Tuesday, September 07, 2010

seribu kemaafan


Pagi ni tiba-tiba aku terfikir untuk menulis entri mengenai kemaafan. (forgiveness). Setiap detik, minit, jam, hari, minggu dan seterusnya kita tidak akan terlepas dari membuat kesalahan, membuat kesilapan, menyakitkan hati sahabat-sahabat kita, keluarga kita, ibubapa, dan juga mungkin pada orang yang kita sayang.

Selagi kita digelar manusia, kesilapan adalah perkara paling sukar untuk dielakkan. Adakalanya dengan kesilapan tersebut kita dapat belajar erti kehidupan. Kerana kesilapan lalu itu adalah guru terbaik untuk mereka yang impikan perubahan yang lebih baek dalam hidupnya.

Adakalanya kesilapan itu terpaksa dilakukan untuk melindungi sesuatu yang lebih penting. Nilai kemaafan itu amatlah berharga bagi orang yang mengharapkannya. Dengan memaafkan orang lain, tidak sama sekali akan membuatkan hati kita menjadi sempit, malahan nak menggambarkan betapa bagusnya memaafkan ni, ia akan menggambarkan ketinggian budi pekerti seseorang itu. Best kan? So ape lagi.. Maafkan la mereka-mereka yang kamu rasa ada buat silap dengan kamu tu.. InsyaAllah, hidup kita akan lebih tenang tanpa dendam di hati..:)

Sesungguhnya memberi maaf itu satu sifat yang terpuji lagi mulia. Walaupun orang yang melakukan kesalahan tidak meminta maaf kepada kita, alangkah eloknya jika kita memaafkannya terlebih dahulu. Kemaafan adalah ubat hati bagi hati yang disakiti. Janganlah kita menyimpam dendam yang tidak ada penghujungnya.



Andai MAAF itu MUDAH, tentu dunia ini sepi dari segala sengketa
Andai lafaz MAAF itu MURAH, tentu peperangan tidak akan pernah wujud

Tapi hakikatnya
MAAF memang MUDAH
Juga tidak memerlukan apa-apa KOS untuk diluahkan

Cuma kadang-kadang manusia sahaja yang menganggapnya begitu sukar

Wahai kawan
Ikhlaskan hati untuk memberi sebuah KEMAAFAN
Buangkan ego untuk memohon KEMAAFAN
Agar hidup dalam keadaan tenang & diredhai ALLAH SWT

wallahualam...

6 comments:

  1. manusia, tak lari dari lakukan kesilapan.
    semua orang buat silap.
    and yes, daripada kesilapan tu la manusia belajar tentang hidup.

    kemaafan tu harus dipinta dan diberi semua orang.
    kerna semua orang buat silap, tiada siapa yang sempurna.

    ReplyDelete
  2. cik paa:tetapi kadang2 kemaafan itu sukar untuk diberi =((

    ReplyDelete
  3. adakalanya bukan kemarahan yang menjadi persoalan. tapi kekecewaan yang lahir akibat tingkah laku seseorang. sebagai contoh seorang sahabat yang kita amat2 prcaye, tibe2 tpu kite. Sahabat yang baek xkan marah, tapi kecewa dgn perangai sahabatnya itu.

    dendam bukanla jln trbaek sbb hati sendiri yg akn sakit dan tak tenang kalau kite berdendam nih..

    so jalan terbaek, lupekan semuanya...
    insyaAllah hidup pun akan tenang..;)

    ReplyDelete
  4. pedulikan kalau orang tak mahu beri maaf pada kita.
    yang penting diri sendiri dah berusaha minta maaf pada yang berkenaan.

    tapi kalau untuk diri sendiri yang susah maafkan orang lain, kena ingatkan diri sendiri yang kita ni pun ada buat silap. kalau kita boleh beria-ia nak orang lain maafkan kita, kenapa kita sendiri susah nak maafkan orang?

    ReplyDelete
  5. First of all I would like to say great blog!
    I had a quick question which I'd like to ask if you do not mind. I was interested to find out how you center yourself and clear your mind prior to writing. I have had difficulty clearing my thoughts in getting my thoughts out. I do enjoy writing however it just seems like the first 10 to 15 minutes are usually lost just trying to figure out how to begin. Any suggestions or hints? Appreciate it!

    Here is my website; Raspberry Ketones

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan