Thursday, March 31, 2016

youtube : bacaan al Quran vs lagu-lagu

Assalammualaikum

malam malam ini
banyak pulak idea untuk menulis
mungkin penulisan ini nampak bersahaja sahaja

kalau kita lihat
atau kita buka video di youtube
kita boleh bandingkan sendiri
video mana yang lebih popular
video bacaan al Quran ataupun video lagu

kenapa perkara ini berlaku?
tanda-tanda kiamat ke?
kurang minat?
kurang didikan agama?
ataupun
umat islam tidak menggunakan teknologi?
atau lebih sukakan hiburan?

sama-sama kita fikirkan
aku juga masih mencari jawapannya
jadi marilah kita bersangka baik

umat islam sibuk dalam melakukan amal soleh
sehingga tiada masa untuk mendengar bacaan al Quran di media sosial

ataupun
penyumbang utama view video lagu tersebut
bukanlah dikalangan umat islam

ataupun
negara-negara islam
sedang menhadapi ujian
di dalam peperangan

contohnya
palestin
iraq
afganistan
syria
turki
mesir
dan banyak lagi

sama-samalah kita berdoa
agar Allah membantu mereka'
dalam menempuhi ujian yang sungguh hebat itu
kalau mereka syahid
mereka sudah berada di jalan Allah
maka syurga bagi mereka

manakala ujian bagi orang-orang senang
mungkin nampak mudah
hakikatnya
lebih dasyat lagi

mati minum arak
hisap dadah
mati ketika mencuri
sombong untuk sujud pada Allah
ego, rasa diri paling hebat

ehhh
tersasul tajuk lain pulak yer
hahaha

sebenarnya
tidak salah rasanya nak dengar lagu apapun
music macam manapun
asalkan tidak melanggar akidah kita
dan juga tidak membuat kita leka
sehingga melupakan Allah s.w.t


Saturday, March 26, 2016

cinta tak cukup

Assalammualaikum

cinta sahaja belum cukup untuk kita membina masjid
membina masjid itu besar tanggungjawabnya
banyak perkara yang perlu kita fikirkan

membina masjid membawa erti di sini adalah
membina rumah tangga yer
jangan salah faham disini

berbalik dengan perkara di atas
apabila kita mempunyai keinginan
ke arah untuk membina masjid
kita perlu tahu selok belok agama kita

solat kita macam mana
haru biru atau tidak
bacaan al-Quran kita
betul atau tidak
tajwid
hukum hukum agama
halal haram
nafkah anak isteri
tanggungjawab mendidik keluarga

setiap hari
kita perlu memperbaiki diri kita
kearah yang lebih baik

dalam masjid ada tiang
tanpa tiang masjid tersebut
tidak berdirilah masjid tersebut
manakala
solat pulak adalah tiang agama
tanpa solat
tiadalah tiang agama
begitulah juga
dalam rumah tangga ada tiang
iaitu suami
tanpa suami yang soleh
berbolak balik rumah tangga

cinta tak cukup
ucapan syg tidak cukup
belum cukup untuk membina masjid
belum cukup....




Monday, March 21, 2016

selamat malam

assalammualaikum

Sebelum berakhirnya bulan 3 ini
marilah kita berborak borak kosong
borak yang membawa maksud "nothing"

nothing tu borak
apa bende makhluk ini merepek pulakkan

apa maksud "selamat malam" bagi awk2 semua la
penuh dengan meaning
ataupun sekadar ucapan
"good night"

good night
good night awk
good night my sweet girl
good night my heart
good night mum
good night ayah
good night ummi
good night semua

apa pentingkah ucapan selamat malam?
penting atau tidak?

penting mungkin
penting untuk orang yang kau syg
penting untuk menunjukkan yang dia adalah orang penting bagi engkau

ok...
penting..

selamat malam
capital W...