Thursday, November 24, 2011

bagaimana untuk menahan nafsu

sekadar gambar hiasan

Sebagai manusia, jauhilah diri kita daripada godaan nafsu. Jangan jadikan nafsu yang mengawal diri kita. Apabila nafsu mengawal diri, pelbagai perkara maksiat yang akan terjadi. Jadikan iman sebagai ketua diri untuk mengawal nafsu. Berdoalah kepada ALLAH S.W.T agar iman kita sentiasa tetap kepada ALLAH S.W.T. Mengikut buku yang ditulis oleh Iman Al-Ghazali, nafsu terbahagi kepada empat bahagian iaitu harta benda, sifat amarah, kesenangan dunia dan nafsu syahwat. Berhati-hatilah dengan keempat-empat nafsu ini.

Baiklah di sini aku ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak mengawal nafsu:
  • Apabila kita terasa mahu melakukan maksiat, maka ingatlah kepada diri kita bahawa Allah sentiasa melihat apa yang dilakukan oleh hambanya. Ingatlah setiap perbuatan kita sentiasa dicatat oleh malaikat tidak kiralah sebesar mana pun perbuatan maksiat yang dilakukan.
  • Mengingati mati. Sesungguhnya orang-orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Ini kerana ajal maut semuanya di tangan Tuhan. Kita tidak mengetahui bila waktu ajal kita akan ditarik. Apakah kita semua mahu mati dalam melakukan kemaksiatan? Sudah semestinya kita mahu mati dalam keadaan beriman bukan?
  • Jangan sesekali mencuba menonton filem porno. Menonton filem porno atau lucah juga boleh menaikkan nafsu syahwat. Sebagai umat Islam, kita diharamkan menonton filem porno atau lucah ini. Menonton filem lucah boleh menjerumuskan diri ke lembah maksiat.
  • Berpuasalah. Sesungguhnya nafsu akan menjadi lemah jika berpuasa. Ini kerana lapar akan menyebabkan nafsu menjadi lemah.
  • Berdoa dengan penuh yakin kepada Allah agar sentiasa menjauhi diri kita daripada godaan syaitan yang direjam.
  • Ingatlah kepada ibubapa yang telah membesarkan kita. Jangan mengecewakan ibubapa dengan perbuatan yang menjatuhkan maruah keluarga.
  • Sibukkan diri kita dengan urusan yang bermanfaat. Jangan biarkan diri kita berfikiran kosong.
  • Banyakkan amal jariah, membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan dan sebagainya.
  • Sebelum melakukan sesuatu perbuatan, lakukan dengan ikhlas dengan niat kerana Allah.
  • Mulakan setiap perbuatan kita dengan membaca Bismillah
  • Banyakkan amal ibadat kepada Allah

Semoga tip-tip di atas dapat membantu kita mengawal nafsu.

1 comment:

  1. Appreciate this post. Will try it out.

    Also visit my blog ... Raspberry Ketones

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan