuklah peluang-peluang melakukan amal ibadat yang diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda berbanding dengan amalan-amalan yang dilakukan pada waktu-waktu biasa. Contohnya Allah memuliakan bulan Muharram dan menggalakkan kita berpuasa sunat. Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya tetapi hakikatnya itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim itu dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang terbaik iaitu ia tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu yang dikurniakan padanya kerana apabila seseorang itu sudah ditimpa sakit ataupun sibuk barulah mereka terasa akan kekurangan diri dalam mempersiapkan bekalan di hari akhirat kelak. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyahut seruan Rasulullah ini mudah-mudahan ketaqwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.
Hadith:
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".




Thursday, November 24, 2011

bagaimana untuk menahan nafsu

sekadar gambar hiasan

Sebagai manusia, jauhilah diri kita daripada godaan nafsu. Jangan jadikan nafsu yang mengawal diri kita. Apabila nafsu mengawal diri, pelbagai perkara maksiat yang akan terjadi. Jadikan iman sebagai ketua diri untuk mengawal nafsu. Berdoalah kepada ALLAH S.W.T agar iman kita sentiasa tetap kepada ALLAH S.W.T. Mengikut buku yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali, nafsu terbahagi kepada empat bahagian iaitu harta benda, sifat amarah, kesenangan dunia dan nafsu syahwat. Berhati-hatilah dengan keempat-empat nafsu ini.

Baiklah di sini aku ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak mengawal nafsu:
  • Apabila kita terasa mahu melakukan maksiat, maka ingatlah kepada diri kita bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan oleh hambanya. Ingatlah setiap perbuatan kita sentiasa dicatat oleh malaikat tidak kiralah sebesar mana pun perbuatan maksiat yang dilakukan.
  • Mengingati mati. Sesungguhnya orang-orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Ini kerana ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita tidak mengetahui bila waktu ajal kita akan ditarik. Apakah kita semua mahu mati dalam melakukan kemaksiatan? Sudah semestinya kita mahu mati dalam keadaan beriman bukan?
  • Jangan sesekali mencuba menonton filem porno. Menonton filem porno atau lucah juga boleh menaikkan nafsu syahwat. Sebagai umat Islam, kita diharamkan menonton filem porno atau lucah ini. Menonton filem lucah boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat.
  • Berpuasalah. Sesungguhnya nafsu akan menjadi lemah jika berpuasa. Ini kerana lapar akan menyebabkan nafsu menjadi lemah.
  • Berdoa dengan penuh yakin kepada Allah agar sentiasa menjauhi diri kita daripada godaan syaitan yang direjam.
  • Ingatlah kepada ibubapa yang telah membesarkan kita. Jangan mengecewakan ibubapa dengan perbuatan yang menjatuhkan maruah keluarga.
  • Sibukkan diri kita dengan urusan yang bermanfaat. Jangan biarkan diri kita berfikiran kosong.
  • Banyakkan amal jariah, membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan dan sebagainya.
  • Sebelum melakukan sesuatu perbuatan, lakukan dengan ikhlas dengan niat kerana Allah.
  • Mulakan setiap perbuatan kita dengan membaca Bismillah
  • Banyakkan amal ibadat kepada Allah

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita mengawal nafsu.

Tuesday, November 22, 2011

pakwe yang harus ditinggalkan?



Siapa di antara anda mempunyai pakwe atau teman lelaki yang istimewa? Tapi kalau ada!!!!!!!!! Berhati-hati!!!!!!!!! Baiklah, di sini aku nak kongsi tentang bagaimana nak mengetahui sama ada 'pakwe' anda itu betul-betul mencintai anda atau sebaliknya. Jangan tertipu dengan kata-kata manis si dia.. Anda harus berhati-hati ok? Ok jom baca ciri-ciri tersebut:

  • Sering mengganggu dengan menelefon atau sms ketika anda sedang mengulang kaji
  • Sering mengajak anda ke tempat yang sunyi
  • Cuba mencium anda
  • Suka memegang tangan anda
  • Selalu meminta tolong untuk menyiapkan assignment (bagi yang sama fakulti)
  • Banyak alasan dan tidak ikhlas menolong anda
  • Selalu minta dibelanjakan makan tengahari
  • Sering mengajak ke tempat-tempat yang tidak elok (tempat maksiat)
  • Bercakap-cakap isu-isu lucah
  • Tidak berminat membincangkan soal pelajaran
  • Tidak penah melihat menunaikan solat
Jika pakwe anda ada ciri-ciri yang tersenarai seperti di atas, baik anda tinggalkan je... Jangan marah-marah kalau ada yang terasa...:)


p/s: aku pun kene baiki diri...:)

Wednesday, November 16, 2011

tips agar doa dimakbulkan

Assalammualaikum, diharap para pembaca semua sihat selalu. Hari ini aku hendak berkongsikan tentang tips agar doa kita dimakbulkan. Tips ini aku ambil dari rahsia cemerlang ipt yang ditulis oleh dato dr.hj.mohd fadzilah kamsah. Aku harap tips ini dapat membantu kalian semua.


  1. Berdoa dengan ikhlas dan jujur kepada Allah SWT.
  2. Memulakan dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  3. Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat ke atas Nabi SAW.
  4. Berdoa dengan khusyuk dan merendah diri
  5. mengangkat kedua-dua belah tangan
  6. berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru menanti jawapan
  7. berdoa dalam keadaan senang ataupun susah
  8. jangan sesekali mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri dan orang lain
  9. menghindari berdoa ditempat maksiat
  10. berdoa dengan suara yang rendah dan tawaduk
  11. menghadap ke arah kiblat
  12. berdoa dalam keadaan berwuduk
  13. bertaubat kepada Allah sebelum berdoa
  14. menyeru allah dengan nama yang mulia
  15. berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain
  16. merapatkan jari-jari kecuali ibu jari
  17. menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  18. mengaminkan doa yang dibaca

Saturday, October 15, 2011

jangan kahwini wanita yang 6

Pesanan Rasulullah SAW untuk kaum Lelaki, 
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah". 

Wanita Ananah
Wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


Wanita Mananah
Wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangunkan rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


Wanita Hananah
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


Wanita Hadaqah
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu, wanita ini suka mengikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak. :)


Wanita Basaqah
Ada 2 makna:
Pertama,wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

Wanita Syadaqah
Banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

p/s: dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...