Thursday, September 30, 2010

mcd olympic day run




Lari! lari! dan terus berlari!! Mcd olympic day run ni adalah race yang pertama aku sertai. kalau nak ikutkan, seminggu sebelum larian tu diadakan adalah minggu yang sangat memenatkan. Macam-macam benda yang aku kena selesaikan, tambahan pulak dengan baru balik beraya. memang sangat sibuk. Training pun setakat seminggu jer, macam mana nak menang. Bajet boleh laa dapat medal. Tapi hancur lebur impian aku.

Tapi daripada larian pertama ni lah, dapat jugak laa aku mengukur sejauh mana tahap kekuatan kaki ngan mental aku. Rasenye aku memang masih tak layak nak bersaing dengan senior-senior urc yang lain. Aku perlukan lebih banyak latihan. Tapi masalahnye nak pegi latihan punye laa malas. heheh..

Nak diceritakan pasal pengalaman mase larian tu, maklum laa first time masuk, rase teruja pun ada gak. Aku tidur 2 jam je masa malam sebelum larian tu. Bukan pasal tak boleh tido, cume takut tak terjaga jer pagi esoknye. Terlepas pulak larian tu nantikan? heehe... Maka aku pun tidur-tidur ayam jer. heheh.

Lutut pulak sebenarnya sakit. Jadi aku pun lari main-main jer la, takut tercabut pulak lutut mase lari, kan ke susah.. kuang3.

Masa larian tu, aku lari macam biase jer, walaupun lari macam 'biase', aku tak penah tak potong orang dan orang pun tak penah tak potong aku. hahah. Kire seri laa.. At least aku dapat jugak kekalkan pace aku, cuma mase lari naik bukit jer tercungap sikit, maklum laa, berlatih dekat stadium yang tanah rata, memang rase laa perbezaan masa lari naik bukit tu.

Dalam pertengahan larian, aku mula melangkah dengan lebih laju, ramai gak yang aku dapat potong. Maklum laa aku mula dari belakang. Memang penat laa nak memotong orang. Potong punye potong, ade lagi orang kat depan. Sampai penamat pun aku tak habis memotong lagi. heheh.

Catatan mase aku tak sebaik mane pun. 40 minit 38 saat untuk larian sejauh 7 km. Bagi aku, catatan masa  memang lambat laa, ni semue sebb bukit punyer pasal la.. heheh.

Aku rasa sedih jugak laa sebab tak dapat medal. Niat di hati, aku nak dapatkan hadiah medal tu untuk someone, tapi apekan daya, aku masih tak mampu lagi untuk dapatkan medal tu. Walaupun kalah, aku tetap happy, sebab dapat kenal dengan kawan-kawan baru, kawan-kawan urc. Aku tengok semua sporting jer, boleh buat member kot. Nak-nak yang perempuan-perempuan tu comel bangat..hehe (gatal)

Yang paling malang sekali, kasut aku pulak tertinggal kat dataran merdeka, gara-gara terlupa nak ambik. Rase macam sengal pulak. Dah ler kalah, kasut pulak tertinggal. heheh.. Aku baru jer pakai sebulan kasut tu. Bak kata orang tua-tua, 'dah jatuh ditimpa tangga'. Sabar jer la. Masa sampai umah sewa, baru sedar kasut tertinggal. hehe.. Sorry laa tak der gambar nk tunjuk, Nikon D3000 aku tak beli lagi. hehe

p/s: setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. sabar yer Tarmizi.. :)

1 comment:

  1. nak2 yg perempuan comel bangat..hehe(gatal).


    brani2 nk gatal2 ye.........

    ReplyDelete

Tinggalkan pesanan