Sunday, August 29, 2010

Misteri kehilangan berus gigi

"Mane BERUS GIGI aku??!!! Sape yang KEBAS nie!! Akunye berus gigi dah hancur pun mau ambikkah??" Itulah luahan hati mangsa yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan berus gigi.

Nak dijadikan cerita, hari nie aku nak citer pasal misteri berus gigi. (hahahahah) Setiap kali menyebut tentang perihal berus gigi ni, manusia mesti tak terlepas daripada menggunakan berus gigi. Mesti la kan.. Ke ade sape-sape yang nak ngaku tak penah gosok gigi sepangjang hidup die? hehehehh.. So, setiap orang mesti ade berus gigikan tak kire la warna ape, jenis ape, janji ade berus gigi.

Ini adalah gambaran berus gigi yang hilang itu:


Kepada sesiapa yang terjumpe berus gigi seperti yang digambarkan, diharap dapat menghubungi aku di talian bebas tol, hehe.. Ok, lets go to the main story.

Hari tu, mase aku nak balik kampung, aku dalam keadaan tergesa-gesa pegi ke toilet rumah sewa aku, konon-konon tak nak membazir elektrik laa, lalu aku pun tak bukak lampu toilet. Dalam kegelapan tu aku capai laa berus gigi yang ada tanpa rasa curiga pon. Tengok-tengok masa aku kat kampung, time nk pi gosok gigi, sekali membe aku punyer daaa.. tak gosok gigi aku 2 hari tu.. Mulut pun, faham-faham laa bau ape.. hahah.. Bau kasturi kot.. =_='

Balik je rumah sewa, aku tanya sorang membe aku nie, orang panggil die nie Achik. Perbualan aku dengan membe aku seperti berikut:

Aku : Achik, aku terambik berus gigi sapa tah, nak pakai berus gigi tu, tengok-tengok macam berkulat jer, malu aku nak pakai

Achik : Berus gigi tu warna ape?

Aku : Rasa-rasa aku warna hijau kot, ade daki-daki sikit dekat berus gigi tu. Hahaha!!!!

Achik : Kurang asam mu nie! Berus gigi aku tu! mati-mati aku ingat berus gigi tu masuk lubang tandas.. Aku sayang sangat kot berus gigi aku tu. Dah lama aku jaga berus gigi aku tu. Itu yang ada kulat-kulat sikit tu. Berus gigi nie banyak berbakti kot dekat aku. Aku sayang berus gigi aku nie........

Aku : Hahah, ko punya sayang berus gigi macam sayang makwe jer...

Begitulah cerita pasal misteri berus gigi. Ape macam, seramkan cerita ni? Mula-mula aku fikir tak nak cerita kat sini. Takut-takut nanti ada yang tak boleh tidur malam. hahah

p/s: kisah benar kot...

Saturday, August 28, 2010

intro : jalan lurus

















Assalammualaikum,
Alhamdulillah terdetik dalam diri aku ni untuk menulis cebisan kehidupan, pengalaman, idea, konspirasi, kisah-kisah tauladan, kisah-kisah sengal dan apa jua cerita yang berkaitan dengan kehidupan di dunia mahupun kehidupan akhirat yang lebih kekal abadi. Aku manusia biasa yang selalu membuat kesalahan sedar mahupun tidak. Yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruk datang dari aku yang lemah ini.

Sesungguh solatku, ibadatku, hidupku, matiku hanya untuk Allah. Tujuan hidup aku hanyalah satu iaitu beribadat kepada Allah. Sesungguhnya kehidupan ini juga adalah satu ibadat, tidur juga adalah satu ibadat, makan juga adalah satu ibadat, dan yang paling penting sekali kita melaksanakan perintah Allah iaitu melaksanakan rukun Islam:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Solat lima waktu sehari semalam
  3. Mengeluarkan zakat
  4. Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. Mengerjakan haji di baitullah
Selain itu kita juga perlulah mempercayai rukun iman. Seperti yang kita tahu para ulama menetapkan umat Islam mestilah mempercayai 6 rukun iman ini:

  1. Beriman kepada Allah
  2. Beriman kepada malaikat
  3. Beriman dengan kitab-kitab suci
  4. Beriman kepada para rasul
  5. Beriman kepada hari akhirat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar
Sesungguhnya kehidupan di dunia ini tidak kekal abadi dan kehidupan akhirat jugalah yang dicari. Aku harap aku dapat meneruskan kehidupan aku sebagai seorang muslim yang sejati. Insyaallah.

Allah tidak melihat kepada paras rupa kamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah.