Thursday, October 20, 2011

jangan lelaki biasa


Jangan lelaki biasa, Nabi Muhammad pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa wanita,
hati, fikiran dan perasaan mereka akan resah
Masih mencari,
walaupun sudah ada segala-galanya

Apa lagi yang tiada di syurga?
Namun Nabi Adam A.S tetap merindui Siti Hawa
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok 
Untuk diluruskan lelaki

Tetapi andai lelaki sendiri yang tidak lurus
Tidak mampu untuk meluruskan mereka
Manakan mungkin kayu yang bengkok
Mampu menghasilkan bayang-bayang yang lurus

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan jinakkan mereka dengan harta
Nanti mereka semakin liar

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan
Nanti mereka menderita

Kenalkan mereka dengan Allah
Zat yang kekal
Kerana disitulah kuncinya


Akal senipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah kerana dari situlah nanti
Akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka
Walau tidak dinobatkan ratu cantik dunia
Walau tidak dipuja sebagai si puteri

Bisikkan ke telinga mereka
Bahawa kelembutan itu bukan satu kelemahan
Bukan pula satu beban dari Tuhan
Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan
Kerana
Rahim wanita yang lembut itulah
Yang mengandungkan lelaki
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan

Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan
Bahkan mereka pula yang membengkokkan
Itulah hakikat dan akibat apabila wanita tidak kenal Tuhan
Mereka tidak akan mengenal diri sendiri
Apalagi mahu mengenal lelaki
Apabila wanita derhaka

Dunia lelaki huru-hara
Bila tulang rusuk patah
Rosaklah jantung, dan hati yang dilindunginya

Wahai lelaki
Jangan pula hanya mengharapkan ketaatan
Tetapi binalah kepimpinan

Sebelum memimpin wanita menuju Allah
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya
Jinakkan diri dengan Allah
Nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita

Sejahat mana pun lelaki
pasti mengharapkan
Wanita solehah bakal menyinari kehidupannya
Namun janganlah mengharapkan isteri sepertI Siti Fatimah
Kalau peribadi sendiri belum lagi seperti Saidina Ali

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan pesanan